Ahmad Shabery Cheek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato' Sri

Ahmad Shabery Cheek

SSAP (Pahang); DPMT (Terengganu)
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Memegang jawatan
1 Julai 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
MenteriRafizi Ramli
Didahului olehTan Sri Idris Jusoh
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 9 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim
Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Tajuddin Abdul Rahman
GPS Anthony Nogeh Gumbek
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Digantikan oleh Salahuddin Ayub
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Jailani Johari
Didahului oleh Rais Yatim
Digantikan oleh Salleh Said Keruak
Dalam jawatan
19 Mac – 8 April 2008
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Tan Lian Hoe
Didahului oleh Zainuddin Maidin
Digantikan oleh Rais Yatim
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
10 April 2008 – 15 Mei 2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Najib Razak
Timbalan Razali Ibrahim (2008-2013)
Wee Jeck Seng (2009-2011)
Gan Ping Sieu (2011-2013)
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Digantikan oleh Khairy Jamaluddin
Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
2006 – 18 Mac 2008
Didahului olehZainal Abidin Osman
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P40 Kemaman, Terengganu
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Abdul Rahman Yusof
Digantikan oleh Che Alias Hamid
Butiran peribadi
Lahir (1958-12-10) 10 Disember 1958 (umur 65)
Terengganu Kijal, Terengganu
Parti politik UMNO
PasanganDatin Sri Che Sharifah Ismail
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Leeds
Universiti Uppsala
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek (lahir 10 Disember 1958) merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 29 Julai 2015 hingga 9 Mei 2018. Sebelum ini beliau merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (beliau menjawat tugas itu selama dua kali iaitu dari Mac hingga April 2008 dan dari 2013 hingga 2015), Menteri Belia dan Sukan serta Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri.[1] Beliau juga merupakan bekas ahli Parlimen Kemaman. Shabery dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada 10 Disember 1958. Beliau berkahwin dengan Datin Sri Sharifah Ismail pada tahun 1983.[2][3][4][5] Kini beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ahmad Shabery Cheek (tengah) sedang bermain permainan Scrabble bersama-sama rakannya di University of Leeds pada tahun 1984.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Lembing, Kuantan untuk pendidikan rendah dan seterusnya pendidikan menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban. Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 1983 dalam bidang ekonomi. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari bidang sains politik University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1986. Selain itu, beliau mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden pada tahun 1989. Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universti Malaya (PMIUM) atau University of Malaya Islamic Students Associations (UMISA) untuk penggal 1982-1983.

Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada tahun 1990. Selain itu, beliau pernah menjadi felo penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).

Pada tahun 2004 sehingga 2018, beliau ialah Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu. Selain itu juga, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negara, Malaysia (Mac 06-Mac 08) dan Menteri Penerangan, Malaysia pada Mac 2008 hingga 2009. Pada awal April 2009 beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dari Mei 2013 hingga 28 Julai 2015 beliau adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selepas rombakan kabinet yang berlaku pada 28 Julai 2015, YAB Perdana Menteri melantik beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan memegang jawatan itu sehingga PRU ke-14 pada tahun 2018.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein ketika Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong pada 2013

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO cawangan Gong Cengal. beliau telah mengundurkan diri dan tidak bertanding dalam pemilihan 2018 bagi memberikan laluan kepada muka baru dan golongan muda bagi menerajui cawangan tersebut. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Beliau pernah bersama dalam parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. Mereka kembali menyertai UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan.[6] Beliau adalah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga sekarang.[7] Pada 2004, beliau di bawah Barisan Nasional, memenangi kerusi Parlimen Kemaman mengalahkan penyandang dari Parti Keadilan Nasional, Abdul Rahman Yusof. Beliau mendapat 36,517 undi berbanding Abd Rahman Yusof 20,635 undi. majoriti kemenangan 15,882 undi.[8]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Beliau telah mempertahankan kerusi P40 Parlimen Kemaman, selepas menang dengan mendapat undi sebanyak 37,139 mengalahkan calon dari PKR, Mohd Fariz Bin Abd Talib @ Musa yang mendapat 24,516 undi. Majoriti kemenangan sebanyak 12,683 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 12,306 undi. Beliau mendapat 45,525 undi mengalahkan Kamarudin Chik dari PKR yang mendapat 33,219 undi.

