Buldog Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buldog Perancis
Negara asalPerancis[1]
Trait
Berat Jantan 9–14 kg (20–31 lb)[2][3]
Betina 8–13 kg (18–29 lb)[2][3]
Tinggi Jantan 27–35 cm (11–14 in)[2][3]
Betina 24–32 cm (9.4–12.6 in)[2][3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buldog Perancis[a] ialah satu baka anjing teman atau anjing mainan Perancis. Ia muncul di Paris pada pertengahan abad kesembilan belas, kelihatannya sebagai hasil pembiakbakaan silang buldog mainan yang diimport dari England dengan anjing pemburu tikus tempatan Paris.[4] Ia pada umumnya dibela sebagai anjing peliharaan dam merupakan antara anjing paling kerap berdaftar di sebilangan negara termasuk Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Baka ini rentan terhadap pelbagai isu kesihatan akibat pembiakbakaan untuk penampilan distingtifnya, terutamanya muka brakisefalik dan kedutan muka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak permulaan abad kesembilan belas, buldog dibiakbakakan di United Kingdom untuk tujuan selain sukan darah tradisional seperti pengumpanan lembu yang diharamkan pada tahun 1835.[5]:5 Menjelang pertengahan abad itu, terdapat buldog katik yang kerap berukuran kira-kira seberat 7–11 kg (15–24 lb), walaupun sesetengah anjing lebih ringan.[5]:6

Pada masa sama, pekerja renda dari Nottingham yang terpaksa berpindah ikutan Revolusi Perindustrian mula menetap di Normandie, Perancis.[6]:58 Mereka membawa pelbagai anjing bersama dengan mereka, termasuk buldog mainan.[7] Anjing-anjing itu menjadi popular di Perancis dan perdagangan buldog kecil import diwujudkan dengan pembiak baka di England yang mengirimkan budlog dianggap oleh mereka terlalu kecil atau dengan kecacatan seperti telinga berdiri. Menjelang tahun 1860, terdapat hanya segelintir ekor buldog mainan yang tersisa di England, begitu juga kepopularannya di Perancis.[5]:6

Jenis buldog kecil secara beransur-ansur dianggap sebagai baka, dan menerima nama, bouledogue français.[5]:6 Pemperancisan nama Inggeris ini juga merupakan pemendekan perkataan boule ("bola") dan dogue ("mastif"). Anjing ini sangat bergaya dan dicari-cari oleh wanita bermasyarakat dan pelacur Paris, serta golongan kreatif seperti seniman, penulis, dan pereka fesyen.[5]:6 Seniman Edgar Degas dan Henri de Toulouse-Lautrec dianggap mempunyai buldog Perancis dalam lukisan mereka.[8] Walau bagaimanapun, catatan perkembangan baka tidak disimpan semasa ia mencapai lebih jauh daripada akar buldog aslinya. Semakin ia berubah, stok terier telah dibawa masuk untuk mengembangkan trait seperti telinga lurus panjang pada baka ini.[5]:6

Gambaran dalam lukisan abad kesembilan belas[sunting | sunting sumber]

Kelab baka dan pengiktirafan moden[sunting | sunting sumber]

Orang Amerika telah mengimport buldog Perancis untuk seketika, tetapi hanya mulai tahun 1885 ia dibawa untuk mengasaskan program pembiakbakaan berpangkalan di Amerika. Ia kebanyakannya dimiliki oleh wanita bermasyarakat, yang pertama kali mempamerkannya dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1896.[9] Pada tahun berikutnya, hakim dalam pertunjukan anjing, George Raper, hanya memilih pemenang dengan "telinga mawar"—telinga yang terlipat di hujungnya, seperti piawaian untuk buldog.[10] Para wanita membentuk French Bull Dog Club of America dan menghasilkan piawaian baka yang lebih mengutamakan jenis "telinga kelawar tegak".[5]:7 Pada awal abad ke-20, baka ini kekal bergaya untuk masyarakat atasan dengan anjing yang bertukar tangan dengan harga sehingga $3,000 dan dimiliki oleh ahli keluarga berpengaruh seperti keluarga Rockefeller dan keluarga J. P. Morgan. American Kennel Club mengiktiraf baka ini sejurus selepas kelab baka itu dibentuk dan, menjelang tahun 1906, buldog Perancis ialah baka anjing kelima paling popular di Amerika.[5]:8

