Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Menengah Kamil)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
Ditubuhkan 1954
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah DEE4289
Lokasi  Malaysia Pasir Puteh16800, Pasir Puteh,, [Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon 6097855300
Faks 6097855302


Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil atau nama ringkasnya SMK Kamil, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pasir Puteh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil memiliki 440 pelajar lelaki dan 774 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1214 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

1954 : sekolah ini yang dinamakan 'government English School' bermula dengan satu kelas 'special Malay 1' dan satu kelas 'standard 1'. Encik Abdul Rahim Che Teh dilantik sebagai Guru Besar yang pertama.

1955: Nama sekolah ditukar kepada 'kamil English' dengan mengambil sempena nama Dato' Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmood (kemudiannya bergelar Tan Sri) yang pada masa itu adalah Menteri Besar Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini.



1957: Form One dimulakan

1961: Form Four dibuka. Keramaian murid bertambah menyebabkan Pejabat Pelajaran Kelantan memecahkan pentadbiran sekolah ini kepada dua walaupun masih di bangunan yang sama. Pecahannya ialah :-

Sekolah Menengah Kamil : Menampung murid-murid dari Form 1. Sekolah Rendah Kamil : Menampung murid-murid dari standard 1 hingga standard vi. Encik Ariffin Haji Hassan dilantik sebagai Guru Besar pertama. 1967: Sekolah Rendah Kamil dipindahkan ke bangunannya sendiri. (Bangunan Sekolah Kebangsaan Kamil 1 sekarang).

1972: Sekolah Rendah Kamil dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu:

Sekolah Rendah Kamil 1 Sekolah Rendah Kamil 2 dengan Encik Mahady Haji Mohamad sebagai Guru Besar pertama. Sekolah ini ditumpangkan buat sementaradi Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) 1973: Upacara pembukaan rasmi bangunan baru sekolah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Ahmad Kamil bin Datuk Haji Nik Mahmaood pada 23 Mac.

1978: Tingkatan Enam mula dibuka di Sekolah Menengah Kamil. Penubuhan tingkatan enam menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Kelantan menaruh setinggi-tinggi kepercayaan kepada sekolah ini atas kemampuannya membimbing anak-anak tempatan khasnya.

1979: Sambutan Jubli Perak disertai oleh ketiga-tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kamil 1, Sekolah Kamil 2 dan Sekolah Menengah Kamil. Perayaan disambut besar-besaran dan dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan.

Pembinaan bangunan sendiri Sekolah Kebangsaan Kamil 2 (bangunan sekarang).

1986: Perasmian Asmara Puteri oleh YB Dato' Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia.

1990: Kelas Aliran Agama mula dibuka.

1996: Sekolah Rendah Kamil dipecahkan kepada tiga pentadbiran :-

Sekolah Rendah Kamil 1 Sekolah Rendah Kamil 2 Sekolah Rendah Kamil 3.Guru Besar pertamanya ialah Tuan Haji Ab.Razak bin Awang. Sekolah ini ditumpagkan buat semetara di Sekolah Rendah Kamil 1. 1998: Sekolah Menengah Kamil mendapat Dewan Besar Kamil.

1999: Memasuki era baru sebagai Sekolah Bestari bersama-sama dengan 89 buah sekolah lain di seluruh negara dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.

Pengenalan uniform kedua sekolah iaitu 'T-shirt' putih dan 'track bottom' biru tua. 2002: Pelancaran Lagu Sekolah telah diadakan pada 20.2.2002. Lagu dicipta oleh Tn.Hj.Daud bin Muhamad (PK Pentadbiran SMK Kamil) dan lirik ditulis oleh Tn.Hj.Daud bin Muhamad ( PK Pentadbiran SMK Kamil) bersama-sama dengan Pn. Suryati Nasriah binti Khalid (GK Bahasa SMK Kamil). Lagu dinyayikan buat pertama kali oleh pelajar-pelajar Aspuri.

2003: Pengetua Tn.Hj.Ashari b Yaacobkembali bertugas di SMK Kamil.

2004: Perayaan Jubli Emas disambut secara meriah dan besar-besaran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahadzir bin Mohd. khir (DSDK), Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 8 Julai 2004. Moto perayaan "Kamil Menjana Generasi Gemilang".

Pengenalan uniform rasmi sekolah untuk guru-guru sempena Jubli Emas.

2005: Tingkatan 6 Aliran Sains sahaja dikekalkan manakala aliran sains sosial berpindah ke SMK Tok Janggut dan kemudiannya ke SMK Seri Aman.

2009: Peristiwa kebakaran blok makmal sains berlaku dua kali dalam masa 24jam yang mengakibatkan keseluruhan blok berkenaan musnah sama sekali.

2010: Tn.Hj.Ashari b Yaacob bersara sebagai pengetua pada 24 julai 2010. SMK Kamil mendapat pengetua baru pada 03 Oktober 2010. Beliau ialah Tn.Hj.Zainuddin b Harun yang berpindah masuk dari SMK Cherang Ruku .

2011: Tn Hj Zainuddin b Harun bersara sebagai pengetua SMK KAMIL pada 28 Ogos 2011. 4 Disember 2011, Pengetua Baharu Pn Hjh Ruhani Bt Mohamad melaporkan diri.

Pencapaian [sunting]

Alamat [sunting]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097855300
Fax = 6097855302

Pautan luar [sunting]