Amaran Awal Gempa Bumi (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem Amaran Awal Gempa Bumi Jepun: Apabila sekurang-kurangnya dua buah seismometer[1] mengesan gelombang P (atas), JMA serta-merta menganalisa bacaan lalu menghantar maklumat amaran kepada pengguna hadapan seperti stesen penyiaran dan perkhidmatan telefon bimbit, sebelum ketibaan gelombang S (bawah).

Amaran Awal Gempa Bumi (緊急地震速報, Kinkyū Jishin Sokuhō) ialah amaran yang dikeluarkan sejurus selepas gempa bumi dikesan di Jepun.[2] Amaran ini dikeluarkan terutamanya oleh Agensi Meteorologi Jepun, dan mereka mengeluarkan petua untuk orang awam bersedia menyahut amaran.[3][4]

Audio luar
Ikon audio Penggera Amaran Awal Gempa Bumi di TV atau radio NHK[5] oleh Toru Ifukube[6]
Ikon audio Bunyi isyarat Amaran Awal Gempa Bumi oleh REIC[7]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

JMA mempunyai dua skim Amaran Awal Gempa Bumi, iaitu satu untuk pengguna hadapan dan satu untuk orang awam.[8] Sebaik sahaja gelombang P dikesan oleh dua atau lebih daripada 4,235 buah seismometer yang terpasang di seluruh Jepun (setakat 1 April 2010), JMA secara automatik menganalisa dan menduga kawasan pusat gempa lalu memberikan amaran kepada para penduduk di kawasan terlibat melalui TV dan radio jika gegaran kuat dijangka.[8]

Amaran Awal Gempa Bumi (amaran) (緊急地震速報(警報)) dikeluarkan kepada orang umum apabila skala seismik Jepun 5-bawah ke atas diduga.[9] Amaran Awal Gempa Bumi (ramalan) (緊急地震速報(予報)) dikeluarkan kepada pengguna hadapan apabila skala seismik Jepun 3 ke atas, ataupun magnitud 3.5 ke atas diduga, ataupun 100 gal ke atas dikesan pada amplitud gelombang P atau gelombang S.[9]

Ketepatan masa amaran bergantung pada keadaan apabila amaran dapat dihantar atau diterima. Setelah menerima amaran, seseorang diberi beberapa saat sahaja untuk bertindak, tetapi jika pusat gempa itu sangat dekat, adakalanya gegaran kuat sudah pun berlaku sebelum amaran sampai.[10]

Sistem Amaran Awal Gempa Bumi ini didirikan untuk membolehkan orang ramai membendung kemusnahan akibat gempa bumi, dan melindungi diri baik di rumah, tempat kerja, mahupun dekat cenuram. Kakitangan keretapi menggunakan amaran ini untuk memperlahankan keretapi, sementara pekerja kilang pula boleh menghentikan pengeluaran sebelum gempa.[2]

Ekoran bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, sistem amaran awal ini di samping sistem amaran tsunami Jepun ini disanjung tinggi oleh seorang ahli sains India, Dr. Shailesh Nayak, yang membantu membangunkan sistem amaran India,[11] namun tsunami itu meragut lebih 10,000 nyawa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "地震・津波と火山の監視・予測" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Tokyo: JMA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Mac 2011. Dicapai pada 3 April 2011. Seismometer dipasang di 4,235 lokasi di seluruh Jepun setakat 1 April 2010 (per right side figure on page 1) Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "What is the Earthquake Early Warning (or "緊急地震速報 (Kinkyu Jishin Sokuho)" in Japanese)?". Japan Meteorological Agency. 30 Ogos 2007. Dicapai pada 29 Jun 2008. External link in |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Earthquake Early Warning Starting 1 October 2007" (PDF). Japan Meteorological Agency. 30 Ogos 2007. Dicapai pada 29 Jun 2008.
  4. ^ "How to respond to earthquake early warnings" (dalam bahasa Jepun). NHK. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2009. Dicapai pada 9 Mei 2009.
  5. ^ giving guidelines
  6. ^ Sankei-MSN News (2011-05-01 21:55) "緊急地震速報…チャイムに苦心の音色 「ゴジラ」の検討も" http://sankei.jp.msn.com/affairs/news/110501/dst11050121570027-n1.htm Diarkibkan 2011-07-13 di Wayback Machine
  7. ^ garis panduan penggunaan
  8. ^ a b "緊急地震速報について|緊急地震速報の内容" (dalam bahasa Jepun). Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 29 Jun 2008. External link in |publisher= (bantuan)
  9. ^ a b "緊急地震速報のしくみと予報・警報" (dalam bahasa Jepun). Tokyo: JMA. Dicapai pada 14 April 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  10. ^ "緊急地震速報とは" (dalam bahasa Jepun). Japan Meteorological Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2008. Dicapai pada 29 Jun 2008. External link in |publisher= (bantuan)
  11. ^ Amitabh Sinha (12 Mac 2011). "Early warning system saved Japan worst of tsunami wrath". Indian Express.