Majalah Wisel!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wisel!
Kulit majalah Wisel! sebagai hiasan sahaja.
Kategori Sukan
Kekerapan Bulanan
Syarikat Seniwara Sendirian Berhad
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web {{URL|example.com|optional display text}}


Wisel! merupakan majalah bolasepak ringan terbitan Seniwara Sendirian Berhad. Ia mula diterbitkan pada tahun 2002 dan ketika itu menumpukan laporannya terhadap perkembangan dan aksi bolasepak liga-liga utama di Eropah.

Namun selaras dengan minat dan komersialisasi yang tinggi terhadap Liga Perdana Inggeris serta percambahan peminatnya di Malaysia, majalah ini mula memberikan fokus terhadap aksi bolasepak Inggeris selain tidak meminggirkan perkembangan bolasepak di La Liga dan Serie A. Di awal penerbitan Wisel! ia hanya diterbitkan sekali sebulan sebelum ia meningkat sehingga tiga kali sebulan yakni pada setiap 5, 15 dan 25 haribulan.

Pengisian majalah Wisel! lebih kepada bahan bacaan ringan namun tidak mengabaikan input yang paling terkini dan berkesan. Wisel! memiliki kelebihan melalui proses penyuntingan berserta pengisian gambar para pemain yang dibeli melalui saluran sah dan tidak hairanlah jika ia tidak mengalami masalah imej poster yang kabur atau menciplak.

Wisel! juga kini boleh diakses di laman web wiselonline.com