Peneroka FELDA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Peneroka felda)
Lompat ke: pandu arah, cari

Peneroka FELDA adalah panggilan atau istilah yang digunakan bagi merujuk pada peserta di tanah rancangan Felda. Pasangan bagi peneroka ialah penerokawati yakni isteri kepada peneroka. Meskipun istilah 'peneroka' yang membawa maksud 'memulakan' atau 'merintis' digunakan, namun hanya peneroka di Felda pertama iaitu Lurah Bilut sahaja yang memperlihatkan para peserta melakukan semua kerja penerokaan. Manakala di tanah rancangan Felda yang dibuka selepas itu, setiap peserta telah disediakan rumah yang telah siap untuk diduduki serta kira-kira 10 ekar ladang yang telah ditanami getah atau sawit.

Peneroka atau peserta Felda mestilah dari kalangan rakyat Malaysia yang dikategorikan berada di bawah paras kemiskinan. Secara asasnya mereka tidak mempunyai rumah dan tanah sendiri serta tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap. Tiada syarat perkauman dalam pemilihan peserta Felda namun terikat dengan kuota yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Kini setelah lebih 50 tahun pembukaan FELDA semakin ramai peneroka Felda yang sudahpun meninggal dunia. Tugas mereka disambung oleh anak-anak mereka sebagai generasi kedua.