CentOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
CentOS
GNOME Shell sebagai paparan meja lalai untuk CentOS 8.3
PembangunThe CentOS Project
(di bawah naungan Red Hat)
Keluarga OSLinux (Ala UNIX)
KeadaanDitamatkan
Model sumberSumber terbuka
Keluaran asal19 Mac 2004; 20 tahun yang lalu (2004-03-19)[1]
Sasaran pemasaranPelayan, komputer atas meja, stesen kerja, superkomputer
Kaedah kemaskiniRelease Candidate
Pelantarx86-64, ARM64, dan ppc64le[a]
Jenis IntiMonolitik (Kernel Linux)
Antaramuka pengguna
terasal
Bash, GNOME Shell[2]
LesenGPL GNU dan lesen lain
Diganti olehCentOS Stream, AlmaLinux, Rocky Linux
Laman rasmicentos.org

CentOS (nama panjang: Community Enterprise Operating System, juga dikenali dengan nama CentOS Linux)[3] ialah salah satu daripada edaran Linux yang telah ditamatkan, menawarkan platform pengkomputeran disokong komuniti yang percuma dan bersumberkan bebas, memiliki fungsi yang serasi dengan sumber asalnya, Red Hat Enterprise Linux (RHEL)[4]. Pada bulan Januari 2014, CentOS mengumumkan penyertaan rasmi di bawah Red Hat tetapi kekal berkecuali dengan RHEL[5] di bawah pengurusan pentadbiran CentOS yang baru[6].

Keluaran CentOS pertama ialah pada bulan Mei 2004, dikeluarkan sebagai CentOS versi 2, merupakan cabang daripada RHEL versi 2.1AS. Semenjak versi 8, CentOS secara rasminya menyokong seni bina x86-64, ARM64, dan POWER8 manakala seni bina pemproses IA-32 disokong menerusi versi yang dikeluarkan sehingga CentOS versi 6. Sejak Disember 2015, keluaran AltArch untuk CentOS 7 menyokong seni bina IA-32, Power ISA dan varian ARMv7hl dan AArch64 di bawah seni bina ARM[7][8]. CentOS versi 8 dikeluarkan pada 24 September 2019.

Pada bulan Disember 2020, Red Hat secara mengejutnya mengumumkan pengguguran pembangunan CentOS[9][10] bagi meneruskan pembangunan CentOS Stream, edaran Linux di bawah RHEL[11]. Pada bulan Mei 2021, Gregory Kurtzer, salah seorang daripada pengasas CentOS membangunkan projek Rocky Linux sebagai misi lanjutan daripada objektif pembangunan CentOS[12].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

CentOS pada mulanya dibina berasaskan kepada binaan CAOS Linux, edaran Linux berdasarkan RPM yang dimulakan oleh Gregory Kurtzer pada tahun 2002[13]. Pada bulan Jun 2006, David Parsley, pembangun utama yang membangunkan sistem pengendalian Tao Linux (sistem yang diklon berdasarkan RHEL) mengumumkan penamatan Tao Linux serta kemajuannya kepada pembangunan CentOS. Pengguna Tao Linux berpindah kepada edaran CentOS menerusi yum update[14].

Pada bulan Julai 2009, terdapat laporan di dalam surat terbuka yang dihantar melalui laman web Projek CentOS yang mengatakan bahawa salah seorang daripada pengasas CentOS, Lance Davis dikatakan menghilangkan diri pada tahun 2008[15]. Lance tidak lagi menyumbang kepada projek ini, namun kekal memiliki pegangan ke atas pendaftaran domain CentOS dan akaun PayPal[16]. Pada bulan Ogos 2009, pasukan CentOS dilaporkan telah menghubungi Lance dan mengambil kembali pegangan ke atas domain centos.info dan centos.org[17].

Pada bulan Julai 2010, CentOS melepasi sistem pengendalian Debian sebagai edaran Linux yang paling popular untuk kegunaan pelayan web, hampir 30% dalam kesemua pelayan web berasaskan Linux menggunakan CentOS[18]. Pada bulan Januari 2012, Debian kembali mendahului senarai[19].

Pada bulan Januari 2014, Red Hat mengumumkan bahawa mereka akan menaja Projek CentOS, selepas berlaku beberapa siri huru-hara dalam komuniti yang mendukung CentOS[20]. Menurut Red Hat, "mereka akan membantu mengembangkan platform yang sangat berguna kepada kepentingan pembangun bersumber terbuka yang mengintegrasikan teknologi dari dalam dan di sekeliling sistem pengendalian ini"[21]. Dengan pengumuman ini, pemilikan tanda dagangan CentOS akan dipindah milik kepada Red Hat serta memiliki sejumlah ketua pembangun CentOS. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi berada di bawah pasukan Keterbukaan Sumber dan Piawaian Red Hat yang beroperasi secara berasingan daripada pasukan Red Hat Enterprise Linux. Lembaga tadbir urus CentOS yang baru juga telah dibentuk.

