A. Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A. Halim
A. Halim & De Fictions.
Kelahiran
Abdul Halim bin Mohammad Diah

(1947-10-12)12 Oktober 1947
Meninggal dunia9 Mei 2024(2024-05-09) (umur 76)
Hospital Penawar Pasir Gudang, Johor
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Cahaya, Masai, Johor
PasanganDatin Fatimah Baharin
Anak-anak6
Kerjaya muzik
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an - 70-an
Syarikat rakaman
Suria Records,
TNA Records,
Life

Datuk Abdul Halim bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A. Halim (12 Oktober 1947 – 9 Mei 2024) merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura dan Malaysia.

Abdul Halim dilahirkan pada 12 Oktober 1947. Beliau turut menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De' Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.

Abdul Halim turut merakamkan banyak album dengan beberapa syarikat rakaman, antaranya adalah Suria, TNA, MMI, dan Life.

Beliau bersara dari jawatan Penolong Pengurus Kewangan di Johor Port Berhad 2007.

Beliau meninggal dunia akibat sesak nafas pada 9 Mei 2024.

Album[sunting | sunting sumber]


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagunya adalah:-

  • Bermusim
  • Berkenan
  • Budi Pekerti
  • Cenderawasih
  • Dendang Terakhir
  • Doa dan Harapan
  • Gadis Buta duet A. Halim & Raja Norlela
  • Hitam Manis versi A. Halim
  • Inikah Balasannya
  • Ikan Dilaut Asam Didarat
  • Jalan Bersama duet A. Halim & Raja Norlela (Ciptaan Ahmad Hj. Hassan)
  • Kan Hilang Nanti
  • Kawan Lama
  • Kisah dan Tauladan
  • Ku Cuba
  • Ku Tetap Kasih
  • Kebinaria (Asalnya nyanyian Muchsin & Titiek Sandhora).
  • Kembali Lagi
  • Masa Remaja
  • Pandangan Desa
  • Pemberianmu
  • Salam Mesra
  • Selamat Pulang Dan Jumpa Lagi
  • Semua Tahu
  • Sejak Kau Pergi
  • Sekuntum Bunga
  • Teman Baru
  • Tiada Lagi