Kenaliku (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kenaliku (Album))
Kenaliku
Album studio oleh
Dilancarkan pada2009
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop Etnik
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatImpiana Entertainment
PenerbitYasin Sulaiman & Bienda
Kronologi Bienda
Unik (Album)
(2003)
Kenaliku
(2009)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Kenaliku merupakan album studio kedua penyanyi popular Bienda dan dilancarkan pada tahun 2009. Menurut Bienda, album ini berbeza daripada album studio pertamanya iaitu Unik kerana beliau sendiri akan bertindak selaku penerbit dan berganding bahu bersama penyanyi & komposer Yasin Sulaiman bagi menjayakan album ini. Selain itu, konsep album ini juga masih dikekalkan seperti album studio pertamanya iaitu irama padang pasir. Album Kenaliku juga memuatkan tiga buah lagu yang pernah menaikkan nama Bienda sebagai penyanyi iaitu Penantian, Syurga dan Neraka (duet bersama Amy Search), Youm Wara Youm (duet bersama Akhbar) dan satu lagu yang diberi nafas baru iaitu Mimpi Laila nyanyian asal Yasin Sulaiman. Disamping itu album ini memuatkan empat buah lagu baru yang dirakam iaitu Kenaliku, Fatamorgana, Usah Kau Tanya (duet bersama Sheeda) dan Jiwa Sengsara (duet bersama Yasin Sulaiman). Lagu Jiwa Sengsara juga dimuatkan dalam album kompilasi terbitan Nova Music.


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Kenaliku
  2. Usah Kau Tanya (duet bersama Sheeda)
  3. Fatamorgana
  4. Syurga dan Neraka (duet bersama Amy Search)
  5. Mimpi Laila
  6. Penantian
  7. Youm Wara Youm (duet bersama Akhbar)
  8. Jiwa Sengsara (duet bersama Yasin Sulaiman)