Pada 8 Disember 2020, pasukan Projek CentOS mengumumkan bahawa pembangunan sistem ini akan dihentikan pada penghujung tahun 2021 bagi memfokuskan kepada pembangunan sistem pengendalian CentOS Stream[22]. Pihak komuniti rata-rata tidak menerima pengumuman ini dengan baik. Sejurus selepas pengumuman ini, Gregory Kurtzer (salah seorang pengasas CentOS) mengumumkan projek baru bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan sewaktu pembangunan CentOS sebelum diambil alih Red Hat, yang dikenali sebagai Rocky Linux[23].

Selain itu, dalam respon terhadap pemberhentian pengedaran CentOS ini, CloudLinux mengumumkan mereka akan membangunkan sistem pengendalian yang diberi nama AlmaLinux[24], yang dianggap sebagai pengganti spiritual kepada CentOS dengan sokongan komuniti. Versi stabil pertama AlmaLinux diterbitkan pada 30 Mac 2021, manakala versi stabil pertama Rocky Linux telah diterbitkan pada 21 Jun 2021.

Pada 11 Julai 2023, Red Hat mengumumkan tarikh akhir hayat (EOL) untuk CentOS 7 yang akan tamat pada 30 Jun 2024[25]. Selepas daripada tarikh itu, repositori CentOS akan ditutup dan tiada kemaskini dan versi baharu akan diterbitkan[26]. Sokongan terhadap CentOS 8 telah dihentikan terlebih dahulu pada 31 Disember 2021[27].


Keluaran dan versi[sunting | sunting sumber]

Paparan menu but CentOS 4.

Pernomboran versi CentOS yang lebih terdahulu daripada versi 7 terdiri daripada dua bahagian iaitu versi utama dan versi kecil, yang berdasarkan kepada pernomboran bagi versi utama dan set kemaskini untuk Red Hat Enterprise Linux (RHEL) yang akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan CentOS versi tertentu. Sebagai contoh, CentOS 6.5 dibina berdasarkan kepada pakej sumber RHEL versi 6 kemaskini 5 (atau dikenali sebagai RHEL versi 6.5)[28].

Bermula dengan versi 7, pernomboran versi CentOS kemudian memasukkan bahagian ketiga iaitu cop bulan di mana kod sumber itu diterbitkan. Sebagai contoh, versi CentOS dengan nombor 7.0-1406 masih lagi dipetakan kepada set kemaskini pertama untuk RHEL 7, dengan "1406" menunjukkan bulan Jun (06) dan tahun 2014 (14) di mana kod sumber terbaru diterbitkan. Penggunaan cop bulan membolehkan pemasangan imej boleh dilakukan semula untuk kemaskini container akan datang serta awan, dan pada masa yang sama imej yang dipasang itu masih lagi mengekalkan kesesuaian dan perhubungan dengan versi utama yang berkaitan.

Sejak pertengahan tahun 2006 dan bermula dengan RHEL versi 4.4, dikenali secara rasmi sebagai Red Hat Enterprise Linux 4.0 Update 4, Red Hat mula menggunakan corak versi dan nama yang serupa dengan apa yang digunakan oleh CentOS (sebagai contoh, RHEL 4.5 atau RHEL 6.5)[29].

Pada 10 September 2019, CentOS menangguhkan kerja-kerja berkaitan pembangunan CentOS 8.1 bagi meneruskan kerja-kerja CentOS 7.7 oleh kerana CentOS 7.x telah berada dalam fasa pengeluaran dan CentOS 8.x masih lagi dalam pembangunan dalaman. Selepas CentOS 7.7 dikeluarkan secara rasmi, sumber yang berkaitan telah dipindah kembali untuk kerja-kerja CentOS 8.

Pada 24 September 2019, CentOS secara rasminya mengeluarkan CentOS versi 8.0.

Jadual penamatan sokongan[sunting | sunting sumber]

Menurut jangka hayat Red Hat Enterprise Linux (RHEL)[30], sokongan CentOS 5, 6 dan 7 akan dikekalkan sehingga 10 tahun kerana ia dibangunkan berasaskan RHEL[31]. Sebelum itu, CentOS 4 telah disokong selama tujuh tahun[32].

Versi CentOS Tarikh keluaran Kemaskini penuh[33][34] Kemaskini penyelenggaraan[33][34]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 3 2004-03-19 2006-07-20 2010-10-31 [35]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 4 2005-03-09 2009-03-31 2012-02-29[35] [b]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 5 2007-04-12 2014-01-31 2017-03-31[35] [c]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 6 2011-11-27 2017-05-10 2020-11-30[35]
Versi lama, masih diselenggara: 7 2014-07-07 2020-08-06 2024-06-30[35]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 8 2019-09-24 2021-12-31[36]
Petunjuk:
Versi lama
Versi lama, masih diselenggara
Versi terkini
Versi pralihat terkini
Kemaskini akan datang

Versi lama[sunting | sunting sumber]

