Pengguna:Amalfirdausi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN

Pertubuhan Amal Firdausi, Kuala Lumpur Dan Selangor (PAFI), nombor pendaftaran (ROF) : PPM-008-14-27082012 merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) ditubuhkan oleh sekumpulan anak-anak muda yang berminat dalam menjalankan kerja-kerja amal dan berkumpul untuk menambahkan pengetahuan tentang ilmu agama dan memfokuskan kepada pembangunan masyarakat komuniti terpinggir. Bermula dengan kumpulan kecil yang dinamakan TAMAN FIRDAUSI USRAH @ FB, yang sentiasa membincangkan tentang ilmu agama, hukum hakam syariat, sirah Nabi dan pelbagai lagi topik perbincangan, anak-anak muda ini seterusnya mengambil inisiatif dengan mendaftarkan pertubuhan ini secara rasmi dengan nama Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) pada 22 Mei 2011

Ditubuhkan pada asalnya di bawah kendalian Cawangan Hadhari, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), PAFI telah diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti usrah secara berkala pada awalnya di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur. Dalam beberapa program yang melibatkan komuniti terpinggir, PAFI merupakan rakan kerjasama strategik bagi Bahagian Dakwah JAWI dalam menjalankan program bersama komuniti terpinggir dan umat Islam di Malaysia umumnya.

Pada tahun 2012, PAFI telah melangkah setapak lagi dengan mendaftarkan pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan menggunaka pakai nama Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI). Seterusnya pada 28 Mei 2014 PAFI telah mengembangkan sayapnya dengan mendaftarkan pertubuhan kepada Negeri Selangor dan sekarang PAFI dikenali dengan nama PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (PAFI). PAFI menjalankan kerja – kerja dakwah secara santai dengan menumpukan kepada dakwah bil hal (perbuatan) dan bil lisan (komunikasi) dengan pendekatan yang sederhana.

Program yang ingin dijalankan adalah kesinambungan kepada program yang sering dijalankan oleh PAFI dengan kerjasama JAWI semenjak tahun 2010 dalam usaha memberi penekanan pendidikan dan pemulihan bagi masyarakat dan komuniti yang terlibat dalam isu komuniti terpinggir (PLHIV, Pengguna Dadah, Pekerja Seks, Gelandangan dan LGBT)

VISI & MISI

Visi PAFI  ialah Menjadi sebuah organisasi yang memiliki kesungguhan dalam perjuangan di bidang sukarelawan Muslim untuk kemakmuran ummat demi menjaga kemaslahatan komuniti terpinggir di Malaysia

MISI PAFI

Menyampaikan Ilmu, Menerapkan Iman dan Beramal dengannya.

MOTO

ILMU IMAN AMAL – “DARI KOMUNITI UNTUK KOMUNITI”

OBJEKTIF

Secara ringkasnya PAFI menumpukan beberapa perkara pokok dalam penubuhannya :

1. SOSIAL

Isu masyarakat yang melibatkan golongan terpinggir dan memerlukan perhatian dan pembelaan (program khas gelandangan, HIV / AIDS, anak-anak yatim, masyarakat luar Bandar, belia, pelajar).

2. DAKWAH

Usaha untuk memberi kefahaman tentang Islam dan kesederhanaan (wasatiyah) dalam mengamalkan ajaran Islam serta menghapuskan stigma prejudis terhadap Islam.

3. PENDIDIKAN

Menganjurkan kursus-kursus yang bersifat akademik dan mendidik untuk menambahkan kefahaman ilmu dunia dan ukhrawi.

4. SUKARELAWAN

Melatih para belia supaya berketrampilan sebagai seorang fasilitator dan mendidik masyarakat supaya mengamalkan bidang kesukarelawanan dalam kehidupan bermasyarakat dengan berpandukan kepada syariat Islam.

5. ADVOKASI

Sebagai tempat rujukan kepada isu-isu masyarakat dan sosial serta membantu memberi penerangan bagi mencapai agenda dakwah Islam.

GERAK KERJA

PAFI mendapat sokongan penuh daripada CAWANGAN HADHARI & KEFAHAMAN ISLAM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan juga Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti USRAH dan pelbagai program di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. PAFI turut menjalankan kursus-kursus seperti motivasi, pengurusan jenazah, fasilitator dan apa saja bentuk aktviti yang boleh meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai agama Islam.

DANA

PAFI menggunakan dana yang didapati dari sumbangan orang ramai selain dana sendiri dengan sumbangan sukarelawan sendiri dalam menjalankan aktviti – aktiviti PAFI. Selain itu kemudahan tempat dimohon kepada pihak JAWI dan pelbagai Masjid serta Badan Badan Kerajaan dan sebagainya selain memohon sumbangan penyediaan makanan dan sebagainya.

