Sultan Mudzaffar Shah II
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Mudzaffar Shah II Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah II adalah Sultan Perak ke-10, memerintah dari 1636 hingga 1653. [1]
Asalnya bernama Raja Sulong, baginda adalah putera Raja Mahmud [Sultan Ahmad Shah II] ibni Raja Kasab @ Ali Al-Ajali dari Siak & Johor dan Tun Kechil, anak Tun Isap Misai, Bendahara Seri Maharaja Johor.[2]
Selepas kemangkatan Sultan Sallehuddin, Raja Sulong dilantik oleh Sultan Kerajaaan Aceh Darussalam Sultan Iskandar Thani sebagai Sultan Perak. Ketika itu Negeri Perak berada dalam penaklukan Kerajaan Aceh.
Selepas kemangkatannya, baginda digantikan oleh putera sulungnya Raja Mahmud.
Lihat juga [sunting]
Nota kaki [sunting]
- ↑ "Makam 3 Muzaffar". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. http://artmelayu.blogspot.com/2008/03/makam-3-muzaffar-tombs-of-3-muzaffars.html. Capaian 6 Disember 2010.
- ↑ "Sultan Mudzaffar Shah II". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. http://sultan.perak.gov.my/bahasa/mudzaffar_shah2.htm. Capaian 12 December 2008.
| Didahului oleh Sultan Sallehuddin |
Sultan Perak 1636-1653 |
Diikuti oleh: Sultan Mahmud Iskandar Shah |