Kementerian Kehakiman Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Kehakiman Persekutuan Jerman
Bundesministerium der Justiz(BMJV)
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1877 sebagai Reichsjustizamt
Agensi terdahulu
Bidang kuasa
Kerajaan Jerman
Ibu pejabatMohrenstraße 37
10117 Berlin
Kakitangan623
Belanjawan tahunan0.79 bilion (2018)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
http://www.bmj.bund.de

Kementerian Kehakiman Persekutuan Jerman (Jerman: Bundesministerium der Justiz), singkatan BMJ, ialah sebuah kementerian Republik Persekutuan Jerman. Dibawah sistem federal Jerman, Negeri masing-masing bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pentadbiran kehakiman dan daftar hukuman. Kementerian Kehakiman Persekutuan menumpukan kepada mewujudkan dan menukar undang-undang dalam bidang teras klasik yang berkaitan dengan undang-undang Perlembagaan. Kementerian juga menganalisis kesahihan dan undang-undang perlembagaan yang disediakan oleh kementerian lain. Mahkamah Persekutuan Jerman, Pejabat Hak Cipta dan Tanda Dagangan Jerman (GPTO), dan Mahkamah Hak Cipta Jerman semuanya berada dibawah pentadbirannya. Kementerian ini secara rasminya terletak di Berlin.[2]

BMJ telah ditubuhkan pada 1 Januari 1877, sebagai Pejabat Kehakiman Imperial (Reichsjustizamt). Selepas Jerman menjadi sebuah republik pada tahun 1919, ia telah dinaikkan ke taraf kementerian federal sebagai Reichsministerium der Justiz atau Reichsjustizministerium. Kementerian ini dinamakan semula Bundesministerium der Justiz pada tahun 1949. Sebelum tahun 1949, kementerian dan menteri ini telah dipanggil sebagai Reichsministerium der Justiz dan Reichsminister der Justiz. Ia secara beransur-ansur digantikan dengan nama dan gelaran baru apabila undang-undang telah dipinda, paling terbaru pada 2010.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ausgaben im Bundeshaushalt nach Ressorts 2018".
  2. ^ Federal Ministry of Justice "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-04. Dicapai pada 2012-06-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) Official website] (Inggeris) retrieved 1-Jun-2012
  3. ^ BGBL/de

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kementerian Persekutuan Jerman