CentOS versi 7[sunting | sunting sumber]
Versi CentOS Seni bina Versi sepadan RHEL Kernel Tarikh keluaran CentOS Tarikh keluaran RHEL Kelewatan (hari)
7.0-1406[110] x86-64[111][d] 7.0 3.10.0-123 2014-07-07[112] 2014-06-10[113] 27
7.1-1503 x86-64 7.1 3.10.0-229 2015-03-31[114][115] 2015-03-05[116] 26
7.2-1511 x86-64 7.2 3.10.0-327 2015-12-14[117][118] 2015-11-19[119] 25
7.3-1611 x86-64 7.3 3.10.0-514 2016-12-12[120] 2016-11-03[121] 39
7.4-1708 x86-64 7.4 3.10.0-693 2017-09-13[122] 2017-07-31[123][103] 43
7.5-1804 x86-64 7.5 3.10.0-862 2018-05-10[124] 2018-04-10[125][103] 31
7.6-1810 x86-64 7.6 3.10.0-957 2018-12-03[126] 2018-10-30[127][103] 34
7.7-1908 x86-64 7.7 3.10.0-1062 2019-09-17[128] 2019-08-06[129][103] 42
7.8-2003 x86-64 7.8 3.10.0-1127 2020-04-27[130] 2020-03-30[131][103] 28
Versi lama, masih diselenggara: 7.9-2009 x86-64 7.9 3.10.0-1160 2020-11-12[132] 2020-09-29[133][103] 44
CentOS versi 8[sunting | sunting sumber]
Versi CentOS Seni bina Versi sepadan RHEL Kernel Tarikh keluaran CentOS Tarikh keluaran RHEL Kelewatan (hari)
8.0-1905 x86-64, ppc64le, AArch64 8.0 4.18.0-80 2019-09-24[134] 2019-05-07[135][103] 140
8.1-1911 8.1 4.18.0-147 2020-01-15[136] 2019-11-05[137][103] 71
8.2-2004 8.2 4.18.0-193 2020-06-15[138] 2020-04-28[139][103] 48
8.3-2011 8.3 4.18.0-240 2020-12-07[140] 2020-11-03[141][103] 34
8.4-2105 8.4 4.18.0-305 2021-06-03[142] 2021-05-18[143][103] 16
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 8.5-2111 8.5 4.18.0-348 2021-11-16 2021-11-09 7

Keluaran AltArch[sunting | sunting sumber]

Keluaran AltArch ialah versi yang diterbitkan oleh Kumpulan Minat Khusus (SIG) Seni Bina Alternatif (Alternative Architecture) bagi menyokong seni bina pemproses yang tidak disokong oleh keluaran asas CentOS.


Sokongan seni bina[sunting | sunting sumber]

Sehingga versi 8, CentOS menyokong penuh pemasangan untuk seni bina pemproses dari jenis x86-64, POWER8 dan ARM 64-bit[154]. Manakala, seni bina pemproses berikut hanya disokong dalam versi-versi tertentu:

  • IA-32 dalam semua varian, tidak disokong sejak CentOS 7.
  • IA-32 tanpa Pemanjangan Alamat Fizikal (PAE), tidak disokong sejak CentOS 6.
  • IA-64 (seni bina Intel Itanium), hanya disokong dalam CentOS 3 dan 4.
  • PowerPC 32-bit (sistem Apple Macintosh dan PowerMac yang menggunakan pemproses PowerPC G3 atau G4), sokongan beta tersedia dalam CentOS 4.
  • Sistem kerangka utama IBM (eServer zSeries dan S/390), tidak disokong sejak CentOS 5.
  • Alpha, hanya disokong dalam CentOS 4.
  • SPARC, sokongan beta hanya menerusi CentOS 4.

Sejak Disember 2015, CentOS 7 keluaran AltArch tersedia untuk seni bina pemproses ARM dari varian ARMv7hl dan AArch64 dan terdapat rancangan untuk menyokong varian lain dalam seni bina ARM. Sokongan ARM merupakan hasil daripada usaha komuniti yang dikoordinasi menerusi Kumpulan Minat Khusus AltArc[155]. CentOS 7 yang dikeluarkan AltArc juga tersedia untuk seni bina IA-32 dan Power ISA (cip POWER7 dan POWER8).

Versi CD nyata untuk CentOS tersedia menerusi laman mirror.centos.org. Manakala imej nyata USB boleh but untuk CentOS boleh dicipta secara manual atau dengan menggunakan program UNetbootin.

Imej CentOS juga terdapat dalam perkhidmatan awan Amazon EC2, dalam bentuk prasiap dan Amazon Machine Images (AMI)[156] yang telah diterbitkan.


Repositori[sunting | sunting sumber]

Paparan meja CentOS 5 yang memaparkan mesej mengenai pakej kemaskini perisian telah tersedia.

