Pengguna:118.100.202.220/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
-
Teg-teg: Menggantikan Manual revert Dibalikkan
Baris 1: Baris 1:
{{kotak pasir peribadi}}
{{kotak pasir peribadi}}
<!-- Sunting dibawah ini! -->
<!-- Sunting dibawah ini! -->
{{Infobox film
| name = Man On The Run
| image =
| caption =
| director = Cassius Michael Kim
| producer = {{ubl|Alyse Shorland|Rhana Natour|Fabian W. Joseph}}
| writer = Cassius Michael Kim
| screenplay =
| penceritaan =
| berdasarkan =
| pengisah =
| starring =
| music = Jordan Asher Cruz
| cinematography = Joe Simon
| editing = {{ubl|Jon Connor|Karl Dawson}}
| studio = {{ubl|The Smoking Section|Evergreen Media}}
| distributor =
| penayangan = {{plainlist|
* 8 September 2023 {{small|(United Kingdom)}}
* 22 September 2023 {{small|(New York, A.S.)}}
* 29 September 2023 {{small|(Los Angeles, A.S.)}}
* 5 Oktober 2023 {{small|(Singapura)}}
* 19 Oktober 2023 {{small|(Malaysia)}}
}}
| runtime = 98 minit
| country = [[Amerika Syarikat]]
| language = [[Bahasa Inggeris|Inggeris]]
| belanjawan =
| untung_kasar =
}}

'''''Man On The Run''''' (''Lelaki Dalam Buruan'') ialah sebuah filem dokumentari Amerika Syarikat 2023 arahan Cassius Michael Kim yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit eksekutif. Filem ini berkisarkan tentang [[Skandal 1Malaysia Development Berhad|skandal]] [[1Malaysia Development Berhad]] dan penglibatan bekas [[Perdana Menteri Malaysia]] keenam, [[Najib Razak]] dan ahli perniagaan dalam buruan, [[Jho Low]] dalam skandal yang menggemparkan Malaysia. Filem ini ditayangkan pada 19 Oktober 2023.<ref name="Dedah skandal">{{cite news|url=https://www.sinarharian.com.my/article/282917/berita/hiburan/man-on-the-run-dedah-skandal-1mdb|title=Man On The Run dedah skandal 1MDB|author=Nurezzatul Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=6 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.xtra.com.my/filem/dokumentari-man-on-the-run-dedah-kisah-skandal-1mdb-bakal-ditayangkan-19-oktober-ini/|title=Dokumentari 'Man On The Run' Dedah Kisah Skandal 1MDB, Bakal Ditayangkan 19 Oktober Ini!|author=Fatin Nurain|publisher=XTRA|date=9 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref><ref name="To be released in Malaysia">{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/showbiz/2023/10/13/1mdb-documentary-film-man-on-the-run-to-be-released-in-malaysia-on-october-19-video/96003|title=1MDB documentary film ‘Man On The Run’ to be released in Malaysia on October 19 (VIDEO)|trans-title=Filem dokumentari 1MDB 'Man On The Run' akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Oktober (VIDEO)|author=Dhesegaan Bala Krishnan|publisher=[[The Malay Mail]]|date=13 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref>

==Sinopsis==
Filem ini berkisarkan tentang kisah benar mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara. Ia turut membabitkan [[Jho Low]], seorang ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai [[skandal 1Malaysia Development Berhad]] (1MDB).<ref name="To screen in cinemas">{{cite news|url=https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2023/10/964669/showbiz-1mdb-documentary-man-run-screen-cinemas-oct-19|title=#Showbiz: 1MDB documentary 'Man On The Run' to screen in cinemas on Oct 19|trans-title=#Hiburan: Dokumentari 1MDB 'Man On The Run' akan ditayangkan di pawagam pada 19 Okt|work=NST Entertainment|publisher=[[New Straits Times]]|date=9 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.kopiplanet.com/man-on-the-run-filem-dokumentari-angkat-kisah-pendedahan-skandal-1mdb/|title=Man On The Run: Filem Dokumentari Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB|publisher=Kopiplanet|date=29 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref>

Dengan kerjasama [[Perdana Menteri Malaysia]] keenam ketika itu, [[Najib Razak]], Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion wang ke dalam akaun bank global bagi menampung gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem ''[[The Wolf of Wall Street (filem 2013)|The Wolf of Wall Street]]'' (2013) lakonan [[Leonardo DiCaprio]].<ref name="To screen in cinemas"/><ref>{{cite news|url=https://www.straitstimes.com/life/entertainment/a-dream-for-film-makers-new-documentary-traces-the-reach-of-1mdb-fugitive-jho-low|title=‘A dream for film-makers’: New documentary traces the reach of 1MDB fugitive Jho Low|trans-title=‘Impian untuk pembikin filem’: Dokumentari baharu menjejaki capaian pelarian 1MDB Jho Low|author=John Lui|publisher=[[The Straits Times]]|date=1 November 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref>

