Alice Norin
Alice Norin | |
---|---|
Kelahiran | Alice Norin 21 Jun 1987 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Audy Riri Mestika Rachman (k. 2007; c. 2009) Alvin Yudhapatria (k. 2011) |
Anak-anak | Pernikahan dengan Alvin Yudhapatria: 2 |
Alice Norin (lahir di Stavanger, Norway, 21 Jun 1987; umur 36 tahun) merupakan seorang model dan pelakon Indonesia.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Alice memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak dia berumur 13 tahun. Selain peragaan, Wanita mulatto Norway—Manado—Sunda yang memeluk Islam sejak 2007 ini turut menceburi dunia lakonan dengan membintangi beberapa sinetron. Sinetron lakonan Alice iaitu, Wulan Bukan setakat layar kecil, anak sulung daripada 3 beradik itu turut menembusi skrin lebar. Filem pertama Alice adalah genre seram dengan tajuk Psikopat. Dalam filem pertama ini, Alice mendapat watak utama sebagai Mita. Dalam filem ini Alice berlakon dengan Sigit Hardadi dan Ferry Ixel arahan Rudi Aryanto, dan dihasilkan oleh Andi Ekim.
Selepas menerokai dunia model dan sinetron, Alice mencuba menjadi pengarah. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana anak kepada Alfred Almendingan dan Sofie ini mengambil jurusan penyiaran. Alice bekerja pada klip video bertajuk Rusty Guitar, yang terdapat pada album Keluar Malam Repackage dimiliki oleh suaminya DJ Riri. Sudah lama, peminat warna merah dan hitam ini mengimpikan untuk menjadi pengarah.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Apabila kerjayanya mula meningkat, Alice secara mengejutkan memutuskan untuk berkahwin dengan DJ Riri pada 19 Januari 2007. Padahal ketika itu umurnya belum sampai 20 tahun. Akad nikah pasangan selebriti ini telah diadakan di rumah Alice di Bilangan Cipete pada pagi Jumaat, 19 Januari 2007 dengan mas kahwin satu set alat solat. Sementara itu, majlis resepsi gabungan dua budaya iaitu Norway dan Sunda telah diadakan di Masjid Pondok Indah. Baru-baru ini (April 2009), Alice Norin mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki bernama Agus Laksmono Sudwikatmono.[1]
Filmografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan |
---|---|---|---|
2005 | Psikopat | Mita | Tobali Putra Production |
2008 | Ada Kamu, Aku Ada | DJ di pantai | Maxima Pictures |
2009 | Ketika Cinta Bertasbih | Eliana Pramesti Alam | SinemArt |
Ketika Cinta Bertasbih 2 | |||
2018 | Hanum & Rangga: Faith & the City | Vera | MD Pictures |
2019 | Kutuk | Elena | MD Pictures & Dee Company |
Drama lipur lara[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan |
---|---|---|---|
2003-2005 | Dia | Susi | MD Entertainment |
Marsha | |||
2005—2006 | Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Eps. Ratapan Anak Tiri) | — | SinemArt |
2006 | Putri Kembar | — | |
Bunga Kasih Sayang | Melati | ||
2006—2007 | Wulan | Aline | |
2007 | Kasih | Sheila | |
2008 | Diva | Mona | |
Assalamualaikum Cinta | Alda | ||
2010 | Amanah dalam Cinta | Alya | |
Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan | Elliana | ||
2011—2012 | Anugerah | Karin | |
Dewa | Dita/Yola | ||
2012 | Asmara | Nora | |
2012—2017 | Tukang Bubur Naik Haji | Rere | |
2016 | 7 Manusia Harimau New Generation | Wiwit Lestari | SinemArt (dengan label MNC Pictures) |
2018 | Mahluk Manis dalam Bis | Dewi | SinemArt |
2019 | Orang Ketiga | Novi | |
Supir dan Majikan | Lanny |
- Catatan
- N/A : Not Available
FTV[sunting | sunting sumber]
- TV Movie: Awas Kalau Lebaran Ini Gak Mudik (2013)
- TV Movie: Dimana Ibu Akan Tinggal (2014)
- TV Movie: Pembantu dan Majikan (2015)
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Festival Film Bandung | Pemeran Pembantu Wanita Terpuji Film Bioskop | Ketika Cinta Bertasbih | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Haryanto, Rachman. "Alice Norin Ngaku Intim dengan Anak Sudwikatmono". detikhot. Dicapai pada 23 Mei 2009.