Terdapat tiga repositori utama, mengandungi pakej perisian yang membentuk pengedaran utama CentOS[157]:

  • base : mengandungi pakej yang membentuk titik keluaran CentOS, dan dikemaskini apabila kemaskini yang betul diterbitkan secara rasmi dalam bentuk imej ISO.
  • updates : mengandungi pakej yang digunakan dalam keluaran berkaitan tampalan kerentanan, nyahpepijat atau kemaskini tambahan, diterbitkan sebagai kemaskini biasa dalam titik keluaran tersebut. Kemaskini tambahan dan nyahpepijat yang dikeluarkan dalam cara ini biasanya diterbitkan untuk sistem yang tidak serasi dengan keluaran dari repositori CentOS-Fasttrack[158].
  • addons : mengandungi pakej yang diperlukan untuk membina pakej-pakej yang membentuk edaran utama CentOS, namun tidak disediakan oleh edaran induk Linux iaitu RHEL[e].

Projek CentOS juga menawarkan beberapa repositori tambahan yang mengandungi pakej perisian yang tidak disediakan oleh repositori asal base dan updates. Repositori itu termasuklah[159]:

  • CentOS Extras : mengandungi pakej yang menawarkan kefungsian tambahan tanpa mengakibatkan hilang keupayaan keserasian dengan edaran induk atau kemaskini komponen dasar.
  • CentOSPlus : mengandungi pakej yang melakukan naik taraf untuk beberapa komponen dasar CentOS, mengubah CentOS supaya ianya tidak kelihatan begitu sama dengan kandungan yang terdapat dalam edaran induk RHEL.
  • CentOS-Testing : sebagai destinasi ujian bagi pakej-pakej sebelum ianya dihantar ke CentOSPlus dan CentOS Extras. Pakej yang ditawarkan mungkin atau mungkin tidak menggantikan pakej teras CentOS dan ianya tidak dijamin untuk berfungsi dengan baik.
  • CentOS-Fasttrack : mengandungi fail nyahpepijat dan kemaskini tambahan yang diterbitkan dari masa ke semasa. Pakej diterbitkan dengan cara ini akan bertindak sebagai calon bagi penambahan di dalam keluaran akan datang[160].
  • CR (Continuous Release) : mengandungi pakej yang tersedia secara umum yang bakal diterbitkan untuk keluaran CentOS akan datang. Pakej-pakej ini disediakan bagi tujuan pengujian dan kemaskini tampalan, sehingga kemaskini rasmi diterbitkan dalam bentuk ISO[161].
  • debuginfo : mengandungi pakej dengan simbol penyahpepijatan yang dicipta apabila pakej utama telah dibina.
  • contrib : mengandungi pakej yang disumbang oleh pengguna CentOS yang tidak bertindan dengan mana-mana pakej edaran utama.
  • Software Collections : mengandungi perisian dengan versi yang lebih tinggi berbanding dengan edaran teras.


