Aziz King Godobel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aziz King Godobel atau nama sebenarnya Aziz bin Ali (1915 - 20 Ogos 1972) merupakan pelawak dan pelakon era 40an hingga 60an dengan nama panggilan King Godobel.[1]

Aziz King Godobel
Kelahiran
Aziz bin Ali

1915 (1915)
Meninggal dunia20 Ogos 1972(1972-08-20) (umur 56–57)
East Coast Terrace, Singapura
Sebab kematianPenyakit Lemah-Lemah
Tempat ditanamTanah Perkuburan Bidadari, Singapura
PekerjaanPelawak, Pelakon
Tahun aktif1946-1972

Biografi[sunting | sunting sumber]

Aziz bin Ali atau lebih dikenali sebagai Aziz King Godobel dilahirkan pada tahun 1915.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zain Blackout berkata, beliau mula berminat dalam dunia lawak pada tahun 1942 lagi, "bila melihat saya mengambil bahagian dalam satu pertunjukan pentas Chenderamata". "Saya telah memberikan bimbingan kepadanya, dan pada tahun 1946 dia telah mula muncul di pentas-pentas bersama saya" .

Pada tahun 1948, beliau telah menyertai peraduan kelakar yang juga disertais oleh beberapa orang pelawak profesional yang lain, dan berjaya. Sejak itu beliau dikenali sebagai King Gedobel. Beliau pernah muncul dalam filem, selain dipentas, radio dan televisyen. Filem-filemnya itu termasuklah Kubur Tak Bertanda, Raja Bersiong dan Pontianak.

Pelawak pentas terkenal di Singapura, Alias Congo dan pasangannya, Aziz King Godobel, telah memperhatikan kebolehannya dalam filem Maria Menado, Raja Bersiong (1963). Filem Raja Bersiong yang telah disiapkan beberapa bulan lalu, telah dipertontonkan kepada pemberita-pemberita filem di Singapura dan Malaysia. Filem tersebut, sesuai dengan usaha baharunya telah mengemukakan pelakon-pelakon filem berbakat dalam filem disyarikat-syarikat filem Melayu setempat. Antara bakat-bakat yang telah ditonjolkan ialah pelawak-pelawak pentas dan radio yang popular yaitu Alias Congo dan Aziz King Godobel. Alias telah berjaya menghidupkan filem Maria Menado dengan lakonan-lakonan lawaknya yang sederhana dan baik. Alias yang selama ini terkenal dilapangan pertunjukan pentas dan radio dengan nama tiga sekawannya iaitu Momo Latiff, Aziz King Godobel dan Alias Congo, mempunyai harapan besar untuk mengatasi pelawak-pelawak lain dalam filem pada masa depan.

Dalam filem Raja Bersiong ini, Alias berlakon bersama pelawak-pelawak lain yaitu Radin Sudiro, Marsita dan Aziz King Godobel. Bagaimanapun, Aziz King Godobel belum dapat mengatasi lakonan-lakonan lawak yang telah dibuat oleh Alias Congo dalam filem tersebut. Meskipun mereka berdua baharu pertama kali mengenalkan diri dalam dunia filem Melayu.[2]

Pada 27 November 1963, Perkumpulan Pemuda Pemudi Bandar Raya Singapura akan mementaskan drama lima babak Jalan Kepintu Neraka karya Ahmad Z. Drama yang akan mencongkel kisah manusia yang kejam sesama manusia ini akan diarahkan oleh Noordin Ismail. Selain pementasan drama ini, Perkumpulan Pemuda Pemudi Bandar Raya Singapura ini akan mempersembahkan serentak Malam Rampaian yang akan diisi dengan acara-acara tarian, nyanyian dan lawak jenaka oleh Alias Congo, Momo Latiff, dan Aziz King Godobel.[3]

Penyakit dan Kematian[sunting | sunting sumber]

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1967 dan 1968, Setelah selesai saja penggambaran filem Kubor Tak Bertanda, bintang lawak Aziz King Godobel telah diserang penyakit. Ia telah dimasukan kedalam rumah sakit besar Singapura. kabarnya beliau diserang penyakit karang, dan telah dilakukan pembedahan. Malangnya pembedahan pertama itu tidak memberi kesan, kerana itu diadakan pula pembedahan kedua. Beliau telah beransur baik dan sembuh. Setelah terlantar dirumah sakit selama 36 hari, seminggu menjelangnya hari raya puasa, beliau telah dibenarkan pulang kerumah.

