Bantuan:Pengenalan imej dengan VisualEditor/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan
Menambah imej ke Wikipedia

Memuat naik imej
Wikimedia Commons

Gunakan imej
Bernilai seribu kata

Sunting butiran
Apakah ini?

Galeri
Set gambar berbilang

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Wikimedia Commons menyimpan imej agar ia dapat digunakan dalam semua jenis bahasa Wikipedia, projek-projek saudara Wikipedia, dan luar Wikipedia.

Untuk memuat naik sebuah imej baharu, buka VisualEditor dengan menekan "sunting" di atas rencana.

Selepas bar alatan VE muncul, tekan menu Sisipkan  dan pilih tetapan "Imej dan media". Ini akan membuka sebuah kotak dialog yang membenarkan anda memuat naik dan menggunakan imej.

Tekan "Pilih fail", dan pilih imej di komputer anda (sama ada dengan menaip nama fail atau memasukkan imej ke dalam kotak diberi).

Anda perlu menambah satu keterangan agar seseorang yang mungkin ingin menggunakan imej di tempat lain dapat memahami butiran imej itu. Keterangan ini boleh lebih terperinci daripada keterangan dalam rencana kerana keterangan ini hanya akan terpapar di Commons. Anda juga boleh menetapkan kategori terhadap gambar untuk memudahkan pencarian.

Tekan "Simpan", dan gambar anda akan dimuat naik ke Commons dan dimasukkan ke dalam rencana!

Batasan penting: Imej dalam Wikimedia Commons mesti tidak berhak cipta oleh sesiapa pun melainkan pemuat naik, dan apabila dimuat naik, ia akan menjadi bebas untuk digunakan apabila ditetapkan dengan (lesen Creative Commons). Sekiranya anda tidak memiliki hak cipta imej tetapi percaya bahawa imej anda dapat dipakai berdasarkan konsep "kegunaan adil", imej tersebut perlu dimuat naik ke Wikipedia dengan File Upload Wizard, bukan Commons. Bagi maklumat lanjut, lihat di Bantuan:Pengenalan imej dengan teks wiki.