Baka buldog baharu ini tiba buat kali pertama di England pada tahun 1893 dengan pembiak baka buldog Inggeris yang gempar kerana import Perancis yang tidak memenuhi piawaian baka baharu terpakai pada masa itu dan mereka ingin menghalang ternakan Inggeris daripada pembiakbakaan silang dengan ternakan Perancis. The Kennel Club pada mulanya mengiktirafnya sebagai subset baka buldog sedia ada dan bukan baka baharu sama sekali.[5]:6 Sesetengah pembiak baka Inggeris dalam tempoh ini membiakbakakan buldog Perancis untuk menghidupkan buldog mainan semula.[6]:58 Pada 10 Julai 1902, di rumah Frederick W. Cousens, mesyuarat diadakan untuk mengasaskan sebuah kelab baka untuk mendapatkan pengiktirafan individu untuk baka Perancis.[5]:7 Piawaian baka yang diterima pakai adalah sama dengan yang sudah terpakai digunakan di Amerika, di Perancis, di Jerman, dan di Austria.[6]:58 Walaupun terdapat tentangan daripada pembiak baka buldog katik (nama baka baharu untuk buldog mainan) dan buldog,[6]:59 pada tahun 1905, The Kennel Club mengubah dasarnya mengenai baka dan mengiktirafnya secara berasingan daripada keragaman Inggeris, pada mulanya sebagai Bouledogue Français, kemudian pada tahun 1912 sebagai French Bulldog.[5]:7

Kini buldog Perancis biasanya dibela sebagai anjing peliharaan: pada tahun 2020, ia merupakan anjing kedua paling berdaftar di United Kingdom,[11] dan yang keempat di Amerika Syarikat.[12] Ia dinilai sebagai anjing ketiga paling popular di Australia pada tahun 2017.[13] Pada tahun 2019, di United Kingdom, buldog Perancis mempunyai sejumlah 33,661 ekor anjing berdaftar.[14] Sebagai perbandingan, anjing pengutip Labrador mempunyai lebih daripada 36,700 anjing dan kokerspaniel kurang daripada 22,000. Pada tahun 2013, American Kennel Club (AKC) meletakkan buldog Perancis sebagai baka ke-10 paling popular di Amerika Syarikat yang menikmati peningkatan mendadak dari segi kepopularan dari tempat ke-54 sedekad sebelumnya, pada tahun 2003.[15] Pada tahun 2023, buldog Perancis mengatasi anjing Labrador sebagai baka anjing paling popular seperti yang diperingkatkan oleh AKC. Sebelum tahun 2023, anjing Labrador telah menduduki tempat teratas selama 31 tahun.[16]

Fotograf bersejarah[sunting | sunting sumber]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Piawaian American Kennel Club untuk buldog Perancis menyatakan bahawa ia patut berotot dengan lapis bulu lembut dan longgar yang membentuk kedutan.[7]

Berat piawaian AKC untuk buldog Perancis ialah semaksimum 28 paun (13 kg).[17] Kepala buldog Perancis patut berbentuk segi empat sama dan besar dengan telinga yang menyerupai telinga kelawar.[17] Buldog Perancis ialah baka bermuka rata.[18] Mata yang diluluskan oleh piawaian AKC untuk buldog Perancis adalah gelap, hampir hitam; buldog Perancis bermata biru tidak diluluskan oleh AKC.[17] Lapis bulu buldog Perancis patut berbulu pendek, halus, dan bak sutera.[18] Warna yang dapat diterima di bawah piawaian baka merupakan pelbagai cahaya warna brindle, perang kekuning-kuningan, krim, atau putih dengan tompok-tompok brindle (yang dikenali sebagai "pied"). Warna perang kekuning-kuningan dapat memiliki sebarang cahaya melalui merah.[17] Warna paling umum merupakan brindle, kemudian perang kekuning-kuningan, dengan pied yang lebih jarang berbanding dengan warna lain.[19] Kelab baka tidak mengiktiraf sebarang warna atau corak lain.[17]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Tangkapan dekat kepala brakisefalik
Buldog Perancis yang berehat dan tercungap-cungap

