Ladang gandum dengan Sipres

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ladang gandum dengan Sipres (New York)
Wheat-Field-with-Cypresses-(1889)-Vincent-van-Gogh-Met.jpg
Artis Vincent van Gogh
Tahun 1889
Jenis Minyak pada kanvas
Dimensi 73 × 93.4 cm (29 × 37 in)
Dipamerkan Metropolitan Museum of Art, New York
Ladang gandum dengan Sires (London)
Vincent Willem van Gogh 049.jpg
Artis Vincent van Gogh
Tahun 1889
Jenis Minyak pada kanvas
Dimensi 72.1 × 90.9 cm (28.4 × 35.8 in)
Dipamerkan The National Gallery, London

Ladang gandum dengan Sipres ialah satu daripada tiga lukisan seakan yang dilukis Vincent van Gogh pada tahun 1889. The National Gallery ("Galeri Kebangsaan") di London mempamerkan lukisan versi September 1889. Satu lagi lukisan, yang dihasilkan pada bulan Julai tahun yang sama, berada di Metropolitan Museum of Art ("Muzium Seni Metropolitan") di New York, sementara yang ketiga berada di dalam himpunan peribadi. Ketiga-tiga lukisan dihasilkan di hospital mental di Saint-Remy, Perancis, semasa van Gogh menjadi pesakit di sana.

Dalam satu surat kepada saudara lelakinya, Theo, Vincent memerikan lukisan tersebut: "Saya mempunyai kanvas penuh dengan pohon sipres dengan batang-batang gandum, beberapa pokok popi, langit biru seakan-akan corak plaid Scotland; yang terdahulu dilukis dengan cat pekat [impasto] ... dan ladang gandum di bawah sinar matahari, yang menggambarkan kepanasan, juga pekat."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]