Dasar politik[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

  • 2004-Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti TATi (TATiUC)
  • 2004-Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
  • 2004-Feb 2008 - Ahli Majlis Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

Bertemu Blogger[sunting | sunting sumber]

Setelah menjadi Menteri Penerangan pada 2008, beliau memberitahu kepada semua blogger supaya dapat diadakan perjumpaan dengannya. Beliau juga memulakan program "Blog" di RTM yang memanggil bloggers-bloggers untuk di wawancara. Antara bloggers yang pernah dipanggil termasuklah bloggers Raja Petra dan juga kuda kepang. Program Blog ini telah membuka peluang kepada bloggers untuk keluar dan memberikan pandangan mereka di televisyen milik kerajaan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.[9]

Debat harga minyak[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berdebat dengan penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengenai harga minyak anjuran Agenda Daily yang dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka.[10]

Transformasi ke arah pendigitalan RTM[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Menteri Penerangan Malaysia, beliau telah melakukan pelbagai perubahan terhadap siaran Televisyen kerajaan yang telah menjadi malap supaya ianya sesuai dengan kehendak penonton. Ini termasuklah usaha mentransformasikan siaran dan saluran RTM daripada siaran MONO ke Digital. Dalam usaha ini perlbagai perkara telah dilakukan dan dirancang termasuklah mengujudkan beberapa saluran baru di RTM. Ini termasuklah siaran RTMi, iaitu satu saluran khusus untuk lagu-lagu dan video-video klip kumpulan dan penyanyi tempatan yang memulakan siarannya di saluran 180 astro. Beliau juga telah mengujudkan "unit Bencana" iaitu satu unit khusus bagi membuat liputan langsung kejadian bencana yang berlaku di seluruh negara. Beliau juga telah mengujudkan program "Pertukaran Malaysia-indonesia" iaitu program pertukaran berita yang dibuat secara live antara RTM dan TVRI. Secara keseluruhannya perubahan-perubahan ini telah membawa kepada peningkatan jumlah penonton kepada RTM.[11][12]

Transformasi Pembangunan Belia (Parlimen Belia)[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha mentranfsormasikan Pembangunan belia, beliau telah mengarahkan satu makmal transformasi pembangunan belia diadakan yang disertai oleh pelbagai golongan belia. Hasil daripada makmal tersebut, telah mencapai beberapa cadangan baki memperbaiki usaha pembangunan belia negara. Ini termasuklah candangan untuk mengadakan Parlimen Belia. Parlimen Belia ini adalah bagi membolehkan belia-belia yang dilantik menyertainya membahaskan dan membincangkan isu-siu yang berkaitan belia bagi membantu kerajaan untuk menyesuaikan usaha-usaha pembangunan belia yang sesuai dengan kehendak semasa.[13]

Himpunan Sejuta Belia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mentranformasikan sambutan Hari Belia Negara daripada satu sambutan berbentuk acara pelancaran ke suatu acara besar yang penuh dengan pelbagai akviti yang dilaksanakan di Putrajaya. Bermula dengan Hari Belia Negara 2010 yang dihadiri lebih 250 ribu orang, ia menjadi himpunan Sejuta Belia 2011 yang dihadiri lebih sejuta belia dalam program tiga hari di Putrajaya. Pada Tahun 2012 ianya menjadi Himpunan Jutaan Belia yang dihadiri lebih 2 juta belia menyertai lebih 500 aktiviti dalam 38 segmen. Semua aktiviti melibatkan kesukanan kecergasan, kreativiti dan kesenian, kerohanian dan keilmuan. Himpunan jutaan belia diiktiraf sebagai satu acara yang dihadiri oleh paling ramai belia dalam satu-satu tempat selain pelbagai anugerah lain. Semua aktiviti adalah berkonsepkan dari belia, oleh belia, untuk belia.[14] Himpunan ini kini dinamakan sebagai Karnival Belia Putrajaya mulai tahun 2013

Industri Sukan[sunting | sunting sumber]

