Perbincangan:Akta Hak Cipta 1987

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kenapa rencana ini tidak menggunakan tajuk Akta Hakcipta 1987? — クルニア[binc|sumb] 13:09, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Undang-undang hak cipta Malaysia memang diperuntukkan oleh Akta Hakcipta 1987, tetapi saya pilih tajuk yang lebih umum. Rencana ini boleh merangkumi pelbagai sudut, umpamanya "kegiatan cetak rompak di Malaysia", "kesedaran harta intelek di Malaysia", "usaha Kerajaan Malaysia membanteras kegiatan cetak rompak", "kes-kes pelanggaran hak cipta" dan macam-macam lagi, tapi saya tak tulis sebab belum menjumpai bahan rujukan. Oleh itu, saya serahkan pengembangan rencana ini kepada orang lain pula. "Akta Hakcipta 1987" boleh dijadikan rencana suku kalau ada siapa-siapa yang mahu kupas kandungan dan analisis berkenaan Akta tersebut, tapi buat masa ini saya rasa elok dilencongkan ke sini sahaja.—Aviator, 14:08, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Saya telah sunting sedikit pada bahagian pengenalan. Mungkin begitu lebih sesuai. Mengenai Akta Hakcipta 1987, saya setuju ianya dilecongkan di sini buat sementara waktu sehingga ada orang yang rajin untuk membuat rencana tersebut. クルニア[binc|sumb] 17:28, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya ada dua lagi peraturan berkaitan hak cipta, iaitu:
  • Copyright (Licence To Produce And Publish In The National Language A Translation Of A Literary Work) Regulations 1987
  • Copyright (Licensing) Regulations 2000
Aviator, 18:06, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Keduanya undang-undang yang diamalkan di Malaysia? — クルニア[binc|sumb] 18:34, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Ya. Saya belum jumpa dokumennya dalam bahasa Melayu. Pautan: [1] & [2].—Aviator, 19:48, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]