Daerah Keningau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keningau
Daerah Keningau
Pejabat Majlis Daerah Keningau
Pejabat Majlis Daerah Keningau
Lokasi Keningau
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Pusat pentadbiranKeningau
Pentadbiran
 • Pegawai daerahPeter Jonu Moinjin
Keluasan
 • Jumlah3,533 km2 (1,364 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah150,927
 • Kepadatan43/km2 (110/batu persegi)
Laman sesawangpdkeningau.sabah.gov.my

Keningau merupakan sebuah daerah di bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Daerah Keningau terletak di bahagian pedalaman atas di barat Sabah. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Keningau, dan beberapa pekan lain termasuklah Tulid, Sook, Liawan dan Bingkor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Keningau telah ditubuhkan sejak tahun 1915 ketika di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Keningau juga menjadi antara kawasan pemerintahan tentera Jepun di Sabah semasa zaman pendudukan Jepun.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Keningau terletak di utara bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah dan berkeluasan 3,533 kilometer persegi. Daerah Keningau bersempadan dengan daerah Tenom di barat, Papar di barat laut, Tambunan di utara, Ranau di timur laut, Tongod di timur dan Nabawan di selatan.

Daerah Keningau terletak di kawasan lembah antara banjaran Crocker dan banjaran Trusmadi. Bentuk muka bumi di Keningau kebanyakannya merupakan tanah tinggi berbukit dan diapit banjaran gunung terutamanya di bahagian utara daerah. Ketinggian maksimum mencapai lebih 2000 kilometer dari aras laut di bahagian timur laut daerah yang bersempadan dengan Tambunan dan Tongod.[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Keningau ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Keningau. Daerah Keningau juga dibahagikan kepada sebuah daerah kecil dan 16 mukim yang dipecahkan mengikut kawasan DUN.

Kawasan negeri Mukim Bilangan kampung
Bingkor Apin-Apin 14
Bingkor 9
Merampong 12
Tuarid Taud 10
Tuntumulud 11
Liawan Kali 13
Lingkudau 12
Luagan 13
Patikang 11
Senagang 14
Jumlah 119

Daerah kecil Sook[sunting | sunting sumber]

Kawasan negeri Mukim Bilangan kampung
Sook Ansip 14
Dalit 25
Sook 20
Tulid Lanas 15
Seberang 23
Tulid 32
Jumlah 129

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199188,456—    
2000145,984+65.0%
2010173,103+18.6%
2020150,927−12.8%
Sumber: [1]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Keningau ialah seramai 150,927 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Keningau beretnik Kadazan-Dusun, seramai 133,604 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa dan etnik pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa/etnik DUN Jumlah
Bingkor Liawan Tulid Sook
Warganegara Kadazan-Dusun 26,088 22,985 14,398 10,982 74,453
Murut 3,920 6,928 2,401 12,471 25,720
Bumiputera lain 2,425 7,562 1,106 1,741 12,834
Cina 1,199 5,454 185 498 7,336
Bajau 1,608 3,357 547 675 6,187
Melayu 1,191 3,008 224 447 4,870
India 24 103 6 14 147
Lain-lain 278 771 40 168 1,257
Bukan warganegara - 1,566 9,408 1,008 6,315 18,297
Jumlah 38,299 59,576 19,915 33,311 151,101

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Keningau, lebih separuh penduduk atau 53 peratus penduduk beragama Kristian manakala Islam merupakan agama kedua terbesar dengan 43 peratus penduduk menganutinya. Empat peratus penduduk beragama Buddha dan selebihnya menganut agama lain-lain termasuk Hindu. Lebih 200 penduduk tidak beragama[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ "PEJABAT DAERAH KENINGAU". pdkeningau.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-03-11.
  3. ^ "Keningau topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.