Bagi menyesuaikan pembangunan sukan dengan apa yang belaku diseluruh dunia, beliau telah mencadangkan agar Malaysia membangunkan sukan sebagai satu industri. Ini bagi membolehkan sukan dinegara ini dibangunkan dengan lebih baik dan membolehkan athlit dan mereka yang bergiat dengan sukan memperolehi pendapatan yang lebih baik.Menjadikan sukan sebagai satu industri bukanlah satu perkara baru kerana ianya telah lama diamalkan di negara-negara maju dan membangun yang lain. Buat permulaan tahun 2013 telah dinamakan sebagai tahun industri sukan dimana pelbagai progam telah diadakan. Kesedaran mengenai kepentingan industri ini telah mula berkembang dan mula diterima di Malaysia.[15]

Perlawanan Amal Malaysia-Palestin[sunting | sunting sumber]

Hasil daripad lawatan Perdana Menteri ke Gaza, beliau telah mengilhamkan satu perlawanan amal antara pasukan bolasepak Malaysia dan Palestin. Perlawanan tersebut yang diadakan di Stadium Darul Makmur adalah bagi mengumpulkan dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin. Bagaimanapun dengan berlakunya serangan oleh pengganas ke atas Lahad Datu, Kutipan itu telah ditambah juga untuk Tabung Lahad Datu yang diberikan secara 50-50. Kutipan keseluruhan hasil sumbangan orang ramai, syarikat tempatan dan juga hasil jualan tiket telah melebihi sasaran awal RM1juta.[16]

Kayuhan Patriotik[sunting | sunting sumber]

KBS telah menganjurkan Kayuhan Patriotik yang telah di sertai oleh YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, pegawai kanan kerajaan dan lebih 10,000 orang. Kayuhan ini dibahagikan kepada dua katogeri iaitu ceria sejauh 12kilometer dan cergas, sejauh 20kilometer yang meliputi keseluruhan mengelilingi Putrajaya. Kayuhan ini sebgai lambang mempertahankan Putrajaya ini merupakan satu acara kayuhan terbesar pernah di adakan di Malaysia.[17]

Konsert Harmoni dan Uniti[sunting | sunting sumber]

Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia, buat julung kalinya satu konsert "Harmony & Unity" yang menampilkan persembahan artis terkemuka dari kedua-dua negara diadakan di Dataran Merdeka di ibu kota pada 25 Ogos. Tarikh 25 Ogos dipilih kerana ia terletak antara tarikh sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini dan Indonesia pada 17 Ogos lepas. Konsert ini disertai oleh artis-artis terkenal dari kedua-dua buah negara, dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen di kedua-dua negara.[18]

TV Nusantara[sunting | sunting sumber]

Bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara media Malaysia dan Indonesia Dato' Sri telah mencadangkan pengwujudan stesen TV Nusantara untuk saluran berita global dalam usaha menyebarkan maklumat lebih tepat kepada masyarakat dunia. Gagasan TV Nusantara itu yang menggunakan bahasa Melayu dalam penyampaian beritanya, kata beliau, adalah sesuai dengan trend semasa media di beberapa negara utama dunia untuk melaporkan berita dalam saluran TV global mengikut kaca mata masing-masing dengan menggunakan bahasa sendiri. "Kalau dunia Arab ada Al-Jazeeranya, kalau dunia yang lain ada CNN, saya kira untuk dunia Nusantara ada TV Nusantaranya," katanya disambut tepukan gemuruh para pengamal media dari Indonesia dan Malaysia sewaktu beliau berucap pada majlis jamuan malam 'Keakraban Malaysia dan Indonesia'.[19][20]

Pemantauan Masa Nyata Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Semasa Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia di Dubai anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) beliau telah menggesa agar ITU untuk mengkaji semula teknologi pemantauan data Penerbangan yang selama ini masih menggunakan data dari "Black Box". Gesaan ini dibuat ketika usaha mencari MH370, penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang semasa dalam penerbangan dan sehingga kini masih belum ditemui. Hasil gesaan itu satu dialog akan di anjurkan oleh ITU dan Malaysia sebagai tuan rumah akan diadakan dari 26 hingga 27 Mei 2014.[21][22]

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta[sunting | sunting sumber]

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan Dato' Sri telah melaksanakan beberapa perubahan koesep salam Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2013-2015. Pada Tahun 2013 beliau telah mencadangkan TEMA: Tanah Tumpahnya Darahku Diarkibkan 2016-02-03 di Wayback Machine (dari lirik Lagu NEGARAKU). Tema ini dipilih kerana kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangst. Ianya juga dipilih bagi memperingati perjuangan anggota keselamatan yang bertarung nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara. Tahun 2014 melihat TEMA: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta[pautan mati kekal] boleh dianggap sebagai satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sambutan Tahun 2014 ini dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan mengambil kira dua tragedi besar melibatkan MH17 dan MH370.

