Garam Himalaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Garam Himalaya

Garam Himalaya ialah garam gunung berbentuk kristal (rock salt) yang digali dari perlombongan garam di Khewra, daerah Jhelum di Punjab, Pakistan. Lombong ini merupakan kawasan perlombongan garam tertua dan salah satu yang terbesar di dunia. Ahli geologi mengatakan kawasan perlombongan ini telah terbentuk sejak 800 juta tahun yang lalu. Lombong Garam Khewra menghasilkan 325,000 tan garam setiap tahun, dan dianggarkan sehingga kini telah menghasilkan 220 juta tan sepanjang tempoh pengeluarannya.[1]

Perlombongan[sunting | sunting sumber]

Garam Himalaya diekstrak secara manual mahupun dengan mesin penggali dari gua-gua di pergunungan lombong garam yang berlaku selama ratusan tahun dan tidak melalui banyak proses penyucian sehingga mengandungi zat kimia tambahan secara minima. Sebagaimana garam lain pada umumnya, garam Himalaya juga memiliki kandungan natrium (Na) sebanyak 97-98%. Garam berbentuk batuan kristal ini juga disebut halite. Bentuknya berbeza dengan garam laut kerana berbentuk padatan semasa diekstrak dari perlombongan.

Garam gunung pada asalnya tidak memiliki warna, tetapi kejadian alam mampu menjadikannya memiliki sedikit warna. Halite menjadi berwarna kerana terdapat banyak perihal: mengandungi bahan lain, kotoran, dan ketidaksempurnaan pada butiran kristal garam.[2]

Lombong garam Khewra juga merupakan destinasi pelancongan bagi pelancong yang ingin melihat lokasi lombong dengan bangunan-bangunan menarik lampu bercahaya yang dibuat dari garam kristal, di mana mewujudkan sedikit warna merah jambu yang berasal dari garam Himalaya.

Ciri khas[sunting | sunting sumber]

Garam Himalaya memiliki rupa yang berbeza dengan garam lainnya, iaitu berwarna merah jambu dengan varian penggredan bermula dari putih tulang, merah jambu, hingga kemerahan.[3] Sedikit warna merah jambu pada garam Himalaya ini disebabkan oleh mineral-mineral yang terkandung di dalam kristal garam tersebut, iaitu zat besi, magnesium, potasium, dan kalsium.

Kandungan garam Himalaya[sunting | sunting sumber]

Manfaat dan penggunaan[sunting | sunting sumber]

Garam Himalaya digunakan seperti jenis garam lainnya, iaitu untuk perasa masakan, memasak, menggosok sel kulit mati, campuran air mandi berendam, kadangkala digunakan untuk bahan foto dan makanan, dan lain-lain. Garam Himalaya yang masih berbentuk lempengan juga seringkali digunakan untuk tempat membuat dan menyajikan pelbagai masakan, seperti bisut, piza, mahupun masakan berasaskan haiwam seperti daging panggang, telur, atau ayam. Memasak di atas lempengan garam Himalaya, dipercayai meningkatkan cita rasa dan aroma yang khas, namun untuk penderita sakit jantung atau ginjal, memasak di atas lempengan garam tidak disyorkan kerana akan meningkatkan nisbah kandungan garam dalam masakannya.[4]

Manfaat garam Himalaya tidak berbeza dari garam lainnya yang dilombong di laut ataupun garam dapur.[5] Tingginya harga garam Himalaya di pasaran diyakini berada di tahap kesukaran perlombongannya yang tidak mudah, sehingga sukar didapati.[6]

Meskipun kandungan natrium pada garam Himalaya lebih rendah daripada garam dapur kerana butiran kristalnya lebih besar, namun perbezaannya sangat sedikit dan tidak mencapai jumlah signifikan, sehingga tidak menunjukkan perbezaan manfaat ataupun khasiat khusus berbanding garam lain. Begitupun mineral lain yang terkandung dalam garam Himalaya kepekatannya hanya sedikit apabila dibandingkan dengan kandungan Natriumnya sendiri, sehingga tidak cukup memenuhi angka kecukupan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Jenis garam lain[7][sunting | sunting sumber]

Tidak semua garam mineral boleh dimakan, kerana terdapat yang disebut garam dan memiliki rasa masin namun tidak boleh dimakan, contohnya garam laut mati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://austria-forum.org, Austria-Forum |. "Khewra Salt Mines". Global-Geography (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-27.
  2. ^ Sonnenfeld, Peter (1994). "The color of rock salt". Sedimentary Geology. 94 (3–4): 267–276. doi:https://doi.org/10.1016/0037-0738(94)00093-A Check |doi= value (bantuan).
  3. ^ "A Guide to Salt, the World's Most Popular Food". www.seriouseats.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-27.
  4. ^ "Himalayan Salt Block Cooking: Everything You Need to Know". Healthline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-27.
  5. ^ Media, Kompas Cyber. "Mitos atau Fakta, Garam Himalaya Lebih Sehat dari Garam Biasa?". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-08-27.
  6. ^ Shardlow, Charlie Floyd, Ju. "Why pink Himalayan salt is so expensive". Business Insider. Dicapai pada 2020-08-27.
  7. ^ "Types of Salt: Himalayan vs Kosher vs Regular vs Sea Salt". Healthline (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-19. Dicapai pada 2020-08-27.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]