Fenomena (album Search)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fenomena
Album studio oleh
Search
Dilancarkan padaFebruari 1989 (Kaset)
1990 (Cakera Padat)
GenreHard rock, Heavy metal, Pop rock, Rock kapak
SyarikatGo-Search
PMC/BMG Pacific (edaran)
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Mentari Merah Di Ufuk Timur
(1987)
Fenomena
(1989)
Karisma
(1990)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fenomena ialah album studio keempat kumpulan Search yang dikeluarkan pada tahun 1989. Album Fenomena juga merupakan album pertama Search yang diterbitkan di bawah label mereka sendiri, Go-Search Sdn. Bhd. dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman PMC (kemudiannya BMG Pacific) sebagai pengedar album. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.

Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya. Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.

Penghasilan Album[sunting | sunting sumber]

Selepas konflik yang berlaku antara kumpulan Search dan Polygram berakhir, Search telah menubuhkan syarikat produksi mereka sendiri iaitu Go-Search dan bekerjasama dengan syarikat rakaman antarabangsa iaitu PMC (kemudiannya BMG Pacific) untuk mengedarkan album-album mereka. Dengan itu, mereka telah merangka strategi untuk menghasilkan album studio keempat iaitu Fenomena yang juga album pertama di bawah produksi mereka sendiri. Pada ketika itu, Search terdiri daripada Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar irama), Nasir (bass) dan Yazit (dram).

Namun setelah menyiapkan 7 daripada 10 buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album Fenomena, Hillary Ang telah meninggalkan Search disebabkan karier solonya yang agak padat, tambahan pula kerjayanya sebagai residen sessionist di Polygram membataskan aktivitinya bersama Search. Tempat Hillary sebagai gitaris utama Search telah digantikan oleh adik kepada Din iaitu Kid yang sebelum itu popular bersama kumpulan lamanya, Gersang. Kid kemudiannya merakamkan tiga lagu Search yang tergendala akibat ketiadaan Hillary iaitu Purnama, Menara Kesesatan dan lagu paling hit iaitu Isabella.

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

Nota :

  1. Lagu yang ditebalkan - Solo Kid
  2. Lagu yang tidak ditebalkan - Solo Hillary

Versi Kaset (1989)[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Fenomena"UsopM. Nasir4:32
2."Purnama"BobBob5:32
3."Isabella"BobM. Nasir5:08
4."Derap Komando"WanafisuSearch5:12
5."Ku Taklukkan Dunia"Dani M.Dodo Zakaria5:22
6."Menara Kesesatan"SearchSearch6:09
7."Bencana"SisoM. Nasir5:44
8."Pawana"S. Amin ShahabM. Nasir4:13
9."Songsang"UsopBob4:03
10."Gadis Misteri"S. Amin ShahabM. Nasir5:28


Versi Cakera Padat (1990)[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Fenomena"UsopM. Nasir4:32
2."Purnama"BobBob5:32
3."Isabella"BobSearch5:08
4."Derap Komando"WanafisuSearch5:12
5."Ku Taklukkan Dunia"Dani M.Dodo Zakaria5:22
6."Menara Kesesatan"SearchSearch6:09
7."Bencana"SisoM. Nasir5:44
8."Pawana/Songsang"S. Amin Shahab/UsopM. Nasir/Bob8:18
9."Gadis Misteri"S. Amin ShahabM. Nasir5:28
10."Mencari (Instrumental)" (lagu bonus) Nordin Taib4:42
11."Malam" (lagu bonus) M. NasirM. Nasir4:38


Pautan luar[sunting | sunting sumber]