Perlantikan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

  • 2004 – 2006 - Ahli, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Parlimen)
  • 2004 – 2006 - Ahli, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara
  • 2013- Sekarang - Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2013-2014

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 2004 – 2006 - Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara, Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)
  • 2004 – 2006 - Ahli Biro Penerangan, UMNO Malaysia
  • 2004 - 2008 - Ketua Penerangan UMNO Terengganu
  • 2008 - 29 Januari 2016 - Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara
  • 2001- Sekarang - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman
  • 2009 - Sekarang - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia[23]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[24][25][26][27][28][29][30]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 P.37 Kemaman, Terengganu Ahmad Shabery Cheek (S46) 11,793 34.80% Ismail Said (UMNO) 21,239 62.60% 33,904 9,446 81.15%
1995 P.75 Lipis, Pahang Ahmad Shabery Cheek (S46) 8,394 31.20% Abu Dahari Osman (UMNO) 18,507 68.80% 29,011 10,113 68.49%
2004 P.40 Kemaman, Terengganu Ahmad Shabery Cheek (UMNO) 36,517 62.5% Abdul Rahman Yusof (PKR) 20,635 35.1% 58,461 15,882 88.02%
2008 P.40 Kemaman, Terengganu Ahmad Shabery Cheek (UMNO) 37,199 59.2% Mohd Fariz Abd Talib @ Musa (PKR) 24,516 39.0% 62,868 12,683 83.82%
2013 P.40 Kemaman, Terengganu Ahmad Shabery Cheek (UMNO) 45,525 56.9% Kamarudin Chik (PKR) 33,219 41.5% 80,168 12,306 87.19%
2018 P.40 Kemaman, Terengganu Ahmad Shabery Cheek (UMNO) 37,715 41.67% Mohd Huzaifah Md Suhaimi (PKR) 12,911 14.27% 90,504 2,163 84.12%
Che Alias Hamid (PAS) 39,879 44.06%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-07. Dicapai pada 2013-05-16.
  2. ^ http://dahalmi.wordpress.com/2008/07/21/debat-harga-minyak-anwar-lwn-shabery/
  3. ^ http://www.theborneopost.com/2013/01/22/mysportsfest-2013-sempena-tahun-industri-sukan-asean-shabery/
  4. ^ http://www.thesundaily.my/news/1005156
  5. ^ ttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan-kabinet-7-menteri-9-timbalan-menteri-baharu-dilantik-67500
  6. ^ http://www.umno-online.my/?p=94177
  7. ^ http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/shabery-cheek-menang-di-parlimen-kemaman/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 2021-09-22.
  9. ^ http://koleksi-blog-rtm.blogspot.com
  10. ^ http://pemudamalaysia.blogspot.com/2008/08/keputusan-debat-antara-anwar-ibrahim-vs.html
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
  12. ^ http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?disc=220444;article=150591 Diarkibkan 2015-09-27 di Wayback Machine;
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
  14. ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/2-juta-hadir-himpunan-jutaan-belia-1.51484
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
  16. ^ http://ahmadfaizal.com/2013/03/25/perlawanan-amal-malaysia-palestine-23-mac-2013/
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-06. Dicapai pada 2014-05-02.
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-22. Dicapai pada 2014-05-02.
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
  20. ^ https://my.news.yahoo.com/shabery-proses-tv-nusantara-better-ties-between-malaysian-043026448.html
  21. ^ http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-mh370-tragedy-font-itu-must-facilitate-transmission-of-flight-data-1.545408
  22. ^ http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1035111
  23. ^ http://www.umno-online.my/?p=94177
  24. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  25. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  26. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  29. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  30. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Menteri Komunikasi dan Multimedia
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak