Nombor Pendaftaran CAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nombor pendaftaran CAS merupakan nombor identiti yang unik bagi sebatian kimia, polimer, turutan biologi, campuran dan aloi. Nonbor ini juga dirujuk sebagai nombor-nombor CAS, CAS RNs atau CAS #s.

Perkhidmatan Kimia Abstrak (CAS), sebuah bahagian dalam Persatuan Kimia Amerika, memastikan nombor pendaftaran CAs untuk setiap sebatian kimia direkod dalam pangkalan data untuk memudahkan pengkatologkan kerana bahan kimia mungkin mempunyai pelbagai nama. Hampir kesemua pangkalan data molekul mempunyai carian melalui nombor CAS.

Kini terdapat lebih daripada 50 juta bahan organik dan inorganik serta 61 juta lebih turutan dalam registra CAS. Terdapat lebih kurang 50,000 nombor baru yang ditambah pada setiap minggu.