Majalah Fantasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fantasi

Kulit majalah Fantasi sebagai hiasan sahaja.
Kategori Sastera
Kekerapan Bulanan
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Majalah Fantasi adalah satu-satunya majalah grafik terbitan berkala CESB mula berada dipasaran pada tahun 1983. Ia berformat prestij dan sasaran pembacanya di kalangan dewasa dan juga menjadi rujukan kepada siswa-siswi seni reka, seni bina, seni arca dan budaya. Majalah ini mengetengahkan ramai pelukis komik yang hebat seperti Azman Yusof, Mohas, Suhaime, Azman Shah, Ahmad Kamil, Jailani Abu Hassan, Weman, Jimi Kong dan Allahyarham Jeri.

Tahun-tahun tersebut, teknik semburan udara atau airbrush , seni pop, cat minyak dan akrilik menjadi ledakan seni visual seantero dunia. Ia juga turut diaplikasikan oleh pelukis yang menyumbang karya kepada majalah Fantasi. Contoh yang dijelas boleh dilihat pada mastheadnya dan karya-karya lukisan dan komik di dalamnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.