Bugatti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Koordinat: 48°31′32″N 07°30′01″E / 48.52556°N 7.50028°E / 48.52556; 7.50028

Bugatti
Jenis/bentuk sahAutomobile manufacturer, perniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriAutomotif
PendahuluBugatti Automobili Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1909
PengasasEttore Bugatti
NasibDijual kepada Hispano-Suiza pada 1963
Ibu pejabatMolsheim, Perancis
Tokoh pentingEttore Bugatti (pengasas)
Jean Bugatti
KeluaranKereta, bahagian pesawat
Hasil319,500,000 euro (2021) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih8,400,000 euro (2021) Sunting ini di Wikidata
PemilikBugatti Rimac, Volkswagen AG Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan297 (2016) Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukBugatti Rimac
Volkswagen AG Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.bugatti.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: bugatti Twitter: Bugatti Instagram: bugatti LinkedIn: bugatti-automobiles-s-a-s Youtube: UC2qmmoQdJXLmre794U6zjXw Pinterest: bugatti Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bugatti Automobiles S.A.S. merupakan pengeluar kereta dari Molsheim, Alsace, Perancis. Ia dimiliki oleh kumpulan Volkswagen, sebuah pengeluar kereta berasal dari Jerman sebagai anak syarikat Volkswagen Perancis. Ia diasaskan pada tahun 2000[1] sebagai pengganti Bugatti Automobili SpA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dengan dorongan Ferdinand Piëch yang ketika itu merupakan timbalan presiden, Volkswagen membeli hak bagi menghasilkan kereta di bawah jenama Bugatti pada tahun 1998. Ini diikuti dengan pembelian Lamborghini oleh sebuah anak syarikat Volkswagen iaitu Audi. Kilang Rolls-Royce di Crewe, England, United Kingdom, dan Bentley.

Pada 22 Disember 2000, Volkswagen secara rasmi memasukkan Bugatti Automobiles S.A.S., bersama-sama dengan bekas ketua gandar VW "drivetrain chief" Karl-Heinz Neumann sebagai presiden. Syarikat tersebut membeli Château Saint Jean 1856, dahulunya rumah tetamu Ettore Bugatti di Dorlisheim, berhampiran Molsheim, dan mula mengubah suainya sebagai ibu pejabat syarikat. Kilang asal masih ditangan Snecma, yang keberatan berpisah dengannya. Di Pebble Beach Concours d'Elegance pada Ogos 2000, VW mengumumkan bahawa mereka sebaliknya akan membina kilang moden baru atelier bersebelahan selatan Château. atelier ini dibuka secara rasmi pada 3 September 2005.

Pada pertengahan 1990-an, Bugatti hanya wujud sebagai lagenda automotif dalam buku sejarah. Namun mitos kereta sport mewah dari Molsheim terus hidup, dengan 500 Bugattis masih wujud menjadi saksi kepada kejuruteraan yang cemerlang dan konsep reka bentuk inovatif dalam pembinaan kereta era lalu. Pada tahun 1998, Volkswagen mengambil peluang untuk memberi nafas baru ke dalam sejarah 90 tahun jenama besar masa lalu ini. Seperti pengambilalihan Bentley dan Lamborghini yang disiapkan pada tahun yang sama, pengambilalihan Bugatti adalah sebahagian daripada strategi Kumpulan Volkswagen untuk mewujudkan segmen mewah dan memanfaatkan potensi permintaan yang kecil tetapi stabil. Di samping itu, penggiatan semula pengeluaran jenama mewah tradisional ini bertujuan untuk mengukuhkan kepakaran teknikal dan kekuatan inovatif pembuat kereta terbesar di Eropah. Prestij yang diperoleh melalui cara ini adalah untuk melihat tawaran kumpulan kelas pertengahan dan untuk mewujudkan persepsi yang bagus kepada orang ramai terhadap peralihan Kumpulan Volkswagen daripada pengeluar berskala global kepada pakatan bersepadu jenama dengan identiti individu yang kukuh. Dengan model yang paling mewah dalam kategorinya, Kumpulan Volkswagen dapat mempersembahkan Bugatti sebagai jenama yang hebat dengan potensi untuk mentakrifkan semula sempadan kejuruteraan dan reka bentuk automotif.

Kereta[sunting | sunting sumber]

kereta konsep Giugiaro[sunting | sunting sumber]

Volkswagen menempah Giorgetto Giugiaro, ItalDesign bagi mereka siri kereta konsep bagi mengembalikan marque ke hadapan. Contoh pertama, EB 118, adalah coupé dwi pintu yang diperkenalkan di Mondial de l'Automobile pada 1998. Ia diikuti oleh kereta sedan EB 218 touring empat pintu, diperkenalkan di Salon International de l'Auto "Geneva Motor Show" pada 1999. kemudian pada tahun yang sama, 18/3 Chiron ditunjukkan di Pameran Motor Frankfurt - IAA di Frankfurt. Konsep Bugatti terakhir tidak direka oleh ItalDesign: rekaan VW, EB 18/4 GT telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Pameran Motor Tokyo.

Kesemua konsep awal ini mencirikan 555 PS (408 kW; 547 hp) 18-cylinder engine. Ini merupakan pertama kali enjin W pada kenderaan penumpang, dengan tiga jalur enam lejang. Ia berkongsi banyak komponen dengan keluarga enjin modular Volkswagen.

EB 16.4 Veyron[sunting | sunting sumber]

Veyron 16.4

Pembangunan kenderaan ini bermula dengan kereta konsep 1999 EB 18/4 "Veyron", yang sendiri berasaskan rangka kereta konsep Bugatti 18/3. Ia sama dari segi reka bentuk dan penampilan dengan kereta pengeluaran Veyron akhir. Satu perbezaan utama adalah EB 18/4 menggunakan enjin W18 dengan tiga jalur enam lejang. Ketua pereka Veyron adalah Hartmut Warkuss, dan luaran direka oleh Jozef Kabaň dari Volkswagen, bukannya Giorgetto Giugiaro dari ItalDesign, yang telah mengendalikan tiga kereta konsep Bugatti sebelumnya.

Perak dan hitam Veyron sebelum pengeluaran pada pameran 2004 Paris Motor Show

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Volkswagen AG - Annual Report 2000" (PDF). Wolfsburg: Volkswagen AG. 2001. m/s. 31/33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-27. Dicapai pada 15 October 2008. With effect from 22 December 2000, Groupe VOLKSWAGEN France s.a. established BUGATTI AUTOMOBILES S.A.S. as a 100 % wholly owned subsidiary. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]