Nota tambahan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CentOS versi lebih lama daripada 7.0-1406 memiliki sokongan rasmi untuk i686 menerusi Pemanjangan Alamat Fizikal (PAE), seni bina tambahan disokong dalam versi kurang daripada 4.7, dan kini disediakan oleh Kumpulan Minat Khusus AltArch
  2. ^ "Langganan tambahan sokongan jangka hayat berterusan" tersedia untuk tempoh tiga tahun lagi (cth. sehingga 2015) Versi yang sepadan dengan RHEL telah dilanjutkan sokongan sehinga 31 Mac 2017.
  3. ^ "Langganan tambahan sokongan jangka hayat berterusan" tersedia untuk tempoh tiga tahun lagi (cth. sehingga 2015) Versi yang sepadan dengan RHEL telah dilanjutkan sokongan sehinga 30 November 2020.
  4. ^ Fail imej pemasangan untuk seni bina i386, ARM dan PowerPC disediakan oleh Kumpulan Minat Khusus AltArch.
  5. ^ Repositori ini tidak lagi wujud selepas CentOS 6.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b John Newbigin (14 Mei 2004). "CentOS-2 Final finally released". centos.org. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  2. ^ Kibet, John (25 September 2019). "CentOS 8 rolls out - Here are CentOS 8 New features". Computing for Geeks. Dicapai pada 6 October 2019.
  3. ^ "Community Profile–CentOS Project | Open Source Community". community.redhat.com. Dicapai pada 10 September 2019.
  4. ^ "Frequently Asked Questions about CentOS in general: 1. What is CentOS Linux? ". centos.org. 12 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2019. Dicapai pada 2 November 2014.
  5. ^ Karanbir Singh (7 Januari 2014). "CentOS Project joins forces with Red Hat". centos.org. Dicapai pada 8 Januari 2014.
  6. ^ "CentOS Governance". centos.org. 2014. Dicapai pada 8 Januari 2014.
  7. ^ a b c d e Singh, Karanbir (19 Disember 2015). " [CentOS-announce] Release for CentOS AltArch 7 (1511)". Dicapai pada 24 Disember 2015.
  8. ^ a b Perrin, Jim (4 Ogos 2015). " [CentOS-announce] Release for CentOS 7 on AArch64". Dicapai pada 1 November 2015.
  9. ^ "The killing of CentOS Linux: 'The CentOS board doesn't get to decide what Red Hat engineering teams do' ". The Register. 26 Januari 2021. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  10. ^ "CentOS Linux is dead—and Red Hat says Stream is "not a replacement" ". 10 Disember 2020.
  11. ^ Vaughan-Nichols, Steven J. "CentOS Linux 8 is about to die. What do you do next? ". ZDNet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2021.
  12. ^ Anderson, Tim (10 Disember 2020). "Rocky Linux is go: CentOS founder's new project aims to be 100% compatible with Red Hat Enterprise Linux ". The Register. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  13. ^ Layton, Jeffrey (5 Februari 2009). "Caos NSA and Perceus: All-in-one Cluster Software Stack". Linux Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2015. Dicapai pada 7 Ogos 2014.
  14. ^ "Retirement of TaoLinux". centos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2013. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  15. ^ Salter, Jim (10 Disember 2020). "CentOS Linux is dead—and Red Hat says Stream is "not a replacement" ". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2024. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  16. ^ Metz, Cade (2 Ogos 2009). "CentOS back from brink of death". ComputerWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2024. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  17. ^ Perlow, Jason. "CentOS: Getting Their S#!t Together is a Top Priority". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2016. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  18. ^ Vaughan-Nichols, Steven (26 Julai 2010). "The most popular Linux for Web servers is ...". ComputerWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2023. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  19. ^ "Debian is now the most popular Linux distribution on web servers". w3techs.com.
  20. ^ Lardinois, Frederic (12 Julai 2023). "Why SUSE is forking Red Hat Enterprise Linux". Tech Crunch. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  21. ^ "Red Hat and the CentOS Project Join Forces to Speed Open Source Innovation" (Siaran akhbar). Red Hat. 7 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2014. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  22. ^ "CentOS Project ending support for CentOS 8 at the end of 2021.". blog.centos.org. 8 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2020.
  23. ^ Vizard, Mike (21 Disember 2020). "CentOS Rebellion Against Red Hat Gains Momentum". Techstrong Group, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2021. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  24. ^ "CloudLinux Commits More Than $1 Million a Year to CentOS Replacement" (Siaran akhbar). Business Wire. 15 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2021. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  25. ^ Green, Joe (2 Februari 2024). "Jumping ship from CentOS v.7 before June 2024". TechHQ. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  26. ^ Hendricks, Eric (11 Julai 2023). "CentOS Linux is going End of Life, What does that mean for me?". Red Hat. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2024. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  27. ^ Vaughan-Nichols, Steven (10 Disember 2021). "CentOS Linux 8 is about to die. What do you do next?". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2022. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  28. ^ "What is the versioning/release scheme of CentOS and how does it compare to the upstream vendor?". centos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2019. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  29. ^ "Red Hat Enterprise Linux > AS/ES/WS Basics ". Red Hat. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Mei 2014.
