Barisan Rakyat Sabah Bersekutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu
PemimpinDatuk Harris Salleh (Pengasas)
DitubuhkanMac 1998
DibubarkanDisember 2010
Ibu pejabatKota Kinabalu Sabah
Keanggotaan (2010)38,800
WarnaBiru, hijau dan kuning


Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) atau Federated Sabah People's Front atau Parti Bersekutu merupakan parti politik yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh bersama para penyokongnya pada 1998. Beliau mahu menjenamakan semula kejayaannya ketika beliau menerajui Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) suatu ketika dahulu.[1][2][3]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Datuk Harris mendakwa bahawa rakyat Sabah telah mahukan beliau memimpin semula negeri Sabah bagi menangani pelbagai permasalahan yang gagal di selesaikan oleh Barisan Nasional (BN) selama mana memerintah negeri tersebut.

Pilihan raya umum Malaysia 1999[sunting | sunting sumber]

Beliau amat optimis untuk menggulingkan kerajaan BN negeri lantas mengambil keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Sabah 1999 di mana Parti Bersekutu menentang BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kesemua 48 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah. PBS sendiri hanya meletakkan calon di 40 kawasan.

Malangnya dalam PRU Sabah 1999, bukan sahaja Parti Bersekutu tewas di kesemua 48 kawasan yang ditandinginya malah calon-calon Bersekutu telah kehilangan wang pertaruhan mereka. Barisan Nasional berjaya memenangi 31 kerusi manakala PBS menang 17 kerusi. Melalui situasi tersebut dapat disimpulkan bahawa ternyata rakyat Sabah tidak boleh menerima pemimpin yang pernah menghitamkan sejarah Sabah pada lewat tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sehingga kini Parti Bersekutu masih mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum namun tetap gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Parti Bersekutu telah diumumkan pembubarannya oleh presidennya, Berman Angkap pada 15 Disember 2010. Beliau menubuhkan parti baharu yang di kenali sebagai Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF).[4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Simbol Parti-Parti Politik Mendaftar Dengan SPR". TRIPOD. Dicapai pada 13 April 2016.
  2. ^ "Parti politik baru untuk Sabah 15 Dis 2010, The Malaysia Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-20. Dicapai pada 2015-02-20.
  3. ^ "Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (English: Federated Sabah People's Front)". SINGAPORE ELECTIONS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 13 April 2016.
  4. ^ Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) - parti politik terbaru 15 Dis 2010, Malaysiakini
  5. ^ "Parti politik baru untuk Sabah 15 Dis 2010, The Malaysia Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-20. Dicapai pada 2012-01-10.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]