Abd-ul-Aziz
Abdülaziz عبد العزيز | |
---|---|
Khalifah Islam Amir al-Mu'minin Sultan di Empayar Uthmaniyyah Penjaga Dua Masjid Suci | |
Khalifah ke-24 dari Khilafah Uthmaniyyah Sultan Uthmaniyyah ke-32 (Maharaja) | |
Pemerintahan | 2 Jun 1861 – 30 Mei 1876 |
Pendahulu | Abdülmecid I |
Penganti | Murad V |
Keputeraan | 9 Februari 1830 Istanbul |
Kemangkatan | 4 Jun 1876[1] Istana Çırağan | (umur 46)
Permaisuri | Dürrinev Kadınefendi Edadil Kadınefendi Hayranidil Kadınefendi Neşerek Kadınefendi Gevheri Kadınefendi Yildiz Hanimefendi |
Dinasti | Osmanli (Uthmaniyyah) |
Ayahanda | Mahmud II |
Bonda | Pertevniyal Sultan |
Agama | Sunni Islam |
Tughra |
Abdülaziz dari Empayar Uthmaniyah atau Abdülaziz I (Turki Uthmaniyyah: عبد العزيز / `Abdü’l-`Azīz, Turki: I. Abdülaziz ; 9 Februari 1830 – 4 Jun 1876) adalah Sultan ke-32 dari Empayar Uthmaniyyah dan memerintah antara 25 Jun 1861 hingga 30 Mei 1876.[1] Beliau merupakan anak lelaki kepada Sultan Mahmud II dan mengantikan abang beliau Abdülmecid I pada tahun 1861.[2]
Beliau telah dilahirkan di Istana Eyüp, Istanbul,[3] pada 9/18 Februari 1830. Meskipun beliau menerima pendidikan Uthmaniyyah, Abdülaziz juga menunjukan minat terhadap pendidikan di Barat. Beliau merupakan Sultan Uthmaniyyah pertama yang mengembara ke Eropah Barat, melawat beberapa ibu kota utama termasuk Paris, London dan Vienna pada musim panas tahun 1867.
Selain minat beliau terhadap Tentera Laut Uthmaniyyah, yang mana menjadi armada ketiga terbesar di dunia pada tahun 1875 (selepas Britain dan Perancis), beliau juga berminat dalam mendokumenkan berkenaan Empayar Uthmaniyyah. Selain itu, Abdul Aziz juga mengemari kesusasteraan dan merupakan seorang pengubah muzik klasik yang berbakat. Beberapa gubahan beliau, bersama-sama gubahan daripada anggota keluarga dinasti Uthmaniyyah yang lain, telah dikumpulkan dalam sebuah album bertajuk "Muzik Eropah di Istana Uthmaniyyah" oleh Akademi Muzik Istana Uthmaniyah London.[4]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Ibubapa beliau adalah Mahmud II dan Valide Sultan Pertevniyal ("Partav-Nihal").[5] (1812–1883), asalnya bernama Besime, seorang berketurunan Circassian.[6] Pada tahun 1868, Pertevniyal tinggal di Istana Dolmabahçe. Pada tahun itu, Abdülaziz mengetuai Eugénie de Montijo, Maharani Perancis yang bertandang untuk menemui ibu beliau. Pertevniyal menganggap kehadiran perempuan asing dalam kawasan kediaman beliau di seraglio sebagai satu penghinaan. Beliau dilaporkan menampar Eugénie di muka beliau, hampir mencetus krisis antarabangsa.[7] Berdasarkan cerita lain, Pertevniyal menjadi marah apabila Eugénie mamaut salah satu tangan anak lekaki beliau semasa mengelilingi taman istana, dan menampar Maharani di perut untuk mengingatkan bahawa beliau bukan berada di Perancis.[8] Masjid Valide Sultan Pertevniyal telah dibina di bawah naungan ibu beliau. Kerja pembinaan dimulakan pada bulan November 1869 dan masjid ini siap dibina pada tahun finished in 1871.[9]
Datuk dan nenek kandung Sultan Abdul Aziz adalah Sultan Abdul Hamid I dan Sultana Naksh-i-Dil Haseki. Beberapa cerita mengaitkan nenek kandung beliau dengan Aimée du Buc de Rivéry, sepupu kepada Joséphine de Beauharnais.[10] Pertevniyal meruapakan kakak kepada Hoshiar (Khushiyar), isteri ketiga kepada Ibrahim Pasha dari Mesir. Hoshiar dan Ibrahim adalah ibubapa kepada Isma'il Pasha.[11][12][13][14][15]
Pemerintahan[sunting | sunting sumber]
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Hidup berkeluarga[sunting | sunting sumber]
Perkahwinan pertama dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin buat pertama kali di Istana Dolmabahçe, Istanbul pada 20 Mei 1856 dengan wanita berketurunan Abkhazia, Dürrinev Kadınefendi (Batumi, 15 Mac 1835 – Istanbul, Üsküdar, Istana Çamlıca, 3 Disember 1892), dan memiliki dua orang anak:
- Putera Şehzade Yusuf Izzettin Efendi (11 Oktober 1857 – 1 Februari 1916). Cicit lelaki dari sebelah ibu melalui beliau merupakan putera mahkota Kuwait sekarang.