Menurut beliau, pada mulanya dia merasa dia tidak akan dapat berhari raya dengan isteri dan anak-anaknya. Beliau menceritakan bahawa ketika dia ditawarkan berlakon dalam filem Kubor Tak Bertanda, dia telah pun merasakan sakitnya itu. Pada mula hendak ditolak tawaran tersebut itu tapi tak jadi. Dan selesai sahaja penggambaran itu, beliau pun tidak berlengah terus berjumpa dokter. Kubor Tak Bertanda adalah filem jenaka hantu seperti filem-filem Pontianak dan dijangka akan ditanyangkan pada bulan hadapan.[4]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 1972, Aziz King Godobel menghembuskan nafas terakhirnya di rumah jandanya, Sapiah binti Mansur, dekat East Coast Terrace, Singapura kira-kira jam 4.00 petang. Beliau mengidap penyakit lemah-lemah selama tiga hari sebelumnya.

Allahyarham adalah pelawak yang ketiga di Singapura yang meninggal dunia dalam masa tiga bulan terakhir yaitu sahabat karibnya Alias bin Mohd Said atau Alias Congo meninggal dunia pada 28 Julai 1972 setelah mengidap penyakit Gastritis Ulcer. Dan pelawak dan pelakon veteran Ahmad Nisfu meninggal dunia pada 25 Jun 1972 setelah mengidap kencing darah di rumah anaknya di Lorong Tiga, Geylang, Singapura.

Abdullah Haji Mokri, Abang kepada Allahyarham memberitahukan, adiknya itu mengidap penyakit lemah-lemah sejak tiga hari lalu dan dibawa bilik kerumah jandanya. Dia tidak mempunyai anak. Selepas dia sihat seperti biasa setelah pembedahan dua kali untuk menyembuhkan penyakit karang, hinggalah sejak akhir-akhir ini bila mandapat lemah-lemah lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu petang.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura pada 21 Ogos 1972 petang. Ramai sanak saudara dan sahabat handai termasuk sahabat karibnya yang pernah berlawak bersama-sama dengannya menziarahi jenazahnya. Antaranya termasuklah Zain Blackout yang telah bersama beliau dan Momo Latiff menubuhkan kumpulan Tiga Sekawan muncul dipentas-pentas mahupun dalam filem.

Abdullah Haji Mokri, abang kepada Allahyarham berharap "Masyarakat umum, terutama peminat-peminatnya memaafkan Allahyarham, Sekiranya dia terkasar ketika berlawak". Dia juga mengucapakan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai Allahyarham yang telah menziarahi dan menyempurnakan pengkembumian jenazahnya itu.[5]

Filemografi dan Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Kubur Tak Bertanda (1967)

Lagu[6][sunting | sunting sumber]

  • Angan-Angan (Bersama Marsitah)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Filem Melayu Klasik - BARISAN PELAWAK OTAI DI STUDIO JALAN AMPAS Tahun: 1958 Gambar dari kiri: H.M.Busra, Raden Sudiro, Aziz King Godobel, Ibrahim Pendek, Hassan Temberang, Aziz Sattar fonzz 22.9.2021 | Facebook". it-it.facebook.com (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2024-05-03.
  2. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-03.
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-03.
  4. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-03.
  5. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-03.
  6. ^ "pujaan klasik melayu popular tahun 50an". www.oocities.org. Dicapai pada 2024-05-03.