Bahasa Nasal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Nasal
Asli kepadaIndonesia
KawasanSumatera Barat Daya
Penutur bahasa
3,000 (2008)e18
Kod bahasa
ISO 639-3nsy
Glottolognasa1239
ELPNasal

Bahasa Nasal ialah salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa Austronesia di Sumatera barat daya. Anderbeck & Aprilani (2013) menganggap bahasa Nasal sebagai bahasa pencilan dalam cabang keluarga Polinesia-Melayu. Smith (2017), bagaimanapun, memasukkan bahasa Nasal dalam subkumpulan "bahasa-bahasa Sumatera", bersama keluarga bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut.[1]

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Bahasa Nasal dituturkan di kawasan Sungai Nasal di Kabupaten Kaur, Provinsi Bengkulu, Sumatera, di kampung Tanjung Betuah, Gedung Menung (kedua-duanya di daerah Muara Nasal), dan Tanjung Baru (di daerah Maje). Terdapat banyak kata pinjaman dari bahasa Lampung.[2] Bahasa yang digunakan berhampiran kawasan Nasal termasuklah loghat Lampung Krui dan bahasa-bahasa dari keluarga bahasa Melayu iaitu bahasa Kaur, bahasa Bengkulu, bahasa Serawai, dan bahasa Semenda (Anderbeck & Aprilani 2013:3). Bahasa ini telah diberi penarafan EGIDS tentatif 6a (Cergas), namun ini berdasarkan tinjauan sosiolinguistik awal, dan kecergasan bahasa Nasal masih belum dinilai sepenuhnya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem". Oceanic Linguistics. 56 (2): 435–490. doi:10.1353/ol.2017.0021.
  2. ^ "Nasal". lingweb.eva.mpg.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-30.
  3. ^ "Nasal". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Austronesian languages