Budaya dan seni bina Berlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alte Nationalgalerie

Berlin ialah ibu negara Jerman yang merupakan bandar raya terbesar di negara itu dari segi keluasan dan jumlah penduduk, serta bandar raya yang kedua terbesar dan yang terpadat di Kesatuan Eropah.

Kini, Berlin merupakan salah satu pusat budaya Eropah yang terpengaruh. [1][2] Bandar raya ini bertindak sebagai persimpangan yang penting dalam pengangkutan negara dan benua, dan merupakan destinasi pelancongan dan membeli-belah yang utama serta dikenali untuk berbagai-bagai tempat konvensyen dan saluran keluar media. [3][4][5] Berlin ialah tempat asal untuk sebilangan universiti, pusat pendidikan penyelidikan, teater, dan muzium yang terutama di dunia. [6]

Metropolis ini yang berubah dengan begitu pesat kini telah mencapai reputasi antarabangsa untuk perayaan, hiburan malam, seni bina semasa dan seni-seni avant-garde. [7][8] Sebagai tempat tinggal untuk pelbagai orang daripada melebihi 180 buah negara, Berlin ialah magnet untuk orang-orang yang tertarik kepada gaya hidup yang liberal, eklektisisme bandar, dan kebebasan kesenian. [9] [10]


Budaya[sunting | sunting sumber]

Berlin dikenali untuk banyak institusi kebudayaan yang mempunyai reputasi antarabangsa, dan kepelbagaian dan toleransi kebudayaan bandar raya ini masih kekal sejak masa ketika Berlin Barat memainkan peranan sebagai sebuah "bandar raya bebas" dengan cogan kata "sesuatu untuk setiap orang".

Berlin mempunyai pemandangan seni yang kaya, dan merupakan tempat asal untuk beratus-ratus galeri seni lukis, dan pernah menjadi tuan rumah untuk Forum Seni, sebuah pesta seni antarabangsa tahunan. Banyak pemuda-pemudi Jerman dan seniman antarabangsa meneruskan penetapan di Berilin, dan bandar raya ini telah mengasaskan diri sebagai satu pusat yang penting untuk budaya belia dan budaya popular di Eropah. Tanda-tanda untuk peranan lanjutan ini termasuk pengumuman 2003 bahawa Popkomm tahunan, sebuah konvensyen industri muzik Eropah yang terbesar, akan berpindah ke Berlin selepas 15 tahun di Cologne. Tidak lama kemudian, MTV juga memutuskan untuk berpindah ibu pejabat Jerman dan studio-studio utamanya dari Munich ke Berlin. Kumpulan Muzik Universal membuka ibu pejabat Eropahnya di tebing Sungai Spree di sebuah kawasan yang dikenali sebagai mediaspree. Sejak 2005, Berlin telah disenaraikan sebagai "Bandaraya Reka Bentuk UNESCO". [11].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  2. ^ Innovationsindex für die Regionen der Europäischen Union (Jerman) – dicapai pada 19 Jun 2006
  3. ^ Berlin Tourismus Marketing GmbH – dicapai pada 19 Jun 2006
  4. ^ Persatuan Kongress & Konvensyen Antarabangsa – dicapai pada 19 Jun 2006
  5. ^ GaWC Buletin Penyelidikan 146 – dicapai pada 19 Jun 2006
  6. ^ Tapak-tapai Warisan Dunia UNESCO – dicapai pada 19 Jun 2006
  7. ^ New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  8. ^ New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  9. ^ International Herald Tribune – dicapai pada 19 Jun 2006
  10. ^ EuroViews Diarkibkan 2006-01-11 di Wayback Machine – dicapai pada 19 Jun 2006
  11. ^ Budaya UNESCO – dicapai pada 19 Jun 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Error: tiada nama laman disertakan (help).