Genting Peras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genting Peras (Gèant de Hulu Langat) terletak di sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan di laluan B32 (bahagian Hulu Langat Selangor) dan N32 (bahagian Rembau Negeri Sembilan) di kawasan tanah tinggi Hulu Langat.

Altitude tertinggi Genting Peras adalah di aras 507 meter dari aras laut dan menjadi satu destinasi bagi pengayuh basikal di hujung minggu kerana kurangnya tumpuan kenderaan bermotor dan juga pemandangan yang cantik.

Genting Peras pada tahun 2019 menjadi salah satu pendakian kategori tiga (Cat 3) dalam Peringkat 1 Le Tour de Langkawi.

Kayuhan ke puncak Genting Peras secara rasminya bermula dari Simpang Peras/Jalan Kampung Sungai Lui - Kuala Klawang sejauh 9km ke puncak, purata kecerunan 4% dengan maksimum kecerunan 11%.

Terdapat laluan kayuhan kedua yang juga mencabar iaitu laluan dari Kuala Klawang - Titi (Laluan N23) bermula dari jambatan Sungai Konkoi (Laluan N25) dengan tiga pendakian sepanjang 13km ke puncak Genting Peras.

Rujukan[sunting | sunting sumber]