Sebuah kajian di United Kingdom yang membandingkan buldog Perancis dengan populasi umum anjing mendapati bahawa daripada 43 keadaan lazim, buldog Perancis mempunyai prevalens yang lebih tinggi dengan ketara untuk hampir separuh (20/43) dan prevalens yang lebih rendah dengan ketara untuk suku (11/43). Lubang hidung stenotik mempunyai kadar kejadian sebanyak 42 kali kadar bagi populasi umum, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik adalah 30 kali lebih prevalen, lelehan telinga adalah 14 kali lebih prevalen, dermatitis lipatan kulit adalah 11 kali lebih prevalen, dan distosia adalah 9 kali lebih prevalen.[20]

Pada tahun 2013, sebuah kajian perubatan United Kingdom menyemak kesihatan 2228 ekor buldog Perancis di bawah penjagaan veterinar di United Kingdom. Kajian mendapati bahawa 1612 (72.4%) ekor daripada buldog Perancis ini mempunyai sekurang-kurangnya satu isu kesihatan tercatat: Gangguan paling umum yang dicatatkan merupakan jangkitan telinga (14.0%), cirit-birit (7.5%), dan konjunktivitis (3.2%). Masalah kulit merupakan kumpulan gangguan yang paling kerap dilaporkan (17.9%).[21]

Walaupun terdapat cabaran-cabaran ini, kepopularan buldog Perancis terus meningkat, lalu menekankan kepentingan pembangkitan isu-isu kesihatannya.[22][23]

Brakisefali[sunting | sunting sumber]

Muncung pendek dan muka tertekan ke dalam pada buldog Perancis dikenali sebagai brakisefali.[24] Brakisefali menyebabkan pencanggaan bagi salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[25] Kesan brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[26][27][28][29][30][31][32] Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi di bawah pengaruh anestesia,[33] dan hipertermia — yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[34] Buldog Perancis diharamkan oleh beberapa buah syarikat penerbangan komersial kerana angka yang telah mati semasa di udara.[35][36]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian tentang kematian 30,563 ekor anjing berlainan baka di United Kingdom pada tahun 2016–2020 mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai kelanjutan usia semasa kelahiran sebanyak 4.53 tahun, yang paling rendah dengan jidar besar antara semua baka dalam kajian itu, yang mendapati purata untuk semua anjing sebanyak 11.23 tahun.[37]:1 Kajian sama ini menunjukkan bahawa kelanjutan usia rendah untuk buldog Perancis mungkin dipengaruhi oleh peningkatan bilangan buldog Perancis yang terdapat di United Kingdom, iaitu daripada 2,771 individu berdaftar dengan The Kennel Club pada tahun 2011 kepada 39,266 individu pada tahun 2020, lalu memencongkan populasi umum menjadi sangat muda secara purata dan memberatkan data ke sebelah.[37]:1 Sebuah kajian di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai jangka hayat sebanyak 10.2 tahun, yang terendah antara semua baka dalam kajian itu.[38][b] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[39]

Kelahiran dan pembiakan[sunting | sunting sumber]

Buldog Perancis kerap memerlukan pembedahan sesar untuk melahirkan anak, dengan lebih daripada 80% perinduk yang lahir dengan cara ini.[40][41]

Sebuah kajian United Kingdom mengenal pasti bahawa buldog Perancis betina adalah 15.9 kali lebih cenderung untuk mengalami distosia.[42]

Ortopedik[sunting | sunting sumber]

Buldog Perancis cenderung untuk mempunyai hemivertebra kongenital (yang juga dipanggil "vertebra kupu-kupu"),[43][44] yang terpapar pada sinar-X.[45]

Semakan terhadap lebih daripada 200,000 pesakit di United Kingdom mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai kejadian jelas lebih tinggi bagi kehelan tempurung lutut dengan nisbah kemungkinan sebanyak 5.4.[46]

Keadaan lain[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian Perancis mendapati bahawa 45% daripada jumlah buldog Perancis yang dihadirkan dengan keadaan neurologi menghidap pengherniaan ceper intervertebra jenis I Hansen, dengan kajian ini yang berkesimpulan bahawa buldog Perancis cenderung terhadap keadan ini.[47]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa buldog Perancis lebih berkemungkinan untuk menderitai malformasi verterbra toraks berbanding dengan baka lain.[48]

