Darjah Yang Paling Cemerlang oleh Empayar British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Order of the British Empire)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah pingat OBE lelaki (kanan)

The Most Excellent Order of the British Empire atau Darjah Yang Paling Cemerlang oleh Empayar British adalah anugerah kesatriaan Great Britain ataupun England yang diasas oleh Raja George V pada 4 Jun 1917 . Anugerah kesatriaan ini terdiri dari lima kelas di dalam division awam dan ketenteraan ; yang mana pangkat teratas seperti tersenarai di bawah adalah darjah tertinggi menurut turutan:

  • Knight or Dame Grand Cross (GBE)-Kesatria
  • Knight or Dame Commander (KBE or DBE)-Panglima
  • Commander (CBE)-Johan
  • Officer (OBE)-Pegawai
  • Member (MBE)-Ahli

Dua gelaran teratas adalah gelaran tertinggi dan pemengangnya termasuk di dalam kategori “knighthood” atau di dalam bahasa melayu sebagai “kesatriaan” yang memberi gelaran “Sir” untuk lelaki dan “Dame” untuk wanita.

Terdapat satu lagi jenis anugerah iaitu “British Empire Medal” yang mana penerimanya bukan dari anggota pemerintah (bukan rakyat England). Anugerah tersebut sudah tidak lagi diguna pakai atau diberi di England pada masa kini, tetapi masih digunakan oleh beberapa negara-negara komanwel sahaja seperti Bahamas dan Cook Islands.

Moto Order of the British Empire adalah "For God and the Empire",yang bermaksud "Demi Tuhan dan Empayar".