Rekabentuk perindustrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rekabentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian. Ianya ciri yang ada pada barang siap dan merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

Rekabentuk perindustrian di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, rekabentuk perindustrian dilindungi di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan Peraturan-peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999. Akta ini memberikan hak perlindungan kepada reka bentuk perindustrian kepada reka benduk perindustrian berdaftar sebagai harta persendirian yang boleh dibuat melalui penyerah hak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia, MyIPO, 2008
  • Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia, MyIPO, 2008