Arun Bunchom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Jalaluddin
bin Hussein
محمد جلال الدين بن حسين
อรุณ บุญชม Arun Bunchom
Menteri Cularaja ke-19
Memegang jawatan
Menunggu Titah Diraja melantik
Didahului olehAziz Phitakkumpon
Butiran peribadi
Lahir (1949-03-11) 11 Mac 1949 (umur 75)
Alma mater

Muhammad Jalaluddin bin Hussein (Jawi: محمد جلال الدين بن حسين) atau nama rasmi diberikan kepadanya Arun Bunchom (Bahasa Thai: อรุณ บุญชม[1], lahir 11 Mac 1949) ialah Menteri Cularaja Kerajaan Thailand ke-19 dan Yang Dipertua Majlis Islam Pusat Thailand. Beliau juga ialah Pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok.[2]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Muhammad Jalaluddin dilahirkan pada 11 Mac 1949. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang hadis dan pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan bidang hubungan antarabangsa jurusan sains politik dari Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat.[3][1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Jalaluddin pernah bertugas sebagai guru pengajian Islam dan bahasa Arab di peringkat sanawi (menengah) di Sekolah Miftah al-Ulum Al-Diniyah serta menjadi penceramah menyampaikan kuliah agama kepada pelbagai institusi dan organisasi.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Imam Masjid Darul Muhsinin, Mukim Khlong Tan Nuea, Daerah Watthana, Bangkok, pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok, naib pengerusi Majlis Islam Pusat Thailand, pengerusi Jawatankuasa Pakar Menteri Cularaja dan banyak lagi jawatan. Beliau juga membuat penterjemahan 9 jilid kitab hadis sahih, 7 jilid terjemahan kitab Riyadussalihin dan 7 jilid terjemahan kitab fiqah (perundangan Islam)[3]

Sebagai menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2023, Kementerian Dalam Negeri mengadakan sebuah mesyuarat bagi memilih dan meluluskan individu yang akan menjadi Menteri Cularaja ke-19 menggantikan Aziz Phitakkumpon, yang meninggal dunia pada 22 Oktober, dengan Chada Thaised, Timbalan Menteri Dalam Negeri mempengerusikan mesyuarat. Terdapat 3 calon yang disenaraikan sebagai pengganti dan keputusan pengundian adalah seperti berikut:

Keputusan pemilihan Menteri Cularaja ke-19
No. Nama Jawatan Undi
1 Prasan Sricharoen Naib Pengerusi Pakar Menteri Cularaja 129
2 Muhammad Jalaluddin Pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok 471
3 Dr Wisut Billate Ahli Majlis Islam Wilayah Songkhla &

Imam Masjid Ban Nuea, Wilayah Songkhla

115

Daripada resolusi mesyuarat, keputusannya Jalaluddin dipilih untuk diangkat sebagai Menteri Cularaja ke-19. Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri akan membentangkan namanya kepada Perdana Menteri, untuk dipersembahkan kepada Raja Thailand bagi mengesahkan pelantikan rasmi melalui Titah Diraja.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "นายอรุณ บุญชม (มุฮัมมัดญะลาลุดดีน บินฮูเซ็น) จุฬาราชมนตรี". Warsara [Makalah] Islam Bangkok. Jan-Feb 2024. m/s. 4-5.
  2. ^ Mail, Pattaya (2023-11-24). "Arun Boonchom elected as Muslim spiritual leader". Pattaya Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  3. ^ a b "เปิดประวัติ "อรุณ บุญชม" จุฬาราชมนตรีคนที่ 19 แห่งราชอาณาจักรไทย". www.sanook.com/news (dalam bahasa Thai). 2023-11-22. Dicapai pada 2023-12-21.
  4. ^ "เคาะแล้ว! "อรุณ บุญชม" ขึ้นดำรงตำแหน่งจุฬาราชมนตรี คนที่ 19 ของประเทศไทย". www.sanook.com/news (dalam bahasa Thai). 2023-11-22. Dicapai pada 2023-12-21.