==Penerbitan==
Menurut pengarahnya, Cassius Michael Kim, beliau tertarik untuk mengarahkan filem ''Man On The Run'' kerana liputan yang cukup meluas terhadap skandal yang menimpa 1MDB.<ref>{{cite news|url=https://berita.rtm.gov.my/hiburan/senarai-berita-hiburan/senarai-artikel/30045-man-on-the-run-dedah-kisah-sebenar-skandal-1mdb|title='Man On The Run', dedah kisah sebenar skandal 1MDB|publisher=[[Berita RTM]]|date=20 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2023/10/1020844/dedah-kisah-pengkhianatan|title=Dedah kisah pengkhianatan|author=Minda Ranggong|publisher=[[Harian Metro]]|date=19 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref> Beliau berkata:

{{quote|"Walapun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam. Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini".<ref>{{cite news|url=https://www.budiey.com/filem-dokumentari-man-on-the-run-angkat-kisah-pendedahan-skandal-1mdb/|title=Filem Dokumentari MAN ON THE RUN Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=18 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref>}}

Menurut Cassius, antara yang menarik dalam filem ini apabila beliau dan pasukan penerbitan dapat mengadakan sesi temu bual bersama individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan skandal 1MDB.<ref name="Dedah skandal"/><ref>{{cite news|url=https://www.optionstheedge.com/topic/culture/where-jho-low-director-cassius-michael-kim-uncovers-key-narratives-1mdb-case-%E2%80%98man-run%E2%80%99|title=Where is Jho Low? Director Cassius Michael Kim uncovers key narratives of 1MDB case in ‘Man on the Run’ film|trans-title=Di manakah Jho Low? Pengarah Cassius Michael Kim mendedahkan naratif utama kes 1MDB dalam filem 'Man on the Run'|author1=Dian Pasquinal Kaur|author2=Emily Yap|publisher=Options The Edge|date=18 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref> Menurutnya lagi, terdapat cabaran sepanjang penggambaran apabila terdapat segelintir individu yang tidak mahu ditemu bual dalam ''Man On The Run'' atas sebab-sebab tertentu. Cassius berkata, pasukan penerbitannya berjaya menemubual bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau mengakui cukup kagum dengan kesudian Najib untuk menjawab setiap soalan yang diajukan sepanjang sesi temu bual tersebut.<ref name="Dedah skandal"/>

Penerbit filem ini, Fabian W. Joseph pula berkata isi kandungan ''Man On The Run'' lebih memfokuskan kepada cerita menarik individu yang terbabit secara langsung atau tidak tanpa memburukkan sesiapa selain tidak berniat merungkai sisi buruk atau mencalar nama Malaysia di mata dunia. Menurutnya, ia diterbitkan untuk masyarakat bagi mengetahui perjalanan sebenar mengenai skandal 1MDB dengan lebih terperinci dan mendalam.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2023/10/1022525/tak-ada-niat-burukkan-malaysia-penerbit|title=Tak ada niat burukkan Malaysia - Penerbit|author=Georgie Joseph|publisher=[[Harian Metro]]|date=22 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref>

Siri wawancara pertama ''Man On The Run'' bermula pada musim panas 2021 dan penerbitannya bermula pada musim bunga 2022. Pasca penerbitan selesai pada musim bunga 2023, sebelum akhirnya siap untuk ditayangkan. Selain Najib, turut ditemubual dalam filem ini ialah [[Clare Rewcastle Brown]]; Ketua Pegawai Eksekutif The Edge, Ho Kay Tat dan Bradley Hope; pemberi maklumat, Xavier Andre Justo; serta ahli politik seperti Perdana Menteri kesepuluh, [[Anwar Ibrahim]]; Ahli Parlimen Muar, [[Syed Saddiq Syed Abdul Rahman]]; bekas Ahli Parlimen, [[Tony Pua]] serta bekas peguam negara, [[Tommy Thomas]].<ref>{{cite news|url=https://mykmu.net/2023/10/15/man-on-the-run-dokumenteri-skandal-1mdb-akan-ditayangkan/|title=Man On The Run, dokumentari skandal 1MDB akan ditayangkan|publisher=MyKMU|date=15 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref>

