Tumor tulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tumor tulang
Pengelasan dan sumber luaran

Mikrograf bagi osteosarkoma, tumor tulang malignan utama.
ICD-10 C40.-C41.
ICD-9 170.9
MeSH D001859
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan
X-ray bagi tumur tulang sel besar pada sendi tulang metakarpus ke-4 tangan kiri.
Tumur tulang lengan

Ketumbuhan tumor tulang merujuk kepada pertumbuhan tisu plastik baru (“neoplastic”) pada tulang. Pertumbuhan tidak normal yang terdapat pada tulang mungkin benign (bukan barah) atau malignant (barah).

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Pertumbuhan tulang boleh dikelaskan sebagai "tumor utama", yang merujuk kepada berasal dari tulang atau sel hasilan tulang dan tisu; dan "tumor kedua" di mana yang merujuk kepada berasal dari tapak lain dan merebak (metastasis) ke rangka. Carcinomas pada prostate, payu dara, paru-paru, thyroid & buah pinggang merupakan carcinomas utama yang biasanya metastasize kepada tulang. Tumor tulang malignant kedua dianggarkan 50 hingga 100 kali lebih biasa berbanding barah tulang utama.

Tumor tulang utama[sunting | sunting sumber]

Tumor tulang utama boleh dibahagi kepada tumor benign dan barah. Tumor tulang benign boleh jadi neoplastik, perkembangan, trauma, jangkitan, atau radang pada etiologi. Contoh tumor tulang benign termasuk osteoma, osteoma osteoid, osteokondroma, osteoblastoma, enkondroma, tumor sel gergasi tulang, sista tulang aneurismal, dan displasia berfiber pada tulang.

Tumur tulang malignant utama termasuk osteosarkoma, kondrosarkoma, sarkoma Ewing, fibrosarkoma, dan jenis lain.

Ketika histiocytoma berfiber malignant (“histiositoma tisu serat malignan – MFH”) – kini biasanya dikenali sebagai "sarkoma tanpa khusus pleomorfik ("pleomorphic undifferentiated sarcoma")" – pemula pada tulang diketahui berlaku sekali-sekala,[1] paradigm kini menganggap MFH sebagai diagnosis “tong sampah”, dan trend sekarang kearah menggunakan pengajian khusus (contoh. genetik dan ujian immunohistochemical) bagi mengelaskan tumor yang tidak dibezakan kepada kelas tumor yang lain. mieloma berbilang merupakan barah hematologi,berasal dalam sum-sum tulang, yang juga sering kali menonjolkan sebagai satu atau lebih lesi tulang.

Tumor sel kuman (“Germ cell tumors”), termasuk teratoma, sering wujud dan berasal pada garis tengah sakrum, coccyx, atau kedua-duanya. Sacrococcygeal teratomas ini seringkali agak bertindak balas kepada rawatan.

Tumor tulang kedua[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana, menurut takrifan, tumor tulang benign tidak metastasize, kesemua tumor tulang kedua merupakan lepuhan metastasis yang telah merebak dari organ lain, paling biasa adalah carcinomas dari barah payu dara, barah paru-paru, dan barah prostate.

Statistik sahih dan boleh diharap bagi peristiwa, kekerapan, dan kadar kematian akibat tumor tulang malignant sukar didapati, terutama dikalangan tertua (mereka yang melebihi usia 75 tahun). Disebabkan karsinoma yang telah metastatik secara meluas ke tulang, jarang boleh sembuh, biopsi bagi menentukan asal tumor dalam kes sebegini jarang dilakukan.

Simptom[sunting | sunting sumber]

Simptom paling biasa bagi tumor tulang adalah sakit, yang perlahan-lahan meningkat dengan masa. Seseorang mungkin menunggu selama beberapa minggu, bulan dan malah beberapa tahun sebelum mendapatkan bantuan; sakit meningkat dengan pertumbuhan tumor. Ramai pesakit tidak megalami apa-apa symptom, kecuali jisim tidak sakit. Sesetengah tumor tulang mungkin melemahkan struktur tulang, menyebabkan retak tulang pathologik.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan tumor tulang bergantung kepada jenis tumor yang dikenal pasti.

