Gear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Animasi gerigi-gerigi lain saiz yang saling bergeseran

Gear atau roda gigi atau gerigi[1] ialah sejenis komponen mekanikal berputar yang bergerigi di luarnya membolehkan pemindahan tork putaran dengan lancar dan teratur semampu daya yang ditekankan kepada komponen bergerigi sepadanan lain yang tersambung seperti roda atau rod.[2][3] Dua gerigi (atau lebih) yang bekerja seiring dipanggi transmisi dan boleh menghasilkan faedah mekanik melalui nisbah gear dan dengan itu boleh dianggap suatu mesin ringkas.

Gerigi-gerigi biasanya digunakan di dalam alat transmisi. Bergantung kepada binaan dan susunan, peranti bergear boleh menghantar daya pada kelajuan, tork ataupun arah yang berbeza daripada sumber kuasa.

Terdapat pelbagai jenis gear mengikut jenis gigi dan bentuk. Gerigi paling mudah jenis taji (wedge gear, seperti dalam animasi di kanan).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Libra Hari Inaugurasi (2010). Pabrik gula cepiring di Kendal Jawa Tengah tahun 1835-1930 sebuah arkeologi industri (Tesis). Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia Depok. m/s. 19–21.
  2. ^ Herlambang Sigit Pramono; Andik Asmara (2018). Dasar Rekayasa Sistem Mekanik. Yogyakarta: UNY Press. m/s. 39. ISBN 978-602-5566-94-3.
  3. ^ Amirul Naim Zamzan (18 Nov 2020). "Jenis-jenis gear dan fungsinya kepada kita". PakcikEngineer. Dicapai pada Mei 15, 2024.