  30. ^ "Red Hat Enterprise Linux Life Cycle". Red Hat. Dicapai pada 9 November 2013.
  31. ^ CentOS team (22 September 2012). "CentOS Wiki Frontpage". Dicapai pada 31 Ogos 2016.
  32. ^ CentOS team. "CentOS-4 i386 and x86_64 End of Life (EOL) ".
  33. ^ a b "CentOS Product Specifications: End of Lifetime (EOL) Dates". centos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2016. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  34. ^ a b "Red Hat Enterprise Linux Life Cycle: Life Cycle Dates". Red Hat. Dicapai pada 9 November 2013.
  35. ^ a b c d e "FAQ/General". CentOS Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2023. Dicapai pada 2020-06-02.
  36. ^ "CentOS Project shifts focus to CentOS Stream". centos.org.
  37. ^ a b "Red Hat Enterprise Linux Errata Support Policy". Red Hat. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  38. ^ Lance Davis (19 Mac 2004). "CentOS 3.1 has now been released". centos.org. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  39. ^ Lance Davis (10 Jun 2005). " [CentOS-announce] CentOS 3.5 i386 is released ". centos.org.
  40. ^ Lance Davis (1 November 2005). " [CentOS-announce] CentOS 3.6 is released. ". centos.org.
  41. ^ Lance Davis (10 April 2006). " [CentOS-announce] CentOS 3.7 is released ". centos.org.
  42. ^ Johnny Hughes (25 Ogos 2006). " [CentOS-announce] Subject: CentOS 3.8 is released for i386 and x86_64 ". centos.org.
  43. ^ "CentOS 3.9 is released for i386 and x86_64 ". centos.org. 26 Julai 2007. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  44. ^ "Distribution Release: CentOS 4 ". DistroWatch.com. 9 Mac 2005.
  45. ^ "Distribution Release: Red Hat Enterprise Linux 4 ". DistroWatch.com. 14 Februari 2005.
  46. ^ Johnny Hughes (12 Jun 2005). " [CentOS-announce] CentOS 4 i386 - CentOS 4.1 i386 is available ". centos.org.
  47. ^ Johnny Hughes (13 Oktober 2005). " [CentOS-announce] CentOS-4.2 is Released for i386, x86_64, IA-64, s390, s390x and alpha architectures". centos.org.
  48. ^ Johnny Hughes (21 Mac 2006). " [CentOS-announce] CentOS 4.3 is Released for i386, x86_64, and IA-64 ". centos.org.
  49. ^ Johnny Hughes (30 Ogos 2006). " [CentOS-announce] CentOS 4.4 is released for i386 and x86_64 ". centos.org.
  50. ^ Johnny Hughes (17 Mei 2007). " [CentOS-announce] CentOS 4.5 is released for i386, x86_64, and IA-64 ". centos.org.
  51. ^ "Distribution Release: CentOS 4.6 ". DistroWatch.com. 16 Disember 2007. Dicapai pada 10 November 2008.
  52. ^ "Distribution Release: Red Hat Enterprise Linux 4.6 ". DistroWatch.com. 16 November 2007. Dicapai pada 10 November 2008.
  53. ^ Johnny Hughes (13 September 2008). "CentOS 4.7 is released for i386 and x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 14 September 2008.
  54. ^ "Red Hat Enterprise Linux 4.7 GA Announcement ". Red Hat. 24 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2012. Dicapai pada 14 September 2008.
  55. ^ Johnny Hughes (21 Ogos 2009). "CentOS 4 i386 and x86_64 release of CentOS-4.8". centos.org.
  56. ^ "Red Hat Enterprise Linux 4.8 GA Announcement ". Red Hat. 18 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2011. Dicapai pada 12 Mac 2010.
  57. ^ Johnny Hughes (2 Mac 2011). "CentOS 4 i386 and x86_64 release of CentOS-4.9 ". centos.org.
  58. ^ "Red Hat Enterprise Linux 4.9 GA Announcement". Red Hat. 16 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2011. Dicapai pada 3 Mac 2011.
  59. ^ Karanbir Singh (12 April 2007). "Release for CentOS-5 i386 and x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  60. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5 Now Available". Red Hat. 15 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2012. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  61. ^ Karanbir Singh (2 Disember 2007). "Release for CentOS-5.1 i386 and x86_64". centos.org. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  62. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.1 General Availability Announcement". Red Hat. 7 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2012. Dicapai pada 1 Jun 2008.
  63. ^ Karanbir Singh (24 Jun 2008). "Release for CentOS-5.2 i386 and x86_64". centos.org. Dicapai pada 3 Februari 2009.
  64. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.2 General Availability Announcement". Red Hat. 21 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2012. Dicapai pada 22 Januari 2009.
  65. ^ Karanbir Singh (1 April 2009). "Release for CentOS-5.3 i386 and x86_64". centos.org. Dicapai pada 1 April 2009.
  66. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.3 General Availability Announcement". Red Hat. 20 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2012. Dicapai pada 22 Januari 2009.
  67. ^ Singh, Karanbir (21 Oktober 2009). " [CentOS-announce] Release for CentOS-5.4 i386 and x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 24 Oktober 2009.
  68. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.4 GA Announcement". Red Hat. 2 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2012. Dicapai pada 22 September 2009.
  69. ^ Singh, Karanbir (14 Mei 2010). " [CentOS-announce] Release for CentOS-5.5 i386 and x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 15 Mei 2010.
  70. ^ Red Hat Enterprise Linux 5 (Tikanga) announcement mailing-list (31 Mac 2010). " [rhelv5-announce] Red Hat Enterprise Linux 5.5 GA Announcement ". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2011. Dicapai pada 15 Mei 2010.
  71. ^ "Release for CentOS-5.6 i386 and x86_64". centos.org. 8 April 2011. Dicapai pada 8 April 2011.
  72. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5: 5.6 Release Notes". Dicapai pada 21 Mei 2014.
  73. ^ "Release for CentOS-5.7 i386 and x86_64". centos.org. 13 September 2011. Dicapai pada 13 September 2011.