- Puteri Salaha Sultan (11 Julai 1862 – 1941).
Perkahwinan kedua dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Berkahwin dengan seorang berketurunan Abkhazia, Edadil Kadınefendi (1845 – Istana Dolmabahçe, 12 Disember 1875) di Istana Dolmabahçe pada tahun 1861 dan memiliki tiga orang anak:
- Putera Şehzade Mahmud Jalal ud-din Effendi (14 November 1862 – 1 September 1888).
- Putera Şehzade Muhammad Salim Effendi (28 Oktober 1865 – 21 Oktober 1867).
- Puteri Amina Sultan (30 November 1866 – 23 Januari 1867).
Perkahwinan ketiga dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Berkahwin dengan seorang berketurunan Abkhazia, Gevheri Kadınefendi (Caucasus, 8 Julai 1856 – Istana Ortaköy, Ortaköy, Istanbul, 20 September 1894) pada tahun 1872 dan mempunyai seorang anak:
- Putera Şehzade Muhammad Saif ud-din Effendi (22 September 1874 – 19 Oktober 1927).
Perkahwinan keempat dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Berkahwin dengan seorang Circassia, Hayranidil Kadınefendi (Caucasus Barat Laut, 2 November 1846 – Istana Ortaköy, Istanbul, 26 November 1898) di Istana Dolmabahçe, Istanbul, pada 21 September 1866 dan mempunyai dua orang anak.
- Puteri Nazima Sultana (25 Februari 1866 – 1947; dimakamkan di Selimiye Camii, Damsyik).
- Khalifah Abdülmecid II (29 Mei 1868 – 23 Ogos 1944).
Perkahwinan kelima dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Berkahwin dengan seorang Circassia Neşerek Kadınefendi (Sochi, 1848 – 11 Jun 1876 - Istana Ortaköy, Istanbul) di Istana Dolmabahçe, pada tahun 1868 dan memiliki tiga orang anak:[16]
- Putera Şehzade Muhammad Shavkat Effendi (5 Jun 1872 – 22 Oktober 1899).
- Puteri Esma Sultan (21 Mac 1873 – 7 Mei 1899).
- Puteri Amina Sultan (24 Ogos 1874 – 29 Januari 1920).
Perkahwinan keenam dan anak-anak[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan seorang Circassia yang bernama Yildiz Hanimefendi (24 Mac 1860 – 29 September 1895) pada tahun 1874 dan mempunyai dua orang anak:
- Puteri Fatima Gevheri Sultan (1874 – 1875).
- Puteri Munira Sultan (selepas mati 1877 – 1877).
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdülaziz". Encyclopædia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 21. ISBN 978-1-59339-837-8.
- ^ Chambers Biographical Dictionary, ISBN 0-550-18022-2, page 2
- ^ Britannica, Istanbul: When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
- ^ "European Music at the Ottoman Court", London Academy of Ottoman Court Music. CD album released on 6 November 2000. ASIN: B0000542KD.
- ^ Daniel T. Rogers, "All my relatives: Valide Sultana Partav-Nihal"
- ^ His profile in the Ottoman Web Site
- ^ "Women in Power" 1840-1870, entry: "1861-76 Pertevniyal Valide Sultan of The Ottoman Empire"
- ^ Duff 1978, m/s. 191.
- ^ "Pertevniyal Valide Sultan Mosque Complex". Discover Islamic Art. Dicapai pada 26 January 2008.
- ^ Christine Isom-Verhaaren, "Royal French Women in the Ottoman Sultans' Harem: The Political Uses of Fabricated Accounts from the Sixteenth to the Twenty-first Century"
- ^ Christopher Buyers, "The Muhammad 'Ali Dynasty Genealogy"
- ^ Non European Royalty Website, entry:"Egypt"
- ^ "Women in Power" 1840-1870, entry: "1863-79 Valida Pasha Khushiyar of Egypt"
- ^ "Rulers from the House of Mohammed Aly". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-22. Dicapai pada 2016-08-31.
- ^ Genealogical entry: "Hoshiar Walda Pasha"
- ^ http://freepages.genealogy.rootsweb.com/~royalty/turkey/i339.html Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine i339.html
Abd-ul-Aziz Tarikh keputeraan: 9 Februari 1830 Tarikh kemangkatan: 4 Jun 1876
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Abdülmecid I |
Sultan Empayar Uthmaniyyah 25 Jun 1861 – 30 Mei 1876 |
Diikuti oleh: Murad V |
Gelaran Sunnah Islam | ||
Didahului oleh Abdülmecid I |
Khalifah Islam 25 Jun 1861 – 30 Mei 1876 |
Diikuti oleh: Murad V |