Dolla Make You Wanna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Dolla Make You Wanna"
Single oleh Dolla
daripada album Dolla: Mini Album
Dilancarkan pada20 Mac 2020
Format
Genre
Panjang
  • 2:46 (single)
  • 2:59 (muzik video)
Syarikat
Penulis
  • Zamaera
  • Bryan B
  • Shou Raion
  • Luca Sickta
PenerbitBryan B
Kronologi single Dolla
"Dolla Make You Wanna" ""Impikan"/"Watch Me Glow"
(2020)"
"Dolla Make You Wanna" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Dolla Make You Wanna" (atau secara ringkas "Make You Wanna") ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan gadis Malaysia, Dolla.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Bryan B, Shou Raion, Zamaera dan Luca Sickta dan dikeluarkan sebagai single sulung mereka pada 20 Mac 2020 oleh Lion Music Group dan Universal Music Malaysia.[3] Lagu ini dimuatkan dalam EP sulung mereka, Dolla: Mini Album (2022).[4]

Komposisi

Berdurasi selama 2 minit dan 46 saat, "Dolla Make You Wanna" ialah sebuah lagu yang bergenre muzik tarian elektronik (EDM) digubah oleh Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta. Menurut Dolla, "Dolla Make You Wanna" ialah sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi mengenai keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita. Mesej yang ingin disampaikan oleh mereka ialah bagaimana keyakinan diri dan kekuatan seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.[5][6]

Menurut Dolla dalam satu temuramah:

"Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak.".[7]

Muzik video

Muzik video rasmi untuk "Dolla Make You Wanna" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 19 Mac 2020 dan ia sempat dirakamkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[8] Sejak pelancaran rasmi, muzik video ini telah meraih sebanyak 1 juta tontonan di YouTube.[9] Namun tidak lama selepas muzik video ini dikeluarkan, Dolla telah dikritik oleh warganet kerana penampilan seksi dan ghairah mereka. Namun, Dolla memilih tidak ambil pusing tentang kritikan warganet terhadap penampilan mereka dalam muzik video itu. Menurut mereka, ia bukan sengaja dicipta sejak bergelar artis rakaman, namun mengakui mereka memang dengan cara sedemikian.[10]

Di belakang tabir muzik video "Dolla Make You Wanna" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 10 April 2020.[11]

Persembahan secara langsung

Bagi mempromosikan "Dolla Make You Wanna", Dolla mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada 1 Julai 2020,[12] MPop di TV9 pada 15 Julai 2020[13] dan dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 22 September 2020.[14]

Tenaga kerja

Kredit diperoleh daripada di belakang tabir muzik video.[11]

Lagu
  • Dolla - vokal
  • Bryan B - komposer, penerbit
  • Lion Music Group - syarikat penerbitan
  • Kenny Ong & Universal Music - penerbit eksekutif
  • Sharifah Zamaera, Bryan B, Shou Raion, Luca Sickta - penulis lirik
  • Nico Essig - pengadun
  • Kevin Tuff @ Alchemy Mastering UK - mastering
Muzik video
  • Lily Samsuddin - penerbit, penggaya
  • Hasif Hamid - pengarah,
  • Ghazi Maslan - pengarah fotografi, penyunting
  • Ah Yep - Gaffer
  • Syed Aswad - pengarah seni
  • Ezra Tham - koreografer
  • Abu Samsuddin - pengurus penerbitan
  • Izzuddin Hatta - pembantu kamera 1
  • Azrul Amry - pembantu kamera 2
  • Qimy Omar - pembantu set
  • Jack Lam Jie En - kru pencahayaan
  • Cheah Wai Kang - kru pencahayaan
  • Cho Chun Kit - kru pencahayaan
  • Kazuo Katsu - fotografi belakang tabir
  • Khairul Haziq - fotografi belakang tabir
  • Amir Azmi - pembantu penggaya
  • Toni & Guy Troika - pendandan rambut
  • Natassia Syamin - jurusolek
  • Juliana Nazar - jurusolek
  • Jack & Ivy - solekan kuku
  • Lightcraft - lokasi
  • Maglifestyle - pereka

Format dan senarai runut

Muat turun digital[15]
  1. "Dolla Make You Wanna" – 2:46

Sejarah keluaran

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 20 Mac 2020 Muat turun digital[15]
Penstriman digital[16]
Lion Music Group
Universal Music Malaysia

Rujukan

  1. ^ Mya Amri (20 Mac 2020). "Dolla, berbakat persis kumpulan K-Pop". Astro Gempak. Dicapai pada 14 November 2020.
  2. ^ Najiy Jefri (24 Mac 2020). "Ajak pendengar 'bergoyang'". Harian Metro. Dicapai pada 14 November 2020.
  3. ^ "Dolla tekad takluk industri seni, muncul single Dolla Make You Wanna". Kopiplanet. 20 Mac 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  4. ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  5. ^ Aida (22 Mac 2020). "Dolla ketengah muzik berbeza". The News Malaysia. Dicapai pada 14 November 2020.
  6. ^ Budiey (20 Mac 2020). "Mesej semangat yakin diri wanita dalam Make You Wanna, single pertama Dolla". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 November 2020.
  7. ^ ""Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini" - Empat gadis cantik gelarkan diri mereka Dolla, pertaruh single pertama". Media Hiburan. 22 Mac 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  8. ^ Khai Azfar (20 Oktober 2020). "Digelar BLACKPINK Malaysia, Dolla dedah sejarah penubuhan kumpulan". Murai.my. Dicapai pada 14 November 2020.
  9. ^ Amirul Asraf (22 Julai 2020). "Made in Malaysia! MV Dolla Make You Wanna raih lebih 1 juta tontonan". Rotikaya. Dicapai pada 14 November 2020.
  10. ^ Fiza Kamarudin (5 Oktober 2020). ""Memang itu kami" - Dolla tak kisah imej seksi dalam video muzik Make You Wanna dikecam netizen". Astro Gempak. Dicapai pada 14 November 2020.
  11. ^ a b "Dolla Make You Wanna: Behind The Scenes". Universal Music Malaysia. 10 April 2020. Dicapai pada 14 November 2020 – melalui YouTube.
  12. ^ "Artis Jemputan: Dolla - Wanita Hari Ini, 1 Julai 2020". TV3. 1 Julai 2020. Dicapai pada 14 November 2020 – melalui YouTube.
  13. ^ "MPop!: Dolla - Dolla Make You Wanna (Live Performance)". TV3. 15 Julai 2020. Dicapai pada 14 November 2020 – melalui YouTube.
  14. ^ "DOLLA - Dolla Make You Wanna: Persembahan Live MeleTOP". MeleTOP. 23 September 2020. Dicapai pada 14 November 2020 – melalui YouTube.
  15. ^ a b "Dolla Make You Wanna by Dolla on Apple Music". iTunes (MY). 20 Mac 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  16. ^ "Dolla Make You Wanna, a song by Dolla". Spotify. 20 Mac 2020. Dicapai pada 14 November 2020.

Pautan luar