Pergi ke kandungan

Bahasa Kazukuru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Kazukuru
Asli kepadaKepulauan Sulaiman
KawasanGeorgia Baharu
Pupusawal abad ke-20
Kod bahasa
ISO 639-3kzk
Glottologkazu1245

Bahasa Kazukuru ialah bahasa pupus yang pernah dituturkan di Georgia Baharu, Kepulauan Sulaiman. Bahasa Dororo dan bahasa Guliguli (sekiranya wujud) ialah lainan penulisan, loghat, atau berkait rapat. Penutur bahasa Kazukuru secara beransur-ansur bergabung dengan orang Roviana dari abad keenam belas dan seterusnya dan menerimapakai bahasa Roviana sebagai bahasa mereka. Bahasa Kazukuru kali terakhir dirakamkan pada awal abad kedua puluh apabila penuturnya mengalami peringkat terakhir peralihan bahasa. Kini, bahasa Kazukuru ialah nama sebuah suku dalam kumpulan orang Roviana.

Sejarah dokumentasi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan perkara yang diketahui tentang bahasa Kazukuru telah dikumpulkan oleh W. H. L. Waterhouse dan diterbitkan dengan S. H. Ray dalam rencana pada tahun 1931. Beberapa data tambahan bahasa Kazukuru dan satu-satunya maklumat mengenai bahasa Dororo dan bahasa Guliguli (dua senarai kata pendek) telah diterbitkan oleh Peter Lanyon-Orgill pada tahun 1953.[1] Davis (2003) ragu-ragu kewujudan bahasa Guliguli, kerana perkataan guliguli mempunyai makna lucah dalam bahasa Hoava yang berdekatan, dan tidak ada ingatan dalam kalangan penutur bahasa Hoava tentang bahasa jirannya dengan nama itu.[2] Bahasa Guliguli mungkinlah loghat bahasa Kazukuru, transkripsi nama Kazukuru yang naif, atau juga tipuan.[3]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Arthur Capell mencadangkan bahawa bahasa Kazukuru bukan ahli bahasa-bahasa Austronesia (tetapi mungkin ahli bahasa-bahasa Papua), dan Stephen Wurm dengan sewajarnya meletakkan ketiga-tiga bahasa itu dalam 'keluarga Kazukuru' dalam filum bahasa-bahasa Papua Timur. Walau bagaimanapun, Michael Dunn dan Malcolm Ross (2007) berpendapat bahawa struktur, fonologi, dan leksikon bahasa Kazukuru sangat mirip dengan bahasa-bahasa Oseania dan bahasa Kazukuru kemungkinan besar ialah ahli keluarga Oseania, berkaitan dengan bahasa-bahasa Georgia Baharu yang lain seperti bahasa Roviana, bahasa Hoava, dan bahasa Ghanongga. Senarai kata bahasa Dororo dan bahasa Guliguli yang didakwa sangatlah serupa dengan senarai kata bahasa Kazukuru yang dirakam sehinggakan kemungkinan besar ia hanyalah transkripsi yang berbeza-beza bagi bahasa yang sama.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lanyon-Orgill, Peter A. (1953). "The Papuan languages of the New Georgian Archipelago, Solomon Islands". Journal of Austronesian Studies. 1 (1): 122–138.
  2. ^ Davis, Karen (2003). A Grammar of the Hoava language, Western Solomons. Pacific Linguistics 535. Canberra: Pacific Linguistics. doi:10.15144/PL-535. hdl:1885/146158. ISBN 978-0-85883-502-3.
  3. ^ a b Dunn, Michael; Ross, Malcolm (2007). "Is Kazukuru Really Non-Austronesian?" (PDF). Oceanic Linguistics. 46 (1): 210–231. doi:10.1353/ol.2007.0018. JSTOR 4499986. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)

Templat:Meso-Melanesian languagesTemplat:Austronesian languagesTemplat:Languages of the Solomon Islands