Sebuah lagi kajian British mendapati bahawa demodikosis adalah lebih prevalen pada buldog Perancis berbanding dengan baka lain. Prevalens keseluruhan pada buldog Perancis ialah 1.3% berbanding dengan kadar keseluruhan 0.17%. Prevalens pada anjing yang berusia kurang daripada 2 tahun ialah 1.9% berbanding dengan 0.48%.[49]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بولدوݢ ڤرنچيس; Perancis: bouledogue français; bahasa Inggeris: French bulldog
  2. ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang kurang berkemungkinan mempunyai sebarang catatan lahir mati dan kematian altrisial manakala klinik veterinar patut mempunyai data tentang ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FCI breeds nomenclature: Bouledogue Français (101)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "Standard FCI N° 101 BOULEDOGUE FRANCAIS" [Piawaian FCI No. 101 Buldog Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 18 September 2023. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  3. ^ a b c d "FCI-Standard N° 101 BOULEDOGUE FRANÇAIS (French Bulldog)" [Piawaian FCI No. 101 Buldog Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Ian Nicholson, Renée Sporre-Willes, Raymond Triquet, dan Claude Guintard. Pindaan terkini oleh Société Centrale Canine. 18 September 2023. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ "Le bouledogue Français, Ses origines" (Perancis)
  5. ^ a b c d e f g h i j k Coile, D. Caroline (2005). French Bulldogs (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's. ISBN 9780764130311 – melalui Internet Archive (archive.org).
  6. ^ a b c d Robert, Leighton (1907). The New Book of the Dog (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom; New York, New York, Amerika Syarikat: Cassell – melalui Internet Archive (archive.org).
  7. ^ a b "Get to Know the French Bulldog" (Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 6 Februari 2024.
  8. ^ "French Bulldog Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  9. ^ "A Sacramento heiress and [a] murder on the French bulldog express". Looking back. Sacramento News & Review (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2022 – melalui sacramento.newsreview.com.
  10. ^ "History of the FBDCA". French Bull Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  11. ^ "Top Twenty Breeds In Registration Order For The Years 2018 And 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2020. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  12. ^ "AKC: Most Popular Dog Breeds of 2018" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  13. ^ "Top 10 dog breeds in Australia 2017. Don't worry, they're all adorable". NewsComAu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  14. ^ "COMPARATIVE TABLES OF REGISTRATIONS FOR THE YEARS 2010 – 2019 INCLUSIVE" (PDF). The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Januari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  15. ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 6 Februari 2024
  16. ^ "Beloved and debated, French bulldog becomes top US dog breed" (dalam bahasa Inggeris). 15 Mac 2023. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  17. ^ a b c d e Club, American Kennel. "American Kennel Club - Dog Breed Standards" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  18. ^ a b "French Bulldog Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  19. ^ American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book: Official Breed Standards and All-New Profiles for 200 Breeds, 21st Edition (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. m/s. 912. ISBN 9781621870913.
  20. ^ O’Neill, Dan G.; Packer, Rowena M.A.; Francis, Peter; Church, David B.; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla (16 Disember 2021). "French Bulldogs differ to other dogs in the UK in propensity for many common disorders: a VetCompass study". Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). 8 (1): 13. doi:10.1186/s40575-021-00112-3. ISSN 2662-9380. PMC 8675495 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34911586 Check |pmid= value (bantuan).
  21. ^ "Demography and disorders of the French Bulldog population under primary veterinary care in the UK in 2013" (Inggeris) https://cgejournal.biomedcentral.com/articles/10.1186/s40575-018-0057-9#Sec4
  22. ^ O’Neill, Dan G.; Baral, Lauren; Church, David B.; Brodbelt, Dave C.; Packer, Rowena M. A. (3 Mei 2018). "Demography and disorders of the French Bulldog population under primary veterinary care in the UK in 2013". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 3. doi:10.1186/s40575-018-0057-9. ISSN 2052-6687. PMC 5932866. PMID 29750111.
  23. ^ Thompson, Dennis (20 Disember 2021). "Highly Inbred, French Bulldogs Face Higher Odds for 20 Health Issues". HealthDay (dalam bahasa Inggeris). ProQuest 2611700588.
  24. ^ Knecht, C. D. (1979). Upper airway obstruction in brachycephalic dogs (Inggeris). Compend Contin Educ Pract Vet, 1, 25–31.
  25. ^ Hendricks, Joan C. (1992). "Brachycephalic Airway Syndrome". Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/s0195-5616(92)50306-0. ISSN 0195-5616. PMID 1523786.