PRODUK UTAMA PAFI (CORE PRODUCT)

Produk Utama PAFI dibahagikan kepada 4 yang utama :

1.    POSITIVE LIFE PROJECT (P+ Life Project)

P+ Life Project adalah satu kumpulan kecil yang dijalankan secara rahsia dimana mengumpulkan sebilangan sahabat komuniti yang merupakan mereka yang hidup dengan HIV. Data-data kepada komuniti ini dipegang oleh satu bahagian yang dikendalikan secara sistematik dan rahsia oleh Presiden dan Setiausaha dengan menganjurkan pelbagai aktiviti Usrah khas dan juga kem motivasi selain kaunseling bagi komuniti ini. Setelah dijalankan semenjak tahun 2013, PLHIV dalam kalangan komuniti PAFI telah berubah menjadi mereka yang kuat dan dapat menyumbang balik kepada komuniti dan terlibat secara aktif dalam sebarang program PAFI. PAFI juga menganjurkan beberapa siri ceramah dan pendidikan untuk memahamkan masyarakat tentang isu HIV secara berkala.

Program yang dijalankan dibawah projek ini adalah secara berkala dank has untuk kalangan mereka yang hidup dengan HIV sahaja dan berada dalam kawalan satu jawatankuasa khas. Selain itu pelbagai kempen kesedaran untuk masyarakat secara terbuka juga dijalankan. Sepanjang tahun 2014, PAFI memfokuskan kepada program program kesedaran seperti HIV dan ISLAM, HIV dan Perkahwinan dan Pengurusan Jenazah HIV.

Objektif Program

Menambahkan kefahaman kepada sukarelawan dari kalangan komuniti dan yang berkemahiran untuk mengasah bakat kaedah Outreach kepada golongan sasaran.

Menambahkan kemahiran kaedah temu seru (outereach)

Memantapkan pemahaman mengenai kaedah rawatan terkini dan penggunaan rawatan tradisional (Islamik) kepada golongan sasaran

Sebagai satu medan untuk meingkatkan jatidiri dan keyakinan diri kepada komuniti dalam kalangan sasaran

Memantapkan ilmu kerohanian yang akan digunakan sebagai satu method dakwah untuk golongan sasaran

2.    PROJEK IQRA’ & USRAH

Projek Iqra’ dan Usrah PAFI dijalankan setiap bulan sebanyak 2 kali pada hari Ahad di Bilik Usrah / Dewan Kuliah Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan dikeutuai oleh Naqib dan Naqibah serta Ustaz yang secara sukarelawa mengajar buku Iqra’. Komuniti ini dikhaskan kepada mereka dari komuniti terpinggir yang ingin mencari kekuatan dalam Jemaah dan belajar untuk mengaji Al Quran. Sesi dimulakan dengn Usrah yang dipimpin oleh Naqib / Naqibah dan diikuti dengan Kelas Fardhu Ain dan Kelas Iqra’.

Projek IQRA PAFI dan Usrah Bulanan merupakan satu medan untuk kesemua komuniti berkumpul dan mempelajari ilmu berkaitan pembacaan Al Quran dari peringkat asas dengan menggunakan buku IQRA dan juga disertakan dengan cara untuk menunaikan solat yang sebenarnya. Program ini dikhususkan kepada komuniti terpinggir dengan menjemput mereka dating ke Masjid Jamek Kuala Lumpur (Sebelah LRT Masjid Jamek) da juga kita mengadakan program outreach kepada mereka.

PAFI juga menyediakan buku buku yang berkaitan dan juga makan minum disediakan. Buat masa ini PAFI mengharapkan sumbangan dari orang ramai dan persendirian untuk menjalankan aktiviti ini. Program ini dijalankan setiap bulan sebanyak 2 kali iaitu pada hari Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Kita menganjurkan solat berjemaah bersama sama sebagai satu praktikal. Selain itu sesi perkongsian “sharing” juga diadakan.

Objektif Program           

Memantapkan pemahaman mengenai asas Fardhu Ain dan yang berkaitan dengan kerohanian kepada golongan sasaran.