  74. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.7 Release Notes". 21 Julai 2011. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  75. ^ "Release for CentOS-5.8 i386 and x86_64". centos.org. 7 Mac 2012. Dicapai pada 8 Mac 2012.
  76. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.8 Release Notes". 21 Februari 2012. Dicapai pada 21 Februari 2012.
  77. ^ "Release for CentOS-5.9 i386 and x86_64". centos.org. 17 Januari 2013. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  78. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.9 Release Notes". 7 Januari 2013. Dicapai pada 7 Januari 2013.
  79. ^ "Release for CentOS-5.10 i386 and x86_64". centos.org. 19 Oktober 2013. Dicapai pada 19 Oktober 2013.
  80. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.10 Release Notes". 30 September 2013. Dicapai pada 1 Oktober 2013.
  81. ^ "Release for CentOS-5.11 i386 and x86_64". centos.org. 30 September 2014. Dicapai pada 30 September 2014.
  82. ^ "Red Hat Enterprise Linux 5.11 Release Notes". 16 September 2014. Dicapai pada 16 September 2014.
  83. ^ "CentOS 6 review | LinuxBSDos.com". linuxbsdos.com. 11 Ogos 2011.
  84. ^ "Release for CentOS-6.0 i386 and x86_64". centos.org. 10 Julai 2011. Dicapai pada 10 Julai 2011.
  85. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6 Now Available". Red Hat. 10 November 2010. Dicapai pada 10 November 2010.
  86. ^ "Release for CentOS-6.1 i386 and x86_64". centos.org. 9 Disember 2011. Dicapai pada 9 Disember 2011.
  87. ^ "Red Hat Delivers Red Hat Enterprise Linux 6.1". Red Hat. 19 Mei 2011. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  88. ^ "Release for CentOS-6.2 i386 and x86_64". centos.org. 20 Disember 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
  89. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.2 Release Notes". Red Hat. 6 Disember 2011. Dicapai pada 6 Disember 2011.
  90. ^ Pandang pertama untuk CentOS 6.3, DistroWatch terbitan mingguan.
  91. ^ "Release for CentOS-6.3 i386 and x86_64". centos.org. 9 Julai 2012. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  92. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.3 Release Notes". Red Hat. 21 Jun 2012. Dicapai pada 21 Jun 2012.
  93. ^ "Release for CentOS-6.4 i386 and x86_64". centos.org. 8 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mac 2013.
  94. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.4 Release Notes". Red Hat. 21 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  95. ^ "Release for CentOS-6.5 i386 and x86_64". centos.org. 1 Disember 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  96. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.5 Release Notes". Red Hat. 21 November 2013. Dicapai pada 21 November 2013.
  97. ^ " [CentOS-announce] Release for CentOS-6.6 i386 and x86_64". centos.org. 28 Oktober 2014. Dicapai pada 28 Oktober 2014.
  98. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.6 Release Notes". Red Hat. 14 Oktober 2014. Dicapai pada 14 Oktober 2014.
  99. ^ "Release for CentOS Linux 6.7 i386 and x86_64". centos.org. 7 Ogos 2015. Dicapai pada 7 Ogos 2015.
  100. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.7 Release Notes". Red Hat. 22 Julai 2015. Dicapai pada 22 Julai 2015.
  101. ^ "Release for CentOS Linux 6.8 i386 and x86_64". centos.org. 25 Mei 2016. Dicapai pada 25 Mei 2016.
  102. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.8 Release Notes". Red Hat. 10 Mei 2016. Dicapai pada 14 Mei 2016.
  103. ^ a b c d e f g h i j k l "Red Hat Enterprise Linux Release Dates". Red Hat.
  104. ^ "Release for CentOS Linux 6.9 i386 and x86_64 ". centos.org. 5 April 2017. Dicapai pada 5 April 2017.
  105. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.9 Release Notes". Red Hat. 21 Mac 2017. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  106. ^ "DistroWatch.com: Put the fun back into computing. Use Linux, BSD.". distrowatch.com.
  107. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.10 Release Notes". Red Hat.
  108. ^ "Release for CentOS Linux 6.10 i386 and x86_64". centos.org. 3 Julai 2018. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  109. ^ "Red Hat Enterprise Linux 6.10 Release Notes". Red Hat. 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  110. ^ "Looking in on CentOS 7". lwn.net.
  111. ^ "Are 32-bit applications supported in RHEL 7? - Red Hat Customer Portal". Red Hat. 17 Disember 2013. Dicapai pada 20 Jun 2014.
  112. ^ Karanbir Singh (7 Julai 2014). " [CentOS-announce] Release for CentOS-7 on x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  113. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7 Release Notes". Red Hat. 10 Jun 2014. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  114. ^ Karanbir Singh (31 Mac 2015). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1503) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 31 Mac 2015.
  115. ^ Karanbir Singh (1 April 2015). " [CentOS-announce] Update to Release for CentOS Linux 7 (1503) ". centos.org. Dicapai pada 1 April 2015.
  116. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.1 Release Notes ". Red Hat. 5 Mac 2015. Dicapai pada 5 Mac 2015.
  117. ^ Karanbir Singh (14 Disember 2015). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1511) on x86_64 ". centos.org. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  118. ^ Karanbir Singh (14 Disember 2015). " [CentOS-announce] Update to Release for CentOS Linux 7 (1511)". centos.org. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  119. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.2 Release Notes". Red Hat. 19 November 2015. Dicapai pada 19 November 2015.
  120. ^ Karanbir Singh (12 Disember 2016). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1611) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 12 Disember 2016.
