Vestij

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dalam manusia, apendiks merupakan anggota vestij yang telah kehilangan banyak fungsi pusakanya.

Dalam bidang biologi, vestij bermaksud anggota atau sifat tentuan genetik yang telah hilang kebanyakan atau kesemua fungsi pusaka dalam mana-mana spesies. Penilaian status vestij mesti bergantung khususnya pada perbandingan dengan ciri-ciri homologi dalam spesies-spesies berkaitan. Vestij timbul secara proses evolusi yang normal, biasanya melalui hilangnya fungsi sesuatu ciri yang tidak lagi tertakluk pada tekanan pemilihan positif apabila ia kelihangan nilainya dalam persekitaran yang berubah-ubah. Penting sekali, sesuatu ciri itu mungkin ditentang apabila fungsinya menjadi berbahaya. Contohnya, kehilangan kemampuan untuk terbang bagi spesies yang tinggal di pulau.