Tafsir al-Mizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tafsir Al-Mizan)
Lompat ke: pandu arah, cari

Tafsir Al-Mizan (Bahasa Arab: تفسير الميزان‎) ialah tafsir al-Quran yang amat terkenal dan mendalam yang ditulis oleh sarjana Syiah Allameh Tabatabaei. Gaya atau kaedah yang digunakan oleh Allameh berlainan dari sebelumnya. Dia menjelaskan ayat dengan bantuan ayat yang berkaitan, saling menyemak bersama-sama - dan semakan tersebut telah ditekankan oleh al-Quran itu sendiri - dan mengenal pasti orang atau benda dengan ciri-ciri atau khusus yang disebut dalam ayat.

Al-Mizan pertama kali diterbitkan dalam bahasa Arab dalam 20 jilid. Edisi pertama al-Mizan dalam bahasa Arab dicetak di Iran dan kemudiannya dicetak di Beirut, Lubnan. Sehingga sekarang lebih dari tiga edisi telah dicetak di Iran dan Beirut dalam jumlah yang besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]