Perbincangan:Burung camar kepala hitam

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung sama[sunting sumber]

Nama saintifik burung ini sama dengan Burung Camar Kepala Hitam.—Aviator, 03:36, 4 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Nama Tempatan (Melayu)[sunting sumber]

Sesuai dengan tema Wikipedia Bahasa Melayu, saya mencadangkan agar burung-burung yang disenaraikan di laman ini lebih berfokus kepada burung tempatan Malaysia, dan diberi nama tempatan Melayu selain daripada nama sains dan nama Inggeris. Nama tempatan burung tersebut mestilah mengikut nama standard dalam Bahasa Melayu, yakni yang telah lama dikenali dan diguna pakai oleh orang Melayu, bukannya nama terjemahan dari Bahasa Inggeris. Jika nama terjemahan digunakan, hilanglah "identiti Melayu" burung itu. Orang Melayu atau pembaca wikiMelayu pun akan terikut-ikut menggunakan nama terjemahan yang berjela-jela itu, padahal nama Melayunya sudah ada. --Munshi 17:38, 28 Ogos 2010 (UTC)

Nama terjemahan hanya digunakan apabila padanan nama Melayu tiada. Ini berlaku kerana 1) burung tersebut tiada di alam Melayu 2)Nama Melayunya merujuk kepada nama umum - (contoh gull = camar) tetapi tiada nama pecahan spesies) 3)Nama Melayunya tidak diketahui penyumbang asal. Oleh kerana penyumbang di Wikipedia bukahlah pakar burung, perkara ini tidak dapat dielakkan. Sekiranya ada dijumpai, nama Melayunya boleh ditambah kemudian, dan rencana itu boleh dipindahkan kepada nama baru. Kami mengalu-alukan sebarang bantuan anda. Sumbangkan ilmu anda untuk manafaat bersama. 203.82.82.36 00:16, 29 Ogos 2010 (UTC)[balas]