Perbincangan:Bahasa Melayu Sarawak

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Dialek Sarawak)

saya fikir boleh ke kita katakan bahasa sarawak ialah dialek sarawak..? che 18:02, 2 September 2006 (UTC)[balas]

Sarawak adalah unik kerana ianya terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai bahasa serta dialek masing-masing. Sarawak mempunyai 40 kumpulan suku kaum seperti Iban, Bidayuh, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kajang, Ukit, Kelabit dan banyak lagi. Setiap kaum juga mempunyai variasi yang unik dalam bahasa masing-masing. Oleh itu, Bahasa Sarawak bukanlah terdiri daripada satu bahasa sahaja, ianya terdiri daripada Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh, Bahasa Penan, Bahasa Kayan, Bahasa Kenyah, Bahasa Punan, Bahasa Kajang, Bahasa Ukit, Bahasa Kelabit dan banyak lagi. Variasi daripada Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Sarawak itu sendiri adalah dikenali sebagai dialek melayu Sarawak.