Yunani Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Yunani Kuno)
Lompat ke: pandu arah, cari
Siri Sejarah Greece
Acropolis-panorama-night.jpg
Tamadun Aegea Sebelum 1600 SM
Yunani Mycenaea k.k. 16001200 SM
Zaman Kelam Yunani k.k. 1200800 SM
Yunani Purba 776323 SM
Keyunanian 323146 SM
Yunani Rom 146 SM330
Empayar Byzantine 3301453
Yunani Uthmaniyah 14531832
Greece moden Selepas 1832
Mengikut topik
Bahasa Greek Kesusasteraan
Sejarah ketenteraan Nama-nama Yunani

Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.

Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.

"Greece Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki (ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di pantai-pantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan Ukraine.

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Tiada tarikh yang tetap yang dipersetujui bagi mulanya dan tamatnya Zaman Yunani Purba. Zaman Yunani Purba biasanya merujuk kepada segala sejarah Yunani sebelum Empayar Rom, tetapi ahli sejarah menggunakan istilah ini secara lebih tepat. Penggunaan istilah ini ada kalanya meliputi tamadun Mycenaeen (yang bertutur bahasa Greek) yang telah runtuh sekitar 1150 SM, walaupun ramai yang berpendapat bahawa Minoan yang berpengaruh amat berbeza daripada kebudayaan orang Yunani selepasnya, oleh itu ia harus dikelaskan secara berasingan.

Politik & kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Memperluaskan dasar perluasan kuasa

Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Alexander Agung menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit Malaria.

Pemerintah yang cekap

Alexander Agung merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Alexander Agung tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.

Tentera yang kuat

Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes. Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat apabila dari 330-324 SM, Alexander Agung memimpin angkatannya melalui gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir, berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh, mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]