Puget Sound

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan Puget Sound dan bandar di sekitarnya.

Puget Sound (disebut /ˈpjuːʤɪt/) adalah serokan di utara Lautan Pasifik di barat laut negeri Washington. Ia bersambung dengan Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca.

Kawasan Puget Sound adalah tempat bagi majoriti penduduk Seattle yang tinggal di bandar dan luar bandar yang menganjur dari utara ke selatan dari Stanwood ke Olympia. Kebanyakan masyarakat Puget Sound tinggal sama ada di sebelah koridor lebuh raya utara-selatan (Interstate Highway 5) yang digunakan sebagai jalan raya utama ke seluruh negeri.

Puget Sound sebenarnya merujuk kepada kawasan perairan yang terletak di timur Serokan Admiralty, di mana air laut sampai ke kawasan daratan kira-kira 50 batu dari Pantai Pasifik yang memudahkan perjalanan kapal laut ke pelabuban di Seattle, Tacoma dan Olympia. Kawasan perairan ini kompleks dengan kewujudan banyak terusan, serokan, muara, teluk dan pulau di sekitarnya.