Choong Shiau Yoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat

Steven Choong Shiau Yoon

AP
锺少云
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tebrau, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKhoo Soo Seang (MCA-BN)
Digantikan olehJimmy Puah Wee Tse
Majoriti37,225 (2018)
Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
Tebrau
Dalam jawatan
2014–2021
Didahului olehSelva Kumaran
Dalam jawatan
2012–2013
CabangAyer Hitam, Johor
Didahului olehJawatan diciptakan semula
Digantikan olehWillham Siau
Butiran peribadi
Lahir (1957-12-07) 7 Disember 1957 (umur 66)
Beruas, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
(2007–2021)
Bebas
(2021-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (PN)
(penyokong) (2021-kini)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2021)
Pakatan Rakyat (PR)
(2007–2015)
Alma materUniversiti Brunel London
PekerjaanAhli politik
Akauntan
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional鍾少雲
Tulisan Cina Ringkas锺少云
Hanyu PinyinZhōng Shǎoyún
Choong Shiau Yoon di Facebook

Steven Choong Shiau Yoon (Cina Ringkas: 锺少云; Cina Tradisional: 鍾少雲; lahir 7 Disember 1957) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah menjadi Anggota Parlimen (AP) Tebrau di Johor sejak Mei 2018. Pada masa ini, beliau ialah ahli Parlimen bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN). Sebelum itu, beliau ialah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen bagi gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).

Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]

Choong mempunyai pengalaman luas sebagai akauntan, juruaudit, ejen cukai dan perunding perniagaan.[1] Beliau adalah rakan kongsi CSY & Associates PLT di samping pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif CSY Tax Services Sdn. Bhd. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas Country View Bhd sejak 27 Mac 2002.[2] Beliau juga merupakan pengerusi Institut Akauntan Malaysia, ahli berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia dan ahli Association of Chartered Certified Accountants.[3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Choong mula menyertai dunia politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada usia 50 tahun pada 2007.[4] Beliau pernah menjadi ketua bahagian Tebrau dan Ayer Hitam serta Timbalan Setiausaha Agung PKR.[5] Beliau membuat penampilan sulung dalam pilihan raya umum (PRU) dengan bertanding di kerusi Tebrau pada PRU 2013 tetapi tewas dengan majoriti 1,767 undi kepada calon Persatuan Cina Malaysia (MCA). Pada pilihan raya 2018, beliau bertanding di Tebrau sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan tiga penjuru lalu menang dengan mengalahkan calon dari MCA dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada 28 Februari 2021, beliau dipecat PKR lalu menjadi AP bebas yang menyokong gabungan pemerintah, Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersama dengan Larry Sng (AP Julau, Sarawak).[6] Katanya, beliau berkeputusan untuk menyokong Muhyiddin kerana beliau dikatakan memberi ruang kepadanya untuk bertemu dengan pihak-pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyatnya sejak sekian lama.[7] Sungguhpun begitu, tindakannya menimbulkan kemarahan daripada pihak pusat PKR yang menggelar perbuatannya sebagai "pengkhianatan kepada pengundi" dan melantik seorang peguam untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripadanya.[8][9]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: P158 Tebrau, Johor.[10][11][12][13]
Tahun Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2013 Choong Shiau Yoon (PKR) 38,218 48.87% Khoo Soo Seang (MCA) 39,985 51.13% 79,835 1,767 88.23%
2018 Choong Shiau Yoon (PKR) 64,535 62.09% Hou Kok Chung (MCA) 27,310 26.27% 105,420 37,225 85.68%
Abdullah Husin (PAS) 12,098 11.64%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tebrau MP says PM understands his need to solve issues faced by the people". The Star Online. 28 February 2021. Dicapai pada 28 February 2021.
  2. ^ "Board of Directors: Profile of Directors: Choong Shiau Yoon". Country View Bhd. Dicapai pada 7 March 2021.
  3. ^ "Shiau Yoon Choong – Chartered Member at Institute of Internal Auditors Malaysia". Relationship Science. Dicapai pada 7 March 2021.
  4. ^ "Choong Shiau Yoon @ Steven Choong". PRU Di Sinar. Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  5. ^ "锺少云Steven Choong Shiau Yoon". www.enanyang.my (dalam bahasa Cina). e南洋商报Nanyang Siang Pau. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2018. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  6. ^ "Muhyiddin confirms won over PKR's Julau, Tebrau MPs". Malay Mail. 28 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  7. ^ "锺少云:为民生选择支持慕尤丁". Oriental Daily News (Malaysia) (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-03-01.
  8. ^ "钟少云退党挺国盟太可恶!柔州蓝眼促地不佬选民惩罚叛徒" (dalam bahasa Cina). Cincai News. 2021-02-28.
  9. ^ "蓝眼发律师信 命锺少云赔千万". China Press (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  10. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2018. Hanya daripada PRU pada 2004.
  11. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  12. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  13. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.