  121. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.3 Release Notes". Red Hat. 3 November 2016. Dicapai pada 3 November 2016.
  122. ^ Karanbir Singh (13 September 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1708) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 13 September 2017.
  123. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.4 Release Notes". Red Hat. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 12 September 2017.
  124. ^ a b c d e Karanbir Singh (10 Mei 2018). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1804) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  125. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.5 Release Notes". Red Hat. 10 April 2018. Dicapai pada 10 April 2018.
  126. ^ Johnny Hughes (3 Disember 2018). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1810) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  127. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.6 Release Notes". Red Hat. 30 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  128. ^ Johnny Hughes (17 September 2019). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1908) on x86_64". centos.org. Dicapai pada 17 September 2019.
  129. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.7 Release Notes". Red Hat. 6 Ogos 2019. Dicapai pada 6 Ogos 2019.
  130. ^ Johnny Hughes (27 April 2020). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (2003) on the x86_64 Architecture". centos.org. Dicapai pada 27 April 2020.
  131. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.8 Release Notes". Red Hat. 30 Mac 2020. Dicapai pada 4 April 2020.
  132. ^ Johnny Hughes (12 November 2020). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (2009) on the x86_64 Architecture". centos.org. Dicapai pada 12 November 2020.
  133. ^ "Red Hat Enterprise Linux 7.9 Release Notes". Red Hat. 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020.
  134. ^ Karanbir Singh (24 September 2019). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 8 and CentOS Streams". centos.org. Dicapai pada 26 September 2019.
  135. ^ "Release notes for Red Hat Enterprise Linux 8.0". Red Hat. 7 Mei 2019. Dicapai pada 26 September 2019.
  136. ^ Brian Stinson (15 Januari 2020). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 8 and CentOS Streams". centos.org. Dicapai pada 15 Januari 2020.
  137. ^ "Release notes for Red Hat Enterprise Linux 8.1". Red Hat. 5 November 2019. Dicapai pada 15 Januari 2020.
  138. ^ Brian Stinson (15 Jun 2020). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 8 (2004)". centos.org. Dicapai pada 15 Jun 2020.
  139. ^ "Release notes for Red Hat Enterprise Linux 8.2". Red Hat. 28 April 2020. Dicapai pada 28 April 2020.
  140. ^ Brian Stinson (7 Disember 2020). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 8 (2011)". centos.org. Dicapai pada 7 Disember 2020.
  141. ^ "Release notes for Red Hat Enterprise Linux 8.3". Red Hat. 3 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  142. ^ Rich Bowen (3 Jun 2021). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 8 (2105)". centos.org. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  143. ^ "Release notes for Red Hat Enterprise Linux 8.4". Red Hat. 18 Mei 2021. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  144. ^ Hughes, Johnny (12 Oktober 2015). " [CentOS-announce] CentOS Linux 7 for 32-bit x86 (i386) Architecture". Dicapai pada 1 November 2015.
  145. ^ Arrotin, Fabian (13 September 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1708) on armhfp". Dicapai pada 17 Januari 2018.
  146. ^ O'Connor, James (14 September 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1708) on ppc64le". Dicapai pada 17 Januari 2018.
  147. ^ O'Connor, James (14 September 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1708) on ppc64". Dicapai pada 17 Januari 2018.
  148. ^ Perrin, Jim (13 September 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS 7.4.1708 for AArch64/ARM64". Dicapai pada 17 Januari 2018.
  149. ^ Hughes, Johnny (12 Oktober 2017). " [CentOS-announce] Release for CentOS AltArch 7 (1708) on i386 Architecture". Dicapai pada 17 Januari 2018.
  150. ^ Arrotin, Fabian (10 Mei 2018). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1804) on armhfp". Dicapai pada 13 Mei 2018.
  151. ^ Arrotin, Fabian (3 Disember 2018). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1810) on armhfp". Dicapai pada 12 Februari 2019.
  152. ^ a b c d Arrotin, Fabian (3 Disember 2018). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1810) on aarch64 i386 ppc64le and power9". Dicapai pada 12 Februari 2019.
  153. ^ a b c d e f Greco, Pablo (17 September 2019). " [CentOS-announce] Release for CentOS Linux 7 (1810) on armhfp aarch64 i386 ppc64 ppc64le and power9". Dicapai pada 17 September 2019.
  154. ^ "About/Product - CentOS Wiki". CentOS Wiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2016. Dicapai pada 18 April 2013.
  155. ^ Singh, Karanbir (26 Mac 2014). "The ARM plan for CentOS". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 27 November 2014.
  156. ^ " [CentOS-announce] Updated AMI's for Amazon EC2 are now available". centos.org. 21 Jun 2013. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  157. ^ "Software Management Concepts: About Repositories (CentOS 5 manual)". centos.org. 24 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2014. Dicapai pada 16 Disember 2014.
  158. ^ Johnny Hughes (6 April 2006). "CentOS FastTrack repository". lists.centos.org. Dicapai pada 8 Oktober 2013.
  159. ^ "Available Repositories for CentOS". centos.org. Dicapai pada 8 Oktober 2013.
  160. ^ "Red Hat Network (RHN) FasTrack". Red Hat. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2015. Dicapai pada 16 Disember 2014.
  161. ^ "The Continuous Release (CR) Repository". centos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 8 Oktober 2013.