Bomoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bomoh merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulukala.[1] Bomoh mengubat berdasarkan penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, bomoh akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh daripada alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit.

Bomoh merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau sahaja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.

Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang. Istilah "bomoh" turut dilanjutkan kepada pekerjaan doktor moden dalam dialek tempat tertentu seperti Menara.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Graham Harvey; Robert J. Wallis (5 February 2007). Historical Dictionary of Shamanism. Scarecrow Press. m/s. 129–. ISBN 978-0-8108-6459-7.
  2. ^ Lihat pada lajur dialek berkenaan terlampir dalam Phaiboon Duangchan (2006). "Glossary of Aslian languages, the northern Aslian languages of Southern Thailand". Mon-Khmer Studies. Mahidol University. 36: 222.