Pergi ke kandungan

Kegelinciran Santiago de Compostela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan kereta api Santiago de Compostela
Gambar upaya penyelamatan
Map
Butiran
Tarikh24 Julai 2013
20:41 CEST (18:41 UTC)[1]
Koordinat42°51′34.2″N 8°31′39.7″W Sunting ini di Wikidata
LokasiAngrois, Santiago de Compostela, Galicia
NegaraSepanyol
Laluan/landasanMadridFerrol
PengendaliRENFE
Jenis insidenTergelincir landasan
SebabExcessive speed Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Kereta api1
Penumpang218[1]
Meninggal dunia77[2]
Tercedera140[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kejadian kemalangan kereta api di Santiago de Compostela berlaku pada 24 Julai 2013 ketika kereta api Alvia dari Madrid menuju Ferrol, tergelincir daripada landasan sejurus sebelum sampai di stesen Santiago de Compostela. Daripada 218 penumpang dan 4 orang petugas, 77 di antaranya meninggal dunia dan 140 cedera ringan. Menurut laporan tidak rasmi, kereta api tersebut bergerak dengan kelajuan dua kali ganda batas maksimum kelajuan yang benarkan pada selekoh.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Sepanyol memiliki satu daripada jalur kereta api terpanjang dunia, dibangun dan dikelola oleh perusahaan infrastruktur ADIF and dikendali oleh perusahaan milik pemerintah RENFE yang mengelola lokomotif dan gerabak. kereta api penumpang RENFE Class 730 beroperasi di jalur laju, tapi bukan kereta api terpantas yang dimiliki syarikat tersebut.[3]

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Pada 20:41 CEST (18:41 UTC) tarikh 24 Julai 2013,[1][4] sebuah kereta api penumpang RENFE Class S730 pada laluan ekspres Stesen Madrid Chamartín menuju Ferrol anjlok di Angrois, Santiago de Compostela.[2][5] Ketigabelas gerabak tergelincir dari landasannya ketika kereta api membelok, empat di antaranya terbalik.[5] Kereta api tersebut mengangkut 218 penumpang ketika kemalangan.[1] Salah satu gerabak terkoyak dan yang lain terbakar. Menurut laporan teknikal tidak rasmi, dikatakan bahawa kereta api tersebut bergerak dalam kepantasan dua kali ganda batas kelajuan ketika kereta membelok.[6]

Menurut surat akhbar Madrid El País, 77 orang meninggal dan 140 lainnya tercedera.[2][6] Kegelinciran kereta api di Santiago de Compostela merupakan kemalangan kereta api terburuk di Sepanyol sepanjang 40 tahun terakhir, dan merupakan kemalangan kereta api pantas pertama di Sepanyol.[3][5]

Tindak balas

[sunting | sunting sumber]
A RENFE Class 730 kereta serupa dengan yang mengalami kecelakaan

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy mengadakan pertemuan tingkat menteri kecemasan, dan memberikan pernyataan "Saya ingin menyatakan keprihatinan dan perihatin saya pada mangsa kemalangan kereta api di Santiago de Compostela."[7] Kunjungan ke lokasi telah dijadualkan pada 25 Julai. Pemimpin pemerintah daerah Alberto Nunez Feijoo menyatakan "Terdapat mayat-mayat terbaring di rel. Pemandangan ini seperti neraka Dante."[5] Sekitar 320 polis Sepanyol dihantar ke lokasi kemalangan. Perayaan 25 Julai yang merupakan hari cuti daerah, akhirnya dibatalkan. [5]

Penyelidikan

[sunting | sunting sumber]

Comisión de Investigación de Accidentes Ferroviarios bertanggung jawab dalam penyelidikan kemalangan kereta api di Sepanyol. Menurut Feijoo, terlalu awal untuk menyimpulkan punca kemalangan. [5] Seorang jurucakap pemerintah menyatakan bahawa dari semua petunjuk yang ada, tidak ada satupun penyebab yang menunjukkan adanya jenayah pengganas. [3]

Saksi melaporkan bahawa kereta api meluru pada kelajuan tinggi sebelum terbalik.[4][8][9] Secara tidak rasmi dilaporkan bahawa juruteknik mendakwa bahawa kereta api tersebut melampaui kelajuan 190 kilometer per jam (120 mph), dan batas kecepatan maksimum untuk selekoh tersebut adalah 80 kilometer per jam (50 mph) [2]. Selekoh tempat berlakunya kemalangan itu adalah lengkungan pertama selepas 80 kilometer di mana batas kelajuan yang dibenarkan adalah 200 km per jam untuk kereta api laju dari Ourense. Rel jalur laju tersebut dilengkapi dengan isyarat mematuhi-ERTMS dengan piwaian kereta api Eropah, tapi selekoh tersebut tidak memilikinya karana ia merupakan peningkatan daripada rel konvensional yang turut digunakan oleh kereta api biasa, dan hanya memiliki sistem pengirim isyarat model lama, ASFA (Anuncio de Señales y Frenado Automático).[10]

  1. ^ a b c d "Descarrilo del tren Alvia Madrid-Ferrol". RENFE. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-27. Dicapai pada 24 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)()
  2. ^ a b c d e "Tragedia Ferroviaria en Santiago". El País (dalam bahasa Spanish). 25 July 2013. Dicapai pada 25 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c David Roman (24 July 2013). "Train Derailment Kills Dozens in Northwestern Spain". Wall Street Journal. Dicapai pada 25 July 2013.
  4. ^ a b David Reinero, Sonia Vizoso (25 July 2013). "77 muertos y más de 140 heridos al descarrilar un tren de pasajeros en Santiago". El Mundo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 25 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b c d e f "Dozens die as Spanish train derails in Galicia". BBC News. 25 July 2013. Dicapai pada 25 July 2013.
  6. ^ a b Rodrigo Silva; Antonio Alonso (25 July 2013 – 00:02 CET). "Accidente ferroviario en Santiago de Compostela". El País (dalam bahasa Spanish). Madrid. Dicapai pada 25 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Train crash in Spain". Sky News. Dicapai pada 24 July 2013.
  8. ^ "Un tren Alvia descarrila en Santiago". La Voz de Galicia. Dicapai pada 24 July 2013.
  9. ^ "At least 77 killed as train derails in northern Spain". Russia Today. Dicapai pada 24 July 2013.
  10. ^ "Un gran exceso de velocidad al tomar una curva, posible causa del accidente". El País. Dicapai pada 25 July 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)