==Keluaran dan sambutan==
Treler rasmi filem ini, yang berdurasi selama 2 minit, dikeluarkan pada 2 Ogos 2023 dan dipertontonkan secara eksklusif di ''[[The Hollywood Reporter]]''.<ref>{{cite news|url=https://www.hollywoodreporter.com/movies/movie-news/1mdb-scandal-documentary-man-on-the-run-trailer-jho-low-1235549320/|title=Where Is Jho Low? Jailed Malaysian Leader Najib Razak Questioned in 1MDB Scandal Doc Trailer (Exclusive)|trans-title=Dimanakah Jho Low? Pemimpin Malaysia yang dipenjarakan Najib Razak disoal siasat dalam Treler Dokumentari Skandal 1MDB (Eksklusif)|author=Alex Ritman|publisher=[[The Hollywood Reporter]]|date=2 Ogos 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref> Filem ini memulakan tayangan perdana di United Kingdom pada 8 September 2023<ref name="To be released in Malaysia"/> dan dua lokasi di Amerika Syarikat, bermula dengan tayangan perdana rasmi di [[New York]] pada 22 September, kemudian diikuti dengan tayangan di [[Los Angeles]] pada 29 September.<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/08/1135446/dokumentari-kisah-jho-low-ditayang-di-amerika-syarikat|title=Dokumentari kisah Jho Low ditayang di Amerika Syarikat|author=Fatin Farhana Ariffin|publisher=[[Berita Harian]]|date=3 Ogos 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.thesundaily.my/local/man-on-the-run-on-jho-low-and-1mdb-to-hit-us-cinemas-in-september-CB11320103|title=‘Man on the Run’ on Jho Low and 1MDB to hit US cinemas in September|trans-title='Man on the Run' tentang Jho Low dan 1MDB bakal ditayang di pawagam AS pada September|publisher=[[The Sun, Malaysia|The Sun Daily]]|date=3 Ogos 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref> Tayangan perdana rasmi di Asia pula bermula pada 5 Oktober di Singapura,<ref name="To be released in Malaysia"/> diikuti dengan tayangan perdana di Malaysia pada 19 Oktober.<ref>{{cite news|url=https://f8buzz.com/2023/10/23/filem-dokumentari-man-on-the-run-dedah-kisah-sebenar-1mdb/|title=Filem Dokumentari ‘MAN ON THE RUN’ Dedah Kisah Sebenar 1MDB|author=Dhia Kz|publisher=F8buzz|date=23 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref>

Menulis untuk portal Murai.my, Phic Arman mengulas: "Jika anda tidak tahu apa-apa mengenainya (skandal 1MDB), filem ini menawarkan fakta terperinci mengenai skandal 1MDB iaitu sebuah dana kekayaan negara yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak".<ref>{{cite news|url=https://murai.my/2023/191032/review-man-on-the-run-dari-kisah-jho-low-najib-hingga-ke-rosmah-semuanya-terungkap/|title=[REVIEW] ‘Man On The Run’: Dari Kisah Jho Low, Najib Hingga Ke Rosmah, Semuanya Terungkap|author=Phic Arman|publisher=Murai.my|date=18 Oktober 2023|accessdate=3 November 2023}}</ref> Leslie Felperin dari ''[[The Guardian]]'' pula berpendapat bahawa "karikatur pelbagai penggiling sangat mengganggu dan agak merendahkan nada filem itu".<ref>{{cite news|url=https://www.theguardian.com/film/2023/sep/05/man-on-the-run-review-the-malaysian-scandal-that-rocked-wall-street-and-hollywood|title=Man on the Run review – the Malaysian scandal that rocked Wall Street and Hollywood|trans-title=Ulasan Man on the Run – skandal Malaysia yang menggegarkan Wall Street dan Hollywood|author=Leslie Felperin|publisher=[[The Guardian]]|date=5 September 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref> Ellen E. Jones dari akhbar sama turut sependapat dengan ulasan Felperin mengenai filem ini.<ref>{{cite news|url=https://www.theguardian.com/film/2023/sep/10/man-on-the-run-review-malaysia-1mdb-scandal-documentary-jho-low-wolf-of-wall-street-cassius-michael-kim|title=Man on the Run review – fine documentary about a starstruck Malaysian financial scandal|trans-title=Ulasan Man on the Run – dokumentari bermutu tentang skandal kewangan Malaysia yang memukau|author=Ellen E. Jones|publisher=[[The Guardian]]|date=10 September 2023|accessdate=3 November 2023|language=en}}</ref> Di [[Rotten Tomatoes]], filem ini menerima penarafan kelulusan sebanyak 86% berdasarkan daripada 7 ulasan.<ref>{{cite web |url= https://www.rottentomatoes.com/m/man_on_the_run_2023 |title= Man on the Run (2023) |website= [[Rotten Tomatoes]] |publisher= [[Fandango Media]] |access-date= 3 November 2023 |language=en }}</ref>

==Rujukan==
{{Reflist}}

==Pautan luar==
* {{IMDb name|tt18704822}}

Semakan pada 06:31, 3 November 2023