Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai
Lokasi
JALAN BACANG UTAMA, Taman Kota Masai,, Johor Bahru,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Beramal
SLOGAN
SKOMAS Peneraju Gemilang
Ditubuhkan1 Ogos 2003
Nombor sekolah072563911
Kod sekolahJEA1078
PengetuaPn. Saridah Bt Abdul Majid
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Zarina Bt Sanadi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Abdul Aziz Bin Maryani
Penolong Kanan KokurikulumPn. Maznah Bt Mohd Yusoff
Faks072564912
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Taman Kota Masai, lebih kurang 38 km dari bandar raya Johor Bahru. Ia dibina di kawasan perumahan Kota Masai, berhampiran dengan Politeknik Johor Bahru terletak lebih kurang 4 km dari pusat bandar Pasir Gudang dan bandar Masai.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibina pada akhir tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada 20 Mei 2003. Ia mula beroperasi pada 1 Ogos 2003. Nama SMK Kota Masai diambil sempena nama sebuah taman perumahan berhampiran iaitu Taman Kota Masai.

Sekolah ini mempunyai 2 blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah, sebuah blok makmal, bengkel, surau, 2 buah makmal komputer, pusat sumber, tempat letak basikal, parkir kereta guru, padang bola sepak dan tapak gelanggang permainan.

Sekolah ini telah mengadakan Majlis Perasmian pengoperasiannya pada tanggal 17 September 2003. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria b Haji A. Shukor, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor.

Penjenamaan semula Smk Kota Masai[sunting | sunting sumber]

Seiring dengan ledakan dunia globalisasi,SMK Kota Masai telah melalui satu penjenamaan semula pada tahun 2011 dari singkatan SMKKM kepada SKOMAS dengan objektif dapat menjadikan SMK Kota Masai sebagai sebuah sekolah cemerlang. Juga dengan harapan pelajar-pelajar SMK Kota Masai akan berusaha menjadikan diri mereka cemerlang dari segi akademik dan tidak lupa termasuk sahsiah sekaligus mengharumkan nama SKOMAS di mata dunia.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Antara pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah seperti berikut:

  1. Hj Jamaluddin bin Arbai'ee (2003 - 2005)
  2. Hj Abd Rahim bin Ahmad (2005 - 2007)
  3. Hj Nasuha bin Paiman (2007 - 2010)
  4. Hj Bahren bin Osman (2010 - 2011)
  5. Hj Ibrahim bin Abdul Rahman (2012-2013)
  6. Hajah Jamiaah Binti Kechut (2013-2016)
  7. Hajah Hasnah Binti Yusoff (2017-2019)
  8. Puan Saridah Binti Abd Majid (2019-kini)

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha, berilmu dan beramal
SMK Kota Masai
Pelajarnya berbilang bangsa
Perpaduan tetap dikukuhkan
Rukun negara asas kejayaan pendidikan cemerlang
Falsafah Pendidikan Negara amalan kami pewaris bangsa
Cekap IT tambah pengalaman
Bidang sukan cergaskan minda
Teguhkan iman dan beretika
Hormat pada ibu bapa
Kami janji, kan berbakti
Para pendidik kami yang mulia
Kamikan berusaha
Amalkan budaya berilmu
Jayakan warisan Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]