Sebagai satu kumpulan sokongan yang menghimpunkan mereka yang terlibat dalam gejala ini dan memberikan sokongan moral melalui kaedah temu seru (Outreach) yang tepat kepada golongan sasaran

Memberikan pendidikan asas kepada bacaan Al Quran kepada golongan sasaran di samping perkongsian yang diadakan tentang sirah Nabi dan Sahabat

Sebagai sesi untuk luahan perasaan dan motivasi yang boleh diguna pakai sebagai medan mendengar apa yang dimahukan oleh kumpulan sasar

3.    PROJEK SUKARELAWAN MUSLIM

Projek ini merupakan projek perintis untuk mencari pelapis yang boleh mengetuai segala isu yang berkaitan dengan komuniti terpinggir. Kebanyakan peserta terdiri daripada kalangan masyarakat, belia dan juga ahli PAFI yang ingin melatih skill dan kemahiran mereka untuk lebih arif bila berhadapan dengan komuniti terpinggir seperti mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV), Mak Nyah, Gelandangan, Pengguna Dadah, Pekerja Seks dan LGBT. Hasil daripada program ini, mereka telah menjadi penggerak dan juga kaunselor kepada komuniti terpinggir. Program ini dijalankan dalam bentuk bengkel dan praktikal 3 bulan sekali dan tempat bergantung dimana bersesuaian.

4.     GEMA JALANAN / STREET MUSICAL

Ini merupakan projek tahunan yang telah dijalankan sejak tahun 2013. Setelah dijalankan pada 2 November 2013, GEMA JALANAN yang berkonsepkan santai musical dakwah telah turun ke jalanan dan lorong lorong sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan menyanyikan lagu lagu dakwah secara basking dan seterusnya membuat pendidikan di jalanan dengan melakukan street dakwah (mengedar flyers, sesi penerangan dan mendekati kalangan komuniti terpinggir) selain forum dan ceramah Mega di tempat tempat terpilih seperti yang dijalankan sebelum ini di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. 

Antara-aktiviti PAFI yang lain mengikut permintaan yang telah dijalankan :

1.            Usrah Bulanan (2 minggu sekali)

2.            Outreach dakwah (turun padang)

3.            Kelas pengajian Fardhu Ain / Berzanji

4.            Kem motivasi & sukarelawan

5.            Aktiviti seni Islam (Teater / Nasyid / Puisi)

6.            Kursus Pengurusan Jenazah Sesi 1 (Dengan kerjasama JAWI)

7.            Usrah Bulanan Terbuka (2 minggu sekali)

8.            Usrah Komuniti HIV / AIDS (Dengan kerjasama Pertubuhan Positive Warriors Malaysia)

9.            Bengkel “Mencari Jalan Pulang”- Solat (Bersama golongan LGBT)

10.          Kelas pengajian Fardhu Ain bulanan (Bersama Komuniti Terpinggir)

11.          Tazkirah mingguan di Kedai Makan Asnaf 1 Malaysia (Dengan kerjasama JAWI)

12.          Kursus Sukarelawan Islam (Siri 1, 2, 3 dan 4)

13.          Bengkel Memahami Kaedah Outreach Komuniti (Siri 1)

JADUAL PROGRAM PAFI SEPANJANG 2014

 

BULAN

TARIKH

PROGRAM

Januari

12

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

19

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

Februari

9

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

16

P+ LIFE PROJECT

 : HIV & ISLAM  

 

23

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

Mac

9

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

16

BENGKEL

 SUKARELAWAN MUSLIM  

 

23

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

April

6

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

13

PROGRAM SEMARAK

 CINTA ALLAH & RASUL : 
 

KURSUS HAJI

 & UMRAH  

 

20

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

27

P+ LIFE PROJECT

 : VOICE OF HOPE [TEMPAT DI ANNEXE GALLERY CENTRAL MARKET KL) 
 

 

Mei

11

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

18

PROGRAM SEMARAK

 CINTA ALLAH & RASUL : 
 

PENGKISAHAN

 CINTA RASUL  

 

25

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

JUN

8

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

22

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

JULAI

8

BENGKEL

 SUKARELAWAN MUSLIM  

 

13

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

20

PROJEK IQRA’ PAFI

 (USRAH & FARDHU AIN)  

OGOS

17

P+ LIFE PROJECT

 : HIV & PERKAHWINAN  

SEPTEMBER

7

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

21

BENGKEL

 SUKARELAWAN MUSLIM  

 

28

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

OKTOBER

12

PROGRAM SEMARAK

 CINTA ALLAH & RASUL : 
 

PENGKISAHAN

 CINTA RASUL  

 

26

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

NOVEMBER

15

GEMA JALANAN

 2014  

 

23

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

DISEMBER

7

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)  

 

14

P+ LIFE PROJECT

 : MENDEPANI STIGMA & DISKRIMINASI  

 

21

PROJEK IQRA’

 PAFI (USRAH & FARDHU AIN)