Geng Azhar Kastam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia.

Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis 'menyerbu' sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Mereka memakai jaket pasukan keselamatan kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ.Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua-dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Hasil perbincangan lanjut di kedai kopi di Bukit Tinggi,Klang pemilik bengkel diminta membayar masing-masing sebanyak RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu 'menyelesaikannya' di luar.

Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang ,seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Berusia 27-48 tahun , 8 lelaki dan 3 wanita.

Pada 20 Januari 2009, 11 suspek termasuk tiga wanita yang dipercayai anggota kumpulan 'Azhar Kastam' ditahan polis . Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop memberi sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]