Dewan Kosmik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Kosmik
EditorPadilah Ali (Ketua Editor),
Abd. Razak Abu Bakar (Editor Kanan),
Norizan Muslim (Timbalan Editor)
KategoriPenyelidikan dan pembangunan manusia dan alam sekitar, teknologi pendidikan, telekomunikasi, elektronik, farmasi, kejuruteraan, perubatan, agama dan sains, utusan WWF, komputer
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaJanuari 1993
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webdwnkosmik.dbp.my

Dewan Kosmik merupakan satu-satunya majalah sains dan teknologi berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1993. Di samping itu, reka bentuk, percetakan, langganan, promosi dan pengedaran dijalankan oleh Dawama Sdn. Bhd.. Majalah ini sesuai dibaca untuk semua golongan bermula daripada ahli profesional, penyelidik, mahasiswa eksekutif industri, guru, guru besar, guru pelatih, pelajar sekolah menengah dan sesiapa sahaja yang meminati bidang sains dan teknologi.[1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini mempunyai pelbagai ruangan yang membincangkan isu antaranya tentang kejuruteraan, teknologi, geologi, perubatan, psikologi, astronomi, biologi, farmasi, teknologi filem, teknologi maklumat, botani, fiksyen sains dan lain-lain.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Dewan Kosmik merupakan sebuah majalah padat yang mempunyai jilid dengan saiz 25.5 sentimeter X 20 sentimeter. Majalah Dewan Kosmik mempunyai jumlah halaman setebal 68 muka surat. Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia : RM 6.00
  • Sabah/Sarawak : RM 6.50
  • Singapura : S$ 6.00
  • Brunei Darussalam : B$ 6.00

Sidang redaksi[sunting | sunting sumber]

  • Azmi Ibrahim (Ketua Editor)
  • Mohd. Salahuddin Mohamed (Editor Kanan)
  • Mohd Syukri Anwar (Editor)
  • Mohd. Asri Muhammad (Penolong Editor)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-06-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]