Bukit Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Pinang merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di daerah Kota Setar, Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Pokok Sena.

Bukit Pinang merupakan nama baru bagi ADUN Langgar. Orang Kedah biasa menyebut Langgar sebagai 'langgaq' sahaja mengikut loghat negeri Kedah.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Nama Bukit Pinang diambil sempena banyaknya pokok pinang di bawah bukit tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bukit Pinang merupakan ibu negeri Kedah sebelum dipindahkan ke Alor Star pada pertengahan kurun ke-18 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)

Rujukan[sunting | sunting sumber]