Alicia Garza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alicia Garza
Garza pada tahun 2016
Kelahiran (1981-01-04) 4 Januari 1981 (umur 43)
WarganegaraAmerika
Nama lainAlicia Schwartz
Pusat pendidikanUniversiti California, San Diego (BA)
PekerjaanAktivis
Terkenal keranaBlack Lives Matter
Gerakan politikBlack Lives Matter

Alicia Garza (lahir 4 Januari 1981) ialah aktivis hak sivil dan penulis Amerika Syarikat. Beliau ialah salah seorang pengasas gerakan Black Lives Matter antarabangsa. Beliau turut memperjuangkan isu-isu kesihatan, perkhidmatan dan hak-hak siswa, hak-hak untuk suri rumah tangga, gerakan untuk mengakhiri kekerasan, anti-rasisme, dan kekerasan terhadap transgender dan kekerasan terhadap orang dengan kulit tertentu. Tulisan dan pendapatnya diterbitkan di The Guardian, The Nation, Rolling Stone, dan Truthout. Beliau kini berkhidmat sebagai pengarah Projek Khas di Perikatan Pekerja Domestik Kebamgsaan dan merupakan Pengetua di Black Futures Lab.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Garza dilahirkan di Oakland, California, pada 4 Januari 1981. Beliau dibesarkan dalam keluarga berdarah campuran dan agama yang berbeza, bapa tirinya seorang Yahudi dan ibunya campuran Afrika-Amerika. Beliau dibesarkan di Mourin City sebagai orang Yahudi. Alicia telah melibatkan diri dalam dunia aktivisme sejak remaja, beliau mempromosikan pendidikan seks di sekolah serta tentang pengendalian angka kelahiran. Semasa belajar di Universiti California, San Diego (UCSD), beliau menyertai persatuan mahasiswa yang mengadvokasi para petugas kebersihan untuk mendapatkan bayaran setimpal dari kampus. Pada tahun terakhirnya di universiti, beliau terlibat dalam penyelenggaraan Women of Color Conference yang pertama, merupakan sebuah pertemuan universiti di UCSD pada tahun 2002. Beliau tamat belajar pada tahun 2002 dengan ijazah sarjana antropologi dan sosiologi.[2]

Pada tahun 2003 beliau bertemu Malachi Garza, seorang lelaki transgender dan juga seorang aktivis masyarakat. Pada tahun 2004, Alicia menyatakan jika beliau ialah seorang queer pada keluarganya. Pada tahun 2008, beliau berkahwin dengan dengan Maleakhi dan mengambil nama Garza, menetap di Oakland.[3]

Black Lives Matter[sunting | sunting sumber]

Hal yang menjadi latar belakang wujudnya tagar tersebut ialah pembebasan George Zimmerman pada Julai 2013 yang merupakan suspek kes pembunuhan dan penyebab kematian Trayvon Martin. George sendiri bukanlah merupakan seorang polis, namun ketika itu bertugas sebagai seorang sukarelawan untuk untuk skim pemantauan persekitaran penduduk tempatan.[4]

Alicia Garza menghantar sebuah kenyataan di Facebook. "Orang-orang kulit hitam. Aku mencintaimu. Aku mencintai kita," tulisnya. "Nyawa kita bermakna." Tulisan Garza dikongsi oleh Patrisse Cullors. Nama terakhir mengakhiri muat turun itu dengan tanda pagar #BlackLivesMatter, diikuti dengan banyak pengguna media sosial lainnya disertai oleh tagar #BlackLivesMatter.[4] Tagar itu kemudian digunakan ketika terdapat kes perkauman atau ketidakadilan terhadap warga kulit hitam. Setelah itu, Garza, Patrisse dan seorang wanita kulit hitam lainnya, Opal Tometi, kemudian mempelopori penubuhan Black Lives Matter (BLM), sebuah pergerakan yang fokus kepada perkauman anti Afrika-Amerika di AS.[2]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Garza salah seorang yang termasuk dalam Root 100 list of African American Achievers atau 100 orang Amerika-Afrika yang Berusia antara 25 dan 45 tahun dan memiliki pengaruh. Beliau juga diakui dalam panduan Politico50 2015 untuk orang penggerak, pelaku, dan pengubah bersama Cullors dan Tometi.[5]

Garza juga menerima penghargaan untuk kategori Pahlawan Tempatan dari San Francisco Bay Guardian. Beliau telah dianugerahkan anugerah sebanyak dua kali oleh Harvey Milk Democratic Club, Bayard Rustin Community Activist Award atas usahanya untuk memerangi perkauman dan gentrifikasi di San Francisco. Beliau juga dianugerahkan Anugerah Keadilan Berkomunikasi Jeanne Gauna dari Center for Media Justice.[6]

Pada tahun 2015, Garza, Cullors, dan Tometi (sebagai "The Women of #BlackLivesMatter") berada di antara sembilan finalis untuk The Advocate's Person of the Year.[7] Serta ketiganya dianugerahkan Anugerah Keamanan Sydney pada tahun 2017.[8]

Pada tahun 2018 Garza disebut sebagai kohort perdana Atlantic Fellows for Racial Equity (AFRE). Kumpulan pertama dari 29 Fellows Atlantic dan ia memberi tumpuan kepada isu-isu perkauman di AS dan Afrika Selatan dan mengganggu kebangkitan nasionalisme dan ketuanan kulit putih.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "She co-founded Black Lives Matter. Here's why she's so hopeful for the future". History (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-08. Dicapai pada 2020-07-11.
  2. ^ a b Chotiner, Isaac. "A Black Lives Matter Co-Founder Explains Why This Time Is Different". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
  3. ^ Cobb, Jelani. "The Matter of Black Lives". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-12.
  4. ^ a b Bhaskara, Ign L. Adhi. "Black Lives Matter, Upaya Amerika Menghapus Kentalnya Rasisme". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-07-11.
  5. ^ "The POLITICO 50 - 2020 - Alicia Garza, Patrisse Cullors, Opal Tometi". POLITICO Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
  6. ^ "Alicia Garza Selected as Member's Choice for Community Grand Marshal | SF Pride Blog". web.archive.org. 2015-09-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-06. Dicapai pada 2020-07-11.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ "Person of the Year: The Finalists". www.advocate.com (dalam bahasa Inggeris). 2015-11-05. Dicapai pada 2020-07-11.
  8. ^ Murphully, Bryan (23 Mei 2017). "Black Lives Matter founders to be awarded 2017 Sydney Peace Prize". Miami Herald. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  9. ^ "Atlantic Fellows for Racial Equity Announces Inaugural Class of Fellows | Government and Community Affairs". web.archive.org. 2018-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-20. Dicapai pada 2020-07-12.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]