Kimoterapi dan radioterapi[sunting | sunting sumber]

Kemoterapi dan radioterapi adalah berkesan bagi sesetengah tumor (seperti sarcoma Ewing) tetapi kurang berkesan pada jenis tumor yang lain (seperti kondrosarkoma).[2]

Terdapat pelbagai protokol rawatan kimoterapi bagi tumor tulang. Protocol dengan kadar kemandiran terbaik dilaporkan bagi kanak-kanak dan dewasa adalah protokol intra-arterial di mana tindak balas tumor dijejak melalui siri arteriogram. Apabila tindak balas tumor mencecah >90% necrosis campur tangan pembedahan akan dirancang. [3] [4]

Rawatan pembedahan[sunting | sunting sumber]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Salah satu kebimbangan utama adalah kepadatan tulang dan kehilangan tulang. Bisphosphonate bukan hormon mampu meningkatkan kekuatan tulang dan tersedia sebagai pil preskripsi sekali seminggu. Metastron juga dikenali sebagai strontium-89 chloride merupakan ubat intravenous yang diberikan bagi menangani kesakitan dan boleh diberikan pada kala setiap tiga bulan. Suntikan klorid Strontium generik Sr-89 UPS, dihasilkan oleh Bio-Nucleonics Inc., merupakan versi generik Metastron.[5]

Rawatan pembedahan[sunting | sunting sumber]

  • Pemotongan

Rawatan bagi sesetengah barah tulang mungkin membabitkan pembedahan, seperti pemotingan anggota badan, atau pembedahan menyelamatkan (“sparing surgery “) anggota badan (sering kali bersama gabungan dengan kimoterapi dan terapi radiasi). Pembedahan menyelamatkan anggota badan, atau pembedahan guna semula (“salvage surgery “) anggota badan, bererti anggota tangan atau kaki diselamatkan dari dipotong. Disebalik memotong anggota tersebut, tulang yang berkaitan dibuang dan ini dilakukan dalam dua cara (a) graft tulang, di mana tulang di ambil dari bahagian lain badan atau (b) tulang buatan dimasukkan. Pada pembedahan kaki atas, pembedahan guna semula prostesis juga ada.

Pembedahan lain dikenali sebagai putaran van-ness atau rotationplastiy yang merupakan bentuk pemotongan, di mana kaki pesakit diputar ke atas 180 darjah dan kaki terbalik digunakan sebagai lutut.

Jenis pemotongan:

Kaki
  • Atas lutut
  • Bawah lutut
  • Simes
  • Disartikulasi pinggang ("Hip disarticulation")
  • Hemipelvektomi atau bahagian bawah, di mana keseluruhan kaki dibuang bersama sebahagian peha
Tangan
  • Bawah siku
  • Atas siku
  • Disartikulasi bahu ("Shoulder disarticulation")
  • Pemotongan sukuan depan (Pemotongan keseluruhan tangan, termasuk tulang belikat dan clavicle)

Pemotongan paling radikal adalah hemicorporectomi (translumbar atau pemotongan pinggan) yang membuang kaki, pelvic, system kencing, system najis dan kawasan alat sulit (zakar/kerandut zakar bagi lelaki dan faraj /vulva bagi perempuan). Operasi ini dilakukan dalam dua tahap. Tahap pertama membentuk saluran kolostomi kencing, tahap kedua adalah pemotongan. Ini adalah operasi mencacatkan dan hanya dilakukan sebagai langkah terakhir (contoh. Malah pembuangan pelvik (“pelvic exenteration”) tidak berjaya atau bagi kes barah pelvik/barah pembiakan yang teruk)

Keputusan bergantung kepada jenis tumor. Keputusan dijangka baik bagi orang dengan tumor bukan barah (benign), sungguhpun sesetengah tumor benign mungkin akhirnya membentuk (malignant). Bagi tumor tulang malignant yang tidak merebak, kebanyakan pesakit berjaya disembuhkan, tetapi kadar sembuh bergantung kepada jenis barah, lokasi, saiz, dan faktor lain.

Prognosis[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]