  26. ^ TC, Amis; C, Kurpershoek (1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs". American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Am J Vet Res. 47 (10): 2200–2204. ISSN 0002-9645. PMID 3777646. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  27. ^ Hendricks, J. C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing". Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). American Physiological Society. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 8750-7587. PMID 3693167.
  28. ^ Hendricks, Joan C. (1992). "Brachycephalic Airway Syndrome". Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/s0195-5616(92)50306-0. ISSN 0195-5616. PMID 1523786.
  29. ^ Meola, Stacy D. (2013). "Brachycephalic Airway Syndrome". Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1938-9736. PMID 24182996.
  30. ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)". VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  31. ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (2023). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome". Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5216. PMID 36585820 Check |pmid= value (bantuan).
  32. ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs". Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI AG. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37370526 Check |pmid= value (bantuan).
  33. ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). American Veterinary Medical Association (AVMA). 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 0003-1488. PMID 30020004.
  34. ^ Ewers Clark, Anna (22 Disember 2022). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?". Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776.
  35. ^ Haughney, Christine (6 Oktober 2011). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private". New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  36. ^ "Air Travel and Short-Nosed Dogs FAQ". American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  37. ^ a b Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan G. (2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" (PDF). Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 12 (2022): rencana 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan).
  38. ^ INOUE, Mai; KWAN, Nigel C. L.; SUGIURA, Katsuaki (2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 0916-7250. PMC 6068313. PMID 29798968.
  39. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  40. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. PMID 20136998.
  41. ^ Pete Wedderburn (6 April 2009). "Why do over 80 per cent of Bulldog births happen by caesarian section?". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2011. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  42. ^ Packer, Rowena. "New study reveals flat faced dogs have the highest risk when giving birth". Royal Veterinary College (dalam bahasa Inggeris). Universiti London. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  43. ^ "Hemivertebrae" (dalam bahasa Inggeris). Mar Vista Animal Medical Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2015. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  44. ^ "Genetic welfare problems of companion animals: Hemivertebrae" (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare (UK). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2015. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  45. ^ "Hemivertebrae" (dalam bahasa Inggeris). Top Dog Animal Health. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  46. ^ O’Neill, Dan G.; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, Dave C. (2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 3 (1): 4. doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2052-6687. PMC 4898461. PMID 27280025.
  47. ^ Mayousse, Vincent; Desquilbet, Loïc; Jeandel, Aurélien; Blot, Stéphane (5 Julai 2017). "Prevalence of neurological disorders in French bulldog: a retrospective study of 343 cases (2002–2016)". BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 13 (1): 212. doi:10.1186/s12917-017-1132-2. ISSN 1746-6148. PMC 5497356. PMID 28676057.
  48. ^ Ryan, R.; Gutierrez-Quintana, R.; ter Haar, G.; De Decker, Steven (2017). "Prevalence of thoracic vertebral malformations in French bulldogs, Pugs and English bulldogs with and without associated neurological deficits". The Veterinary Journal. Elsevier BV. 221: 25–29. doi:10.1016/j.tvjl.2017.01.018. ISSN 1090-0233. PMID 28283076.
  49. ^ O'Neill, D. G.; Turgoose, E.; Church, D. B.; Brodbelt, D. C.; Hendricks, A. (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 0022-4510. PMC 7003809. PMID 31584708.

Sumber lain[sunting | sunting sumber]

  • Lynch, Don (1992). Titanic: An illustrated history (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Hyperion. ISBN 978-1-56282-918-6.
  • French Bulldog (Laporan). Breed standards (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Kennel Club. Dicapai pada 22 Januari 2024